Social Icons

Sunday, November 29, 2015

autograph


Assalamualaikum...

Nak sign autograph...
Haha... Tapi kita lagi familiar dengan dialog 'nak signnnnn' tu kan? Betul ke tidak? Betul ke tidak? Betul ke tidak? Ku rasa ayat 'nak signnnn' tu jadi famous masa cerita apa entah dulu... Rasa macam cerita komedi...

Dah apa kaitannya dengan entry hari ni?
Hmmm... *berfikir panjang*
Oh, sebenarnya macam ni... Entry yang lepas ku ada hebahkan yang buku Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K) terbitan Penerbitan Layar Pena ada dijual di Ekspo Buku Malaysia di PWTC... Hari ni merupakan hari terakhir ekspo tu... 
Antologi tu dijual di booth Penerbitan Anaasa, booth nombor 10, Bilik Mawar... Selepas diberikan diskaun RM 5, antologi itu boleh dibeli dengan harga RM 20 sahaja sepanjang ekspo buku ni...

Penerbitan Anaasa ada beritahu pada Penerbitan Layar Pena jika ada penulis² antologi tu nak datang untuk book signing ke booth mereka, mereka boleh buat slot... Tengok feedback di group penulis antologi tu ramai yang tak dapat datang... Begitu jugalah dengan diriku... Ku hanya mampu kirim pada orang je tolong beli buku yang ku nak kat sana...

Jadinya takdelah slot book signing yang ku mampu hadiri... Lagipun seganlah nak pergi book signing bagai... Dalam hati ku cakap sendiri; dahlah satu cerpen kau je yang diterbitkan... macamlah orang nak sangat tandatangan kau... Hahaha...

Okey, tu aje sebenarnya entry kali ni... Doakanlah akan datang ku mampu hadiri book signing macam ni untuk novel sendiri ke kan... *berangan* haha... Tapi aku yang sekarang memilih nak stay macam ni je... Biarlah orang tak kenal aku asalkan orang kenal karya aku... Aku yang akan datang? Who knows? Kepada yang dah memborong  banyak buku tu selamat membaca...

Sekian, wassalaamu...

Wednesday, November 25, 2015

Diskaun RM5!


Assalamualaikum...

Ho ho ho hokeh~
Tak payah nak berdolak-dalik lagi... Seperti tajuk di atas, anda yang ke PWTC bagi memeriahkan Ekspo Buku 1 Malaysia ni boleh dapatkan Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K) di sana...

Klik untuk tumbesaran~
Harga biasa: RM 25
Harga di EB1M: RM 20

Kepada yang belum tahu, meh sini ku beritahu...

Tempat: Putra World Trade Centre (Pusat Dagangan Dunia Putra)
Acara: Ekspo Buku 1 Malaysia (EB1M)
Tarikh: 25 - 29 November 2015
Booth: Penerbitan Anaasa, booth No. 10, Bilik Mawar

Jadinya bolehlah anda beli Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K) tu kat booth Penerbitan Anaasa tau... Dapat diskaun RM 5... Banyak tuuuu...

Satu cerpen ku berjudul 'Surat Untuk Muna' ada dalam antologi tersebut bersama 19 cerpen lain... Antologi tu ada 446 pages, memang berpatutan dengan harga...
Bagi yang nak baca teaser cerpen 'Surat Untuk Muna' tu silalah klik link di bawah:

Sekian sahaja update yang bersahaja ni, wassalaamu...

Saturday, November 21, 2015

Saya Isteri Baru Belajar .:|[ TEASER ]|:.




KEPULANGAN Arif Fitri disambut dengan senyum lebar. Hari ini si suami pulang dari bekerja lebih awal dari biasa. Sudah tentulah hati Najla Naqiyah berbunga riang. Lagi-lagi memikirkan bunga pemberian si suami. Walaupun si suami tidak membalas mesej yang dia hantar melalui aplikasi WhatsApp, dia masih mampu tersenyum dan berfikiran positif. Layanan buat si suami diberikan lebih baik dari biasa. Najla Naqiyah menarik tangan si suami supaya duduk di sofa. Dia kemudiannya menghidangkan juadah minum petang buat si suami. Juadah biasa-biasa sahaja, hanya air teh ‘o’ panas dan cucur ikan bilis tetapi semestinya dibuat dengan kasih sayang yang melimpah ruah.


