Social Icons

Sunday, April 26, 2015

eNovel | Ramalan Kaji Cinta .:|[ BAB 4 ]|:.





what doesn’t kill you makes you stronger, stronger
just me, myself and I


KERETA selamat diparkirkan di tempat letak kereta. Ainul Mardhiah memandang ke kiri dan kanan. Hairan dengan persekitaran di sekelilingnya. Enjin kereta dia matikan dan dia galas beg tangan lalu keluar dari kereta. Pintu kereta dia tutup dan setelah kereta dikunci, dia bergerak ke arah lif. Lah, aku dekat PAS ke? Lamanya otak loading tapi bila masa aku datang sini? Haish, kronik dah aku ni sampai bila masa aku drive ke sini pun aku boleh tak sedar. Sedar-sedar dah parking kereta, keluar kereta dan sekarang dah ada dalam lif.

            PAS merupakan singkatan kepada Plaza Alam Sentral. Sejak zaman universiti sememangnya dia dan rakan-rakan merujuk Plaza Alam Sentral sebagai PAS kerana agak panjang untuk menyebut nama penuh pusat membeli-belah ini. Keluar sahaja dari perut lif dia mendapat panggilan telefon dari ibu di kampung. Dia ke tepi untuk menjawab panggilan tersebut.

            “Assalaamu`alaikum, ibu. Ibu apa khabar? Sihat? Ayah sihat?”

            “Wa`alaikumussalam Ain. Alhamdulillah ibu dan ayah dua-dua sihat. Ain sihat? Adik?” Puan Adila menjawab salam anaknya dan turut sama bertanya khabar.

Ain adalah panggilan buat Ainul Mardhiah. Keluarga dan jiran terdekat yang mengenalinya selalunya memanggilnya dengan panggilan Ain manakala kawan-kawan memanggilnya dengan panggilan Mar. Adik pula merupakan panggilan buat Amira. Hanya Ainul Mardhiah yang memanggil Amira dengan panggilan Mira. Ahli keluarga yang lain memanggil Amira dengan panggilan adik memandangkan Amira merupakan anak bongsu.

            “Alhamdulillah Ain sihat aje bu. Mira pun sihat. Dia duduk lepak-lepak je dekat rumah. Ada juga dia keluar dengan kawan-kawan universiti dia yang duduk dekat-dekat sini. Kak Long balik ke minggu ni bu?” Ulas Ainul Mardhiah. Dia turut bertanyakan perihal kakak sulungnya, Afiqah. Afiqah sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak lelaki. Dia tinggal lebih dekat dengan kampung halaman mereka oleh itu dia lebih kerap pulang ke kampung berbanding Ainul Mardhiah.

            “Fiqa tak balik minggu ni. Insya Allah minggu depan dia balik. Ain, hari esok Ain pergi jumpa anak Auntie Mazni kan?” tanya Puan Adila dengan teruja.

Ainul Mardhiah sudah tarik muka masam apabila perkara itu diingatkan. Huarghhh! Esok kena jumpa dia. Kalaulah masa boleh diundurkan memang aku dah suruh ibu jangan setuju dengan permintaan Wan Baju Biru tu nak jumpa aku. Memang betul ibu setuju tanpa tanya aku terlebih dahulu tapi takkan nak salahkan dan marah ibu pula? Tak sanggup aku.

“Hmmm, esok.” Jawab Ainul Mardhiah lambat-lambat dan perlahan.

“Elok-elok jumpa anak Auntie Mazni tu. Jangan tiba-tiba nak buat perangai. Jaga nama baik ibu dan ayah. Ibu memang berharap sangat kali ni jadilah dengan anak Auntie Mazni tu. Tapi ibu tahu ibu tak boleh nak paksa-paksa Ain. Ain sudi nak kenal dulu dengan dia ni pun ibu happy dah.” Puan Adila berpesan kepada Ainul Mardhiah.

