Social Icons

Monday, January 26, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 8 ]|:.





TIDAK PERLU dihitung ‘jeritan’ yang Kuala Lumpur hamburkan kerana kota tersebut tidak pernah sunyi dari ngauman kenderaan. Sudah beberapa hari Najla Naqiyah membuat beberapa episod drama persendirian berjudul Jee Meroyan. Sejak menerima cadangan dari rakan baiknya, dia setia melakukan aktiviti tersebut setiap malam sambil menunggu panggilan video dari si suami yang biasanya akan membuat panggilan apabila hampir tengah malam. Aktiviti tersebut bukanlah sesuatu yang asing baginya walaupun kekurangan dua orang ahli tetap. Semasa zaman kegemilangan AHAHAH di kolej kediaman, mereka sering melakukan aktiviti tersebut apabila kebosanan terutamanya pada hujung minggu yang mendamaikan.

            “Assalaamu`alaikum. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada malam ini. Dah solat ke belum? Yang belum solat tu pergi solat dulu okey. Isyak dah masuk dah tadi kalau kau orang tak dengar azan. Lagipun tak lari saya anda kejar melainkan kalau anda kejar saya dengan parang haruslah tak jejak tanah saya berlari. Hahaha.” Najla Naqiyah sudah memulakan aktivitinya. Lampu ruang tamu sudah dia tutup tetapi televisyen dibiarkan terpasang supaya ada bunyi lain selain dari suaranya dan supaya tidaklah terlampau gelap. Dia sudah duduk hampir dengan pintu gelangsar. Pintu gelangsar dibiarkan terbuka tetapi pintu grill tidak dia buka. Jadinya dia duduk bersila sehingga lututnya bertemu dengan pintu grill. Tangan kanannya sentiasa sedia dengan telefon pintar yang sudah dijadikan seperti mikrofon.

            “Baiklah untuk hari ini saya akan mulakan pertemuan kita dengan sebuah lagu yang agak lama tapi saya sangat suka lagu ni. Terimalah Miss You Like Crazy nyanyian The Moffatts.” Najla Naqiyah memainkan lagu tersebut di pemain media telefon pintarnya sambil dia sendiri begitu khusyuk menyanyi bersama dan menghayati lagu tersebut. Dia menukar semua lirik lagu yang berbunyi ‘girl’ kepada ‘boy’. Entah kenapa tajuk lagu tersebut seperti kena dengan keadaan dirinya buat masa sekarang.

            Masuk hari Rabu ini sudah empat malam berturut-turut dia setia melakukan aktiviti tersebut. Pelbagai lagu sudah dia persembahkan dari lagu dalam negara sehingga lagu dari luar negara termasuk lagu dari Jepun, Korea, Filipina, Indonesia dan bermacam-macam lagi genre lagu dari negara barat. Banyak juga lagu yang menjadi kegemaran para AHAHAH dia dendangkan.  Memang bila sudah angin gila-gila merasuk dirinya sebegini dia akui yang dia tidak dapat mengawal dirinya sendiri. Hendak meneruskan hobinya yang suka membaca, dia tahu yang dia tidak akan mampu untuk kekal fokus kepada penceritaan penulis buku, jadinya aktiviti ini dia lakukan kerana tidak memerlukan dia untuk fokus kepada jalan cerita.



ARIF FITRI memainkan pemain media di telefon pintarnya secara rawak. Ihsan di sebelahnya tidak dia peduli. Masing-masing sibuk dengan gajet canggih yang digunakan untuk mengisi masa lapang. Arif Fitri buka fail yang mengandungi gambar di dalam telefon pintarnya. Satu persatu gambar dia lihat dan senyuman di bibir tidak dapat dia sembunyikan lagi. Kebanyakannya adalah gambar pernikahannya dengan Najla Naqiyah. Rasa rindu kepada si isteri tidak dapat dibendung lagi. Itulah yang membawa dirinya berada di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi ini. Kerja mereka di sini siap lebih awal dan bos mereka telah membenarkan mereka untuk pulang ke Malaysia pada esok pagi serta mereka diberi cuti sehari tetapi Arif Fitri meminta tiket penerbangan mereka dibeli pada malam itu juga.