Melihat si isteri yang sudah kembali ceria, Arif Fitri semestinya turut ceria berganda-ganda. Tidak sia-sia dia mengeluarkan duit menghadiahkan sejambak bunga mawar buat si isteri. Dia sendiri berpuas hati dengan gubahan mawar merah itu. This time, happiness costs you a little money but it’s okay, the roses are beautiful and they’re for your beloved wife. Sambil tersenyum Arif Fitri bermonolog sendiri. Dia mencuci tangan dengan air cucian yang si isteri sediakan. Setelah membaca basmalah, dia menyisip sedikit air teh ‘o’ yang sudah si isteri tuangkan ke dalam cawan.


“Ya sayang, jomlah minum dengan abang sekali. Tak bestlah makan seorang je,” Arif Fitri berteriak ke arah dapur.


“Sekejap bang, ni last batch. Lepas tu Ya join abang ek. Abang makanlah dulu,” sahut Najla Naqiyah yang sedang menggoreng cucur ikan bilis di dapur.


Arif Fitri mencapai satu cucur ikan bilis lalu dia kunyah perlahan-lahan sambil mata menghadap televisyen. Dia bersenang-lenang sahaja kerana dia sudah menunaikan solat Asar sebelum dia bergerak pulang. Tidak lama selepas itu, Najla Naqiyah tiba dari dapur dengan sepinggan lagi cucur ikan bilis dan diletakkan di atas meja kopi. Dia kemudiannya mengambil tempat duduk bersebelahan dengan si suami. Air teh ‘o’ di dalam cawan yang sama si suami teguk tadi dia ambil dan turut meminumnya. Kini, mereka betul-betul sudah terbiasa berkongsi minuman dan makanan.


“Ya sayang dah solat Asar?” tanya Arif Fitri prihatin.


“Dah,” jawab Najla Naqiyah ringkas. Dia kemudiannya menyambung bicara.


Thanks for the roses abang. They’re so beautiful,” ujar Najla Naqiyah seraya tersenyum memandang si suami di sisi.


Just like you but of course you are more beautiful than the roses,” sambung si suami sambil memandang si isteri.


Friday, November 20, 2015

Hebahan: Pencarian Cerpen oleh Kaseh Sisters Publication dan ED Productions


Assalamualaikum...

Ho ho ho hokeh...

Seperti biasa kalau ku post hebahan ni selalunya pencarian cerpenlah kan... Kalau novel, bila² anda siap manuskrip penuh bolehlah hantar terus ke syarikat penerbitan yang anda mahu cuba... Yang cerpen ni biasanya ikut keadaan...

Nak habaq yang Kaseh Sisters Publication sedang mencari 10 cerpen terbaik untuk mereka bukukan dalam Antologi Cerpen Erti Sebuah Kasih... Boleh rujuk imej di bawah dan jika anda ada maklumat lanjut nak tahu silalah pm FB depa dan tanya... Nama FB depa Penerbitan Kaseh...

Klik untuk tumbesaran~
Kredit: FB Penerbitan Kaseh



Selain dari Kaseh Sisters Publication, ED Productions juga sedang mencari cerpen untuk Antologi Cerpen mereka... Apa² sahaja cerita yang mesti disuntik dengan CUPCAKE... tidak diketahui berapa jumlah cerpen yang mereka cari... Anda boleh rujuk screenshot di bawah dan seperti biasa sebarang pertanyaan bolehlah pm page mereka, ED Productions...

Klik untuk tumbesaran~
Klik untuk tumbesaran~


Sekian sahaja hebahan kali ini... Ku hebahkan apa yang ku baca di newsfeed FB ku sahaja... Mungkin banyak lagi syarikat penerbitan lain yang sedang mencari karya²... Cubalah... Mana tahu ada rezeki kat mana² dalam bidang ni kan...

Majulah penulisan untuk negara...
Wassalaamu...

Wednesday, November 18, 2015

I'm Alive! Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Ho ho ho hokeh~
Rasa macam dah lama tak update apa² sejak dah habiskan Bab 17 Saya Isteri Baru Belajar kat cik belog ni... This post is just a way to say that Alhamdulillah, I'm still alive... Somewhere on planet Earth... Nanti kang tak update apa² orang ingat menghilang pergi mana pulak kan...

Ku tak menghilang... Ada je ni masih berusaha siapkan novel Saya Isteri Baru Belajar... Kumohon kalian mendoakan  agar ku bisa menyiapkan manuskrip penuh SIBB secepat yang boleh... Bila dah siap nanti insya Allah boleh fokus pada Ramalan Kaji Cinta pulak... Rindu pada Ainul Mardhiah & Najwan, tahu?