“Okey ibu. Insya Allah, Ain ingat pesanan ibu.” Jawab Ainul Mardhiah.

“Okeylah kalau Ain dah cakap macam tu. Ibu memang tak paksa Ain terima dia tapi ibu percayakan Ain dan ibu tahu Ain akan buat keputusan yang terbaik. Okeylah Ain, ada orang beri salam pula kat depan tu. Mak Lang kamu kut. Nanti esok ibu call Ain lagi ya. Assalaamu`alaikum.”

“Insya Allah ibu. Wa`alaikumussalam.” Ainul Mardhiah menjawab salam si ibu.

Selepas tamat panggilan, Ainul Mardhiah terpaku seketika. Seperti tidak tahu apa yang sedang dia lakukan. Jam di pergelangan tangan dia pandang lemah. Sudah 6.25 petang. Memandangkan dia sudah solat Asar di tempat kerja, dia bercadang untuk pulang selepas Maghrib ataupun Isyak. Dia tidak mahu pulang sekarang kerana tidak mahu adik bongsunya melihat keadaannya yang serabut ini.

Langkah kaki dia atur walaupun tanpa hala tuju. Fikirannya ligat memikirkan tentang perkara lain. Hari ni dah hari Jumaat. Esok dah Sabtu. Esok kena jumpa Wan Baju Biru tu. Tapi aku nak cakap atau tanya apa kat dia? Oh no, persoalan yang lagi penting sekarang ni ialah apa yang dia akan cakap atau tanya kat aku? Tak boleh nak agaklah apa yang dia akan tanya. Kalau sekarang ni aku tengah nak ambil SPM bolehlah juga aku pergi kedai buku beli buku soalan ramalan walaupun takde jaminan yang soalan ramalan tu akan sama dengan soalan peperiksaan sebenar.

Sekarang ni apa yang aku kena prepare sebelum jumpa dia esok? Buat karangan siap-siap apa yang aku akan cakap ke? Perlu ke aku cerita segala kisah aku terutamanya peristiwa aku pernah putus tunang? Agak-agak kalau aku cerita aku pernah putus tunang tu dia akan reject tak idea mak-mak kita orang ni nak jodohkan kita orang? Kena cuba ni! Kalau dia yang dah reject idea tak berapa nak bernas ni maka aku tak payahlah nak cari alasan untuk reject idea ni. Haha!

“Ain!” Ainul Mardhiah yang sedang leka berfikir tanpa mempedulikan keadaan sekeliling terkejut apabila ada orang memanggil namanya seraya merentap lengan kanannya. Tubuhnya terpusing ke belakang.

“Lepaskan saya!” Ucap Ainul Mardhiah dengan suara yang keras.

Dia sungguh meluat dan menyampah apabila diperlakukan sebegitu rupa oleh lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang ini. Dia cuba untuk menarik lengannya tetapi tangan lelaki itu lebih kuat mencengkam. Dia ingat aku ni apa? Ikan kat pasar yang boleh suka-suka hati nak pegang dulu sebelum beli?

Hey, relax. Fiq bukannya buat apa-apa pada Ain. Ain kan pakai lengan panjang. Berlapik ni.” Lelaki yang membahasakan diri sebagai Fiq itu akhirnya melepaskan lengan Ainul Mardhiah.


Thursday, April 23, 2015

eNovel | Ramalan Kaji Cinta .:|[ BAB 3 ]|:.




so many people all around the world
tell me where do i find someone like you girl


APA yang kau orang faham pasal adil?” tanya Najwan.

Ketika itu dirinya, Wijdan dan Firhan sedang menikmati makan malam di gerai berhampiran kawasan perumahan selepas pulang dari masjid. Mereka bukanlah kaki masjid mahupun kaki surau tetapi mereka akan cuba untuk berjemaah di masjid atau surau terutamanya pada hari Khamis seperti ini. Najwan menyuap nasi goreng daging merahnya selepas pertanyaan diutarakan. Firhan menyedut air teh ‘o’ ais limaunya sebelum bersuara.