            Arif Fitri sudah merancang yang awal pagi esok dia akan ke Shah Alam untuk memberi kejutan kepada si isteri. Memandangkan keretanya si isteri bawa jadi dia akan menaiki kenderaan awam sahaja untuk ke Shah Alam. Memikirkan dapat menatap wajah yang dirinduinya itu sudah membuatkan dirinya tersenyum lebar. Ketika itu pemain media di telefon pintarnya memainkan lagu Next Plane Home nyanyian Daniel Powter. Makin lebar sengihan Arif Fitri. Macam tahu-tahu aje aku tengah tunggu next flight nak balik rumah. Haha. Sayang, Ya tunggu abang datang! Ecewah! Tapi abang datang esok pagilah jemput sayang okey. Lepas tu bolehlah kita pergi dating.

Friday, January 23, 2015

All the BEST~

Assalaamu'alaikum...

Ini post luahan hati... 
Petang semalam ku punya proofreader untuk cerpen2 serta enovelku yang setia check dia dapat posting ke mana... rasa nak gelak bila tengok dia menangis tapi dalam masa yang sama sedih juga... short notice gila pada aku laa... petang semalam baru tahu, Isnin 26 Jan ni lapor diri kt KL, keesokannya terus naik belon ke Sabah...

Yup...
Sabah...
Negeri di bawah bayu...

Takde salahnya nak kena mengajar kat Sabah... tapi yang ku sedih sekarang ni sebab bakal berjauhan dengan dia... kalau dulu siap je taip cerpen2 dan bab baru enovel, terus pass cik lappy pada dia untuk dia baca... akan datang panjang sikit laa jalannya... nak kena send dulu kat dia... then bila dia free baru dia boleh baca... sedihnyaaaaaaaa... Yang itu okey lagi... bertambah sedih sebab lepas ni dah tak bolehlah nak selalu jumpa... sedih wooo...

Nak buat macam mana kan... hidup tetap kena teruskan... 

All the best sis :)
Selamat menjadi seorang pendidik yang cemerlang gemilang terbilang... hidup baik2 kat sana okey... I'm sure you're gonna like it... Jangan risau stok novel ku beli kat semenanjung ni je ha, nanti pinjam je...harga novel kat sana mahal rm3 kan? Hehe... chill je okey... will always pray for you...

Sekian sahaja entry luahan hati ini...
Ku tak minta anda baca...
Ku tak minta anda paham...
Ini betul2 sekadar luahan rasa...
Wassalam~



Sunday, January 18, 2015

Aku dan Tanggungjawab Itu~

Salam 'alayk~

Pagi2 ni *baru je sekejap tadi sebenarnya* ku buka cik belog yang setia ini... terkejut baq hang... pageviews untuk semalam (17 Jan - ku perasan kat belog aku ni dia kira tempoh sehari lebih kurang dalam 8pg smlm sampai 8pg hr ni... taktau laa setting negara mana dia ikut...) 400+... mahu tak terkejut... terkejut gila kott!!! untuk belog yang tak glamour serta tak berapa berinformasi ni plus ku menaip karya2 picisan je dapat pageviews macam tu... selalunya paling banyak pun dapat 200+ je pageviews sehari...

Mohon klik untuk tumbesaran~

Hmm.. hmm.. hmm.. ku rasa fenomena ini berlaku sejak ku taip enovel Saya Isteri Baru Belajar tu... masa ku mula2 berkecimpung dengan cerpen, biasa2 je pageviews nya... kebanyakan orang beranggapan bahawa letak tajuk yang ada perkataan isteri, suami, rindu, cinta dan beberapa perkataan 'power' lain adalah untuk tarik pembaca untuk baca...