Semalam masa mood terbang melayang dan otak tak berapa nak centre, ku buat group kat FB... Ku buat closed group kiranya sesiapa boleh jumpa group tu tapi ahli group je yang boleh nampak post dalam group... Hari ni bila mood dah okay dah insya Allah otak kembali centre, ku rasa buat apa aku buat group tu? Lalu ku telah tukar group tu kepada secret group, ahli group je yang boleh jumpa dan nampak posts dalam group...

Semalam masa buat group tu ada laa terfikir kalau ada group ni senang ahli group boleh komen apa² tanpa perlu jadi friend... Kau ingat orang nak friend sangat dengan kau ke? Tapi itu semalamlah... Hahaha... Hari ni dah selamat berkubur dah group tu...

Sebelum undur diri, nak tanya ni; Ada yang nak teaser SIBB?

ps: Testing... Testing... (Test post entry ni dari Blogger app yang baru download dari Google play... Sebelum ni update guna phone jugak tapi bukak blogger kat browser... Huhuhu... Of course lah features lagi banyak kalau update guna browser kan...)

Sekian, wassalaamu...

Thursday, November 05, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 17 ]|:.





SUARA hilaian tawa memenuhi ruang tamu. Najla Naqiyah dan Auni Atiqah sudah tergelak saat mereka menonton kembali episod lama rancangan Running Man yang menjadi kegemaran mereka. Ada-ada sahaja gelagat ahli-ahli Running Man yang tidak pernah gagal untuk mencuit hati dan menyebabkan mereka ketawa tidak kering gusi. Najla Naqiyah sudah mendaratkan tangan kanannya pada perut. Dia memandang Auni Atiqah yang secara kebetulan turut sama memandang dirinya.

“Aku laparlah,” serentak Najla Naqiyah dan Auni Atiqah bersuara. Masing-masing sudah menghamburkan tawa. Tidak mereka peduli rancangan Running Man yang masih dimainkan di komputer riba Najla Naqiyah.

“Itulah tadi kita makan awal sangat,” ujar Najla Naqiyah.

Sememangnya mereka makan malam mengikut ‘jadual’ Auni Atiqah. Beberapa minit sebelum jam menginjak ke angka 7.00 mereka sudah menghabiskan makan malam mereka. Najla Naqiyah sudah lali dengan waktu makan malam Auni Atiqah kerana semasa mereka di kolej kediaman dahulu, waktu makan Auni Atiqah itulah yang akan mereka ikut. Bezanya selepas itu Najla Naqiyah dan Hasni Hidayah akan makan mi segera pula apabila mereka berasa lapar di tengah malam. Hari ini dalam sejarah, Auni Atiqah turut lapar belumpun sampai tengah malam. Najla Naqiyah kerling jam dinding yang sudah menghampiri angka 9.30 malam.

“Nak masak ke nak pergi makan kat luar?” tanya Auni Atiqah.

“Kalau ikutkan aku malas nak memasak dah malam macam ni tapi sekarang dah nak dekat pukul sembilan setengah dah. Kalau zaman duduk kolej, waktu macam ni aku rela lagi menapak pergi beli makanan,” jawab Najla Naqiyah pula. Dia masih berkira-kira mahu memasak ataupun makan di luar sahaja.

“Aku okey aje kalau nak keluar tapi kau tu lain, dah jadi bini orang,” balas Auni Atiqah mengingatkan status isteri yang disandang oleh sahabat baiknya itu. Dia dapat lihat dengan jelas wajah berfikir Najla Naqiyah.

Sambil menggosok-gosok perut yang lapar, Najla Naqiyah masih lagi berfikir. Nak keluar ke tak? Nak keluar ke tak? Takpe kut keluar, orang tua tu dah bagi permission in advance untuk keluar ke tempat yang perlu selagi boleh menjaga maruah diri dan suami. Insya Allah, aku boleh buat. Bukannya aku nak berpeleseran tak tentu hala. Aku cuma nak keluar makan dengan Auni lepas habis makan terus balik rumah. Should be no problem right?

Akhirnya dia bertindak menghentikan Running Man dan menutup semua tetingkap pada komputer ribanya. Setelah itu komputer ribanya itu dia matikan. Auni Atiqah seakan tidak percaya melihat apa yang Najla Naqiyah lakukan.

“Jomlah bersiap pergi makan kat luar. Aku mengidam nak makan tom yamlah. Aku mana reti nak masak tom yam. Bahan-bahan nak masak tom yam pun bukannya ada.”

Najla Naqiyah sudah bangun dari duduk. Auni Atiqah sudah ternganga mendengar apa yang Najla Naqiyah tuturkan.

“Jee, kau… kau pregnant ke? Berapa bulan?” soal Auni Atiqah yang masih terkejut.