“Pada aku adil tu bila kita bersikap sama rata pada sesiapa sahaja.” Jawab Firhan agak ringkas. Najwan sudah mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar jawapan dari Firhan.

“Kau pula Jay?” tanya Najwan.

“Aku? Copy-paste ayat Fir tadi. Haha!” Jawab Wijdan. Sememangnya dia bersetuju dengan jawapan yang Firhan berikan makanya dia merasakan tidak perlu untuk dirinya membazir air liur bagi menuturkan jawapan yang sama.

“Ceh, mengelat! Mana adil cilok ayat aku.” Ujar Firhan tidak puas hati.

“Lah, baru tadi kau cakap adil tu bila kita bersikap sama rata. Jawapan sama pun kira sama ratalah ni. Adil kan?” Wijdan sudah gelak usai sahaja dia berbicara. Firhan sudah buat muka. Wijdan dan Firhan ni memang, kadang-kadang drama aje lebih! Najwan sudah geleng kepala. Makan malam tetap mereka teruskan.

“Kau orang berdua ni kan, terlebih berdrama mengalahkan perempuan. Okey, adil tu sebenarnya bila kita meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Analogi paling senang, katakanlah kau ada dua orang anak. Seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Kalau sama rata, bila kau orang belikan baju melayu untuk anak lelaki, kau orang kena belikan baju melayu juga untuk anak perempuan kau orang. Nampak sama rata sebab dua-dua dapat benda yang sama kan? Tapi adilkah kepada anak perempuan bila dia dapat baju melayu? Nampak tak? Berbeza dengan adil. Bila kita meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul, maka anak lelaki kau orang belikan baju melayu dan anak perempuan kau orang belikan baju kurung.” Ujar Najwan berserta analogi yang mudah untuk difahami.

Dalam hati, Wijdan sudah mengiyakan apa yang Najwan katakan. Kadang-kadang benda macam ni kita tak terfikir walaupun sebenarnya benda mudah. Time macam ni baru nampak aura matang Wan dan terserlah dia paling tua antara kitorang semua. Haha! Tapi itulah, tak semua orang boleh terima dia. Dulu kami menyewa berlima dekat rumah sewa tu. Seorang keluar sebab dia dah nikah tapi seorang lagi keluar sebab tak boleh terima bila Wan tegur dia. Aku pun tak faham. Wan ada juga tegur aku dan Fir tapi kitorang takdelah sentap mengalahkan perempuan. Aku rasa Wan ni dah sebaik-baik manusia dah. Okey, statement tu melebih-lebih tapi Wan bawa banyak perkara positif kat dalam rumah sewa tu. Sejak peristiwa tu berlaku, sampai sekarang kita orang selesa menyewa bertiga je.

“Woi, berangan! Orang tanya soalan tak jawab-jawab. Kau ingat kat siapa hah? Ada awek baru ke?” Suara Firhan yang sudah kuat dari biasa seperti menyeru roh Wijdan kembali ke alam nyata.


Saturday, April 18, 2015

eNovel | Ramalan Kaji Cinta .:|[ BAB 2 ]|:.




Akulah awanmu yang sedia melindungi dirimu

MAR, kenapa aku tengok kau sejak minggu lepas lain macam aje? Kemurungan ke apa?” tanya Shila tanpa perlu menapis terlebih dahulu kata-kata yang dilontarkan kepada sahabat baiknya itu. Seingat Shila, sahabatnya ini begitu gembira sekali semasa menemaninya pergi berjumpa doktor dan tatkala dia diberitakan hamil sepuluh minggu, sahabatnya ini adalah orang yang paling gembira kerana sama-sama mendengar berita tersebut dari doktor. Selepas itu sahabatnya pulang ke kampung dan balik dari kampung, dia tidak pernah nampak sahabatnya ini gembira seperti hari-hari sebelumnya. Senyuman yang diukirkan oleh sahabatnya itu juga dia tahu semuanya itu senyuman palsu belaka.