Well, memanglah sebagai penaip *ku rasa ku tak layak lagi digelar penulis...*, ku sangat hargai orang yang sudi baca karya aku apatah lagi yang sudi komen... tapi, untuk kes enovelku itu, ku dapat ilham tajuk dari "saya budak baru belajar" yang kita belajar pantun zaman sekolah rendah dulu tu... tak ingat?


Saturday, January 17, 2015

Defending Malaysia Y'all~

Assalaamu'alaikum...

This morning I downloaded a game developed by LangitIlahi developer team... yup! You guessed it right... That game is 'Defending Malaysia'... You guys can download it for free from the Google Play...


Honestly, I am sooooo not a game maniac... For me, I play games to release my stress therefore I will stop playing a game until I reach the level that gives me more stress... *I hope I'm just normal... right?*


I still remember the last time I played Plant vs Zombie, I stopped when the game reaches the level where the zombies attack from the roof... 


Am I a quitter? Or loser?


I don't know... For games, maybe yes but not for other things... But I do enjoy real games like congkak, batu seremban, ceper, carrom *haha* netball, badminton... lalala~


Guys, Defending Malaysia game is different okay... It's under the edutainment category so you really have to use your brain... I played it for the first time just now and I only got the score of 17... I was like, 'gila dah berkarat otak aku'... insya Allah I will continue playing the game to polish my brain until it shines bright like a diamond *ape kau merepek ni?*...




eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 7 ]|:.


ASSALAAMU`ALAINA WA`ALA `IBADILLAHISSOLIHIN. Najla Naqiyah memberi salam sebelum dia masuk ke dalam rumah. Beg beroda yang sarat dengan stok novel dan pelbagai jenis buku serta beberapa barang lain dia bawa masuk ke dalam. Setelah memastikan pintu rumah dan grill berkunci, dia mengheret beg beroda tersebut ke ruang tamu dan diletakkan di tepi sofa. Suis kipas dia petik dan sejurus itu dia menuju ke arah pintu gelangsar. Dibukanya pintu gelangsar tersebut berserta grill dan dia melangkah ke balkoni.

Najla Naqiyah pandang pemandangan yang baru sehari tidak dia lihat. Tiada apa-apa yang menarik. Trafik bergerak menghala ke Shah Alam dan menghala ke Kuala Lumpur seperti biasa. Masih lagi menghadap sebuah bangunan milik Universiti Malaya dan jauh di depan sana masih dapat melihat dari jauh bangunan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Okey, ini sangat poyo Jee! Baru sehari kau tak balik sini memang takkan ada apa-apa perubahanlah.

Najla Naqiyah kembali masuk ke dalam rumah dan grill dikunci tetapi pintu gelangsar terus dibiarkan terbuka. Televisyen dihidupkan dan tudung dibuka lalu dicampakkan ke arah sofa. Tanpa membuang masa dia terus membawa diri ke arah dapur. Mug diambil dan pintu peti sejuk bahagian sejuk beku dibuka. Beberapa ketul ais diambil dan dimasukkan ke dalam mug. Seterusnya dia isi mug dengan air mineral yang tersedia. Langkah kaki kembali dihalakan ke ruang tamu. Dia menghenyakkan diri di atas sofa. Air diteguk bagi menghilangkan dahaga.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Sambil tersenyum dia memandang sekeliling rumah. Entah kenapa dia membuat keputusan yang boleh masuk kategori gila bagi seorang makhluk yang bernama Najla Naqiyah. Semalaman dia tidak tidur mengemas stok buku dan beberapa barang yang ingin dia bawa pulang. Pagi-pagi lagi kalau diikutkan hati ingin terus dia bawa diri untuk pulang tetapi berjaya dihalang oleh si ibu dan si abang. Ibunya memberi syarat jika dia ingin terus pulang dia perlu terlebih dahulu makan tengah hari bersama-sama.  Hasilnya, makan tengah hari mereka pada hari Ahad itu adalah pada jam 11.35 pagi setelah Najla Naqiyah dengan bersungguh-sungguh membawa ibunya ke dapur untuk memasak masakan tengah hari lebih awal dari biasa. Dia dengan ringan tulangnya menolong si ibu memasak lauk-pauk untuk mereka bertiga.

