Social Icons

Thursday, February 27, 2014

Ku dan Nando's itu~

Assalaamu`alaikum...

Entry bulan february ni tiba2 tajuk post 'ku dan .....' bila tengok balik dah macam tajuk karya kartunis AIE lak... Aku dan Sesuatu... hmmm... ho ho ho hokeh suratan yang kebetulan je ni... lalala~

hari ni pergi lunch dengan officemates dekat Nando's... beramai2... dekat 20 orang sekali... tapi sebab Nando's tu dah sesak ramai orang, kami duduk berpecah2... bila dah dekat hujung2 lunch hour baru dapat duduk sama2... tapi berpecah dua kumpulan...

dipendekkan cerita ku pelik ada sorang mat saleh ni relax je layan customer... siap bagi sudu, garfu, tisu bila customer mintak... dan disebabkan awal2 kami duduk berpecah, so order yang sampai kelam kabut sikit... dan dipendekkan lagi cerita mat saleh tersebut bayar untuk kami yang ramai ni... bila tanya kawan kenapa dia bayarkan, kawan cakap itu laa CEO Nando's ni... dia belanja sebab nak make up dengan servis yang sedikit kelam kabut tu kot... even masa dia lalu sebelah meje kitorang, dia cakap thank you so much lagi... padahal dia yang belanja kitorang... kitorang pun cakap thank you jugak laa kat dia... hehe

kalau ku tahu dia nak belanja awal2... sudah ku pesan macam2 makanan... hohoho... Alhamdulillah rezeki CEO Nando's Malaysia belanja... jimat duit walaupun dah dapat gaji... lalala~

think positively, act accordingly, 
smile brightly, live happily~

wassalam~

Wednesday, February 26, 2014

Ku dan Perasaan itu~

Assalaamu`alaikum...


baru tengok Samsung S5 *tengok melalui monitorlah; dekat website mana entah* kalau tak silap akan start penjualannya bulan April nanti... tak ambil pusing pula April tu mula dijual di Malaysia atau negara mana...

malam tadi berborak lama dengan kakakku... dekat sejam jugak *lebih tepat 57 minit* bila dia tahu ku ada angan2 nak beli iPhone, dia mulalah bercerita pengalaman kawan dia pakai iPhone bla bla bla... dan semestinya cerita itu tidak enak...

apa kaitan Samsung launch S5 dengan perbualan mengenai iPhone itu?

well, kedua2 peristiwa ini telah membawa kepada terbitnya satu perasaan di hatiku ini... 

perasaan apekah??
tidak lain dan tidak bukan, perasaan berbelah bahagi...
tiba2 jadi tak sure betul ke nak beli iPhone ni?

adeyhhh... ku ada baca complaints pasal gajet canggih ni...
masih tidak dapat menolong ku membuat keputusan...

perlukan lebih banyak pendapat orang ramai...

think positively, act accordingly, 
smile brightly, live happily~

wassalam~

Thursday, February 20, 2014

Ku dan Facebook itu~

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
memandangkan tajuk entri sudah terang lagikan disuluh, jadi mari kita lihat gambar ni... check it out y'all~!

my current FB interface
manage to notice anything?? lalala~
bagus kepada yang perasan akan kelainannya... Alhamdulillah Allah kurniakan mata yang teliti kepada anda... 

Friday, February 14, 2014

Ku dan iPhone itu~

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...

selain dari azam tahun ni untuk melangsaikan PTPTN, ku juga ada azam lain...

dah tajuk entri pun sebut pasal iPhone kan... maka dapatku ceritakan bahawa next azam adalah untuk membeli iPhone...

setelah penat dengar orang asyik suruhku tukar phone yang lebih canggih supaya mereka senang nak whatsapp, wechat dan segala macam teknologi tu, ku akhirnya membuat keputusan untuk aim the next iPhone...

kenapa iPhone? bukan samsung, HTC, LG, lenovo etc?
well, ku tak terfikir lak pasal HTC, LG, lenovo etc tu... ku just buat simple perbandingan between iPhone and Samsung...

Tuesday, February 11, 2014

Kalau Aku Bos

Assalaamu`alaikum...

kalau aku bos...
untunglahhh...

bagiku yang bekerja makan gaji, memang pernah rasa nak bekerja sendiri jadi bos boleh goyang kaki... eh jadi bos mana boleh goyang kaki, kalau tak macam mana nak maju... angan2 nak kerja sendiri tu ada... tapi belum nampak lagi macam mana nak menunaikannya... insya Allah... one sweet day ;)
kita mungkin ataupun mesti pernah walau sekali mengalami pengalaman berharga dimarahi oleh bos... muahaha~ well, kalau memang salah kita, memang padanlah muka kena marah... kadang2 bukan salah kita pun terpalit sama amarah itu... hmmm... post ini bukan nak marah bos yang marah pekerja... post ini untuk bakal2 atau yang sedang menjadi bos, ketua atau sebarang position yang ada anak buah di bawah pemantauan...

menjadi seorang ketua bukanlah senang... kalau anak buah buat salah, ketua pun mungkin kena marah dengan bos yang lagi atas... ok, marah ni tak bagus... dalam Islam pun ada cara2 untuk kita deal dengan amarah... contohnya kalau kita tengah berdiri masa marah, mohon bawa duduk... 

ku pernah berangan2, kalau ku bos, buat interview nak cari pekerja nanti nak suruh candidates baca apa surah yang dia hafal, tanya soalan pasal rukun Islam dan sebagainya... hehe... itu angan2 laa... mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan? aamiin...

kalau aku bos~
 
think positively, act accordingly, 
smile brightly, live happily~

wassalam~

Saturday, February 08, 2014

Spices of India | Day 7 (Farewell India!)