Selesai menikmati juadah, Najla Naqiyah bagaikan lipas kudung berkemas dan membasuh pinggan mangkuk tanpa pertolongan dari Puan Nafisah mahupun Najmi Nazrin. Tergeleng-geleng kepala Puan Nafisah dengan gelagat anak bongsunya itu. Najmi Nazrin pula sudah puas memujuk adiknya itu supaya jangan pulang terlebih dahulu. Alasannya, dia masih belum puas untuk makan berjemaah bersama-sama. Selebihnya dia masih belum puas membuli dan mengusik si adik. Seronok dia apabila si adik yang sebelum ini susah untuk dia baca fikiran berjaya dia usik. Tidak dia sangka bahawa perkahwinan membawa perubahan kepada si adik. Semoga Jee bahagia dengan perkahwinan ni sebab kalau Jee tak bahagia, sampai mati aku akan rasa bersalah dan sampai mati aku takkan dapat maafkan diri aku sendiri.


Wednesday, January 14, 2015

3 - 1

Assalaamu'alaikum...

3 - 1

Jika anda sedang memikirkan nombor 2, syabas diucapkan kepada anda walaupun bukan itu yang ku maksudkan...

Jika anda sedang memikirkan score bola, tahniah ku ucapkan walau bukan itu yang ku ingin sampaikan...

Sampaikanlah salam cintaku padanya...
Maaf, tersalah tempat pula... 
Baiklah2 ku serius... *sambil buat muka serius*
Yang sebenarnya 3 dan 1 tu merujuk kepada penceritaan cerpen dan novel... Apakah kaitannya dengan cerpen dan novel anda tanya? 
Ho ho ho hokeh akanku jelaskan...

Third point of view...
First point of view...
Sound familiar?? I bet they are... Waktu sekolah menengah dulu ada belajar... Anda semua mohon jangan buat2 lupa... *kalau dah lupa buat2lah angguk2 dan segera guna khidmat nasihat pakcik Google... * lalala~


Thursday, January 08, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 6 ]|:.



KEPALA dihentuk-hentuk perlahan menggunakan telefon pintar yang masih setia dalam genggaman. Geram dengan kecuaian diri sendiri. Macam manalah boleh tak perasan phone habis bateri ni? Poyolah kau Jee! Beria frust menonggeng pandang phone tengok takde blinking notification light konon padahal phone kau memang dah mampus terus. Lain kali ada tangan guna! Apa salahnya awal-awal lagi kau capai phone kau and check sendiri? Membazir air mata je kau beria menangis. Sambil meleteri diri sendiri Najla Naqiyah tenyeh logo aplikasi Whatsapp pada skrin telefon pintarnya. Berderet-deret mesej dari si suami dibaca…

+ Assalaamu`alaikum… Sayang, abang dah sampai Singapore ni. Kenapa abang call Ya tak angkat?

Najla Naqiyah sudah tersenyum. Dia menjawab soalan tersebut di dalam hati. Nak angkat macam mana bang, Ya tertipu dengan phone Ya sendiri.

+ Sayang, where are you? Ya ada detour ke mana-mana ke?

Pffttt… Abang ni buat lawaklah! Ingat ni The Amazing Race ke ada detour bagai? Adoyai. Lepas hantar abang, Ya terus balik rumah ibu, takde melencong ke mana-mana pun.

+ Sayang, dah sampai rumah ibu belum?

Alhamdulillah dah lama sampai bang. Sempat tidur bangun tidur bangun pergi makan lagi. Hehe.

+ Sayang what happen to you? Angkat call abang, please.

Sorry bang, phone Ya disyaki mati masa Ya tengah tidur walaupun Ya bukan tidur mati. Macam mana nak angkat call? Hehe.

+ Ya Allah, sayang, Ya okey tak ni? Ya dekat mana?

+ Sayang jangan buat abang risau macam ni please.

+ Sayang, tak aman abang nak buat kerja selagi tak tahu apa jadi pada Ya.