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
ini adalah sambungan siri 'Spices of India' di cik belog ku ini...

Dec 9, 2013


9 Dec ni kitorang kira free lah... sebab plan asal kalau kerja tak settle sambung hari ni, tapi sebab dah settle so hari ni free je... Hari ni sangat tak sabar2... at last~ dapat balik Malaysia tanah tumpah darahku!!! ho ho ho hokeh macam poyo je... baru seminggu dah homesick... tapi memang betul pun... tak dapat bayangkan macam mana laa budak2 Malaysia yang tengah belajar dekat oversea yang kadang2 balik setahun sekali pun susah... mesti ada masa yang akan homesick gilakkkk~

kitorang plan nak checkout pukul 3ptg tapi sebab receptionist dah call tanya boleh tak kitorang checkout pukul 1ptg so setuju je laa... sementara menunggu driver datang untuk bawak kitorang ke airport, kitorang bertiga duduk je laa dekat kerusi kat lobby hotel tu... ku menulis plot untuk Second Hero bentuk points dalam buku nota... habis tulis plot ku berborak dengan salah sorang officemate... sorang lagi dok shopping2 dekat a few shops yang ada dekat lobby tu... beli shawl, pillow cover, and apentah lagi satu... ku join dia pilih2 shawl sekejap je sebab nanti hati ni merajuk tak dapat nak beli... 

Thursday, February 06, 2014

Spices of India | Day 6

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
ini adalah sambungan siri 'Spices of India' di cik belogku ini...

Dec 8, 2013


ho ho ho hokeh... pagi ni naik Air India pula untuk ke Varanasi... varanasi ni pada orang India dikira sebagai holy city mereka... Antara lainnya Varanasi turut dikenali sebagai the city of temples", "the holy city of India", "the religious capital of India", "the city of lights", "the city of learning", and "the oldest living city on earth.

walaupun holy city kepada masyarakat penganut agama Hindu, namun sepanjang perjalananku ke tempat kerja, ku dapat melihat ramai juga kaum hawa mereka yang memakai jubah berjalan bersama lelaki memakai kopiah * ku kira itu husband merekalah*... kerana ku belum cukup tahu sangat pasal sejarah varanasi ni tapi ku berandaian bahawa mereka Islam... mungkin kerana ini hari ahad jadi mereka ada pasar pagi... macam2 benda ku lihat mereka jual di sepanjang jalan tersebut...


Saturday, February 01, 2014

Cerpen | Urusan Sri, Aduka & Dhiya

            
TRANSIT ALIRAN RINGAN ataupun lebih dikenali sebagai Light Rail Transit (LRT) bagi laluan Kelana Jaya itu bergerak seperti biasa. Seorang wanita yang sederhana tingginya sedang berhimpit di kawasan sesama wanita juga. Sengaja dia memilih berhimpit dengan sesama jantina. Dia lebih rela begitu. Seboleh-bolehnya dia akan berusaha untuk menjauhkan diri dari lelaki kerana dalam keadaan yang berhimpit-himpit, dia gusar jika ada di antara mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk meraba mana-mana kaum hawa yang berdekatan. Alangkah indahnya jika LRT juga mengaplikasikan koc khas untuk wanita seperti komuter. Walaupun tidak dinafikan bahawa kadangkala penumpang lelaki turut tersesat di koc wanita tersebut. Dia sendiri tidak faham, sudah terang lagi bersuluh dinyatakan yang koc tengah adalah koc wanita tetapi ada juga kaum adam yang sesat dan membuat muka tidak bersalah. Malahan dalam pengumuman sebelum ketibaan komuter juga turut disebut berulang kali. 
Bagi perkhidmatan LRT pula, biasanya beginilah keadaannya pada waktu puncak sebelah pagi, pasti akan berhimpit sehingga kadangkala begitu sukar untuk menghirup oksigen. Wanita tersebut terpandang seorang lelaki yang berdiri di sudut pintu yang tidak jauh darinya. Dia berbicara di dalam hati.

Untunglah tinggi menggalah. Orang lain dah tahap gasping for air dia relax je. Hidung dia dan-dan je lepas daripada sebarang halangan. Tinggi betul kau ek. Ni sure kau tak pernah hidu bau pelik-pelik bila berhimpit dengan orang lain. Astaghfirullahal`adzim. Sibuk orang lain yang beruntung aku lupa nak baca doa naik kenderaan.

Wanita tersebut membaca doa menaiki kendaraan di dalam hati. Itulah yang sering berlaku kepadanya. Sesudah LRT bergerak melepasi dua atau tiga stesen barulah dia teringat hendak baca doa menaiki kenderaan. Tetapi hari ini dia mencipta rekod baru, LRT baru melepasi satu stesen dia sudah teringat untuk membaca doa menaiki kenderaan. Pada pendapatnya, LRT juga merupakan sejenis kenderaan, jadi seharusnya dia membaca doa tersebut. Jika dahulu, dia tidak terfikir kerana sudah menjadi kebiasaan untuk membaca doa menaiki kenderaan apabila menaiki bas ataupun kereta. Dia mula terfikir apabila dia menaiki kapal terbang buat kali pertama, dia membaca doa menaiki kenderaan dan lantas otaknya menyedari bahawa selama ini apabila dia menaiki kenderaan lain dia tidak membaca doa menaiki kenderaan.