            “Ibu aku ada beritahu aku cita-cita baru dia, cuba kau teka apa?” Ainul Mardhiah tidak menjawab pertanyaan Shila sebaliknya dia pula yang mengajukan soalan kepada sahabat baiknya ini.

            “Manalah aku tahu Cik Mar oi. Itu ibu kau dan dia beritahu pada kau, bukannya pada aku. Kalau dia beritahu aku maka tak perlulah aku bersusah-payah nak soal-siasat kau sekarang ni.” Jawab Shila. Sedikit geram pertanyaannya dibalas dengan satu soalan yang dia tidak punya jawapan.

            Ainul Mardhiah sudah buat muka. Tak sportinglah Shila ni. Orang suruh teka aje pun. Penyedut air minuman dia gunakan untuk mengacau air teh aisnya laju-laju. Dia menarik nafas pendek dan dihembusnya nafas tetapi agak kuat. Pada telinga Shila, hembusan nafas sahabatnya itu kedengaran seperti satu keluhan.

“Dia nak jadi besan bestfriend dia.” kata Ainul Mardhiah ringkas.

Agak lama dia memendamkan hal tersebut dan tidak bercerita kepada sesiapa. Selalunya Shila tempat dia meluahkan perasaan. Dia sedut air teh ais yang masih berbaki separuh gelas. Mereka berdua baru sahaja selesai menikmati makan tengah hari. Hari ini mereka makan tengah hari berdua sahaja, melayan Shila yang mengidam mahu makan laksa. Menurut Shila tekaknya tidak boleh menerima nasi.

            “Jap-jap! Aku tengah loading lagi ni. Mak kau nak jadi besan bestfriend dia, maknanya dia nak salah seorang dari kau orang adik-beradik kahwin dengan anak bestfriend dialah kan? Memandangkan Kak Long kau dah nikah dan adik bongsu kau tengah belajar, jadinya mak kau suruh kau lah ya? Betul ke ni Mar?” tanya Shila. Separuh terkejut dan separuh teruja. Okey, tipu. Teruja tu lebih dari separuh.

            Ainul Mardhiah hanya memandang baki air di dalam gelas. Penyedut air minuman dia pegang dan kembali mengacau-ngacau teh ais tersebut. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda apa yang Shila katakan tadi semuanya benar belaka. Dia kemudiannya menarik nafas panjang dan dilepaskan dengan sedikit berat. Pandangan dia halakan pada manusia lain yang sedang menikmati juadah makan tengah hari di medan selera tersebut. Rata-rata mereka kelihatan ceria dan ada juga yang ketawa semasa berbual bersama rakan sekerja. Agaknya aku dengan Shila aje yang tengah berbual isu serius sekarang ni.

            “Wow! That’s great! Tak payahlah kau susah-susah nak cari siapa soulmate kau Mar. Dah ada calon depan mata, terima je. Habis cerita! Aku sure calon ibu kau tu okey. Takkanlah ibu kau nak cari calon yang tak tentu pasal untuk kau. Lagipun dah tiga tahun Mar kau putus tunang. Mungkin memang dah tiba masanya untuk kau bahagia.” Ujar Shila panjang lebar. Ainul Mardhiah kembali menghalakan pandangan pada Shila.

            “Macamlah sekarang ni aku tengah menderita. Aku bahagia aje jadi anak ibu dan ayah aku. Aku bahagia aje dengan kehidupan aku sekarang. Happiness is a journey, not a destination. Ingat tu Puan Shila. So far, Alhamdulillah aku bahagia aje sepanjang perjalanan hidup aku ni. Susah senang silih berganti tu perkara biasalah.” Jawab Ainul Mardhiah.

Sememangnya perkahwinan adalah salah satu topik yang boleh mengusutkan fikirannya selain dari topik mengenai berat badan. Haha! Biasalah perempuan, BMI normal pun sibuk nak turunkan berat badan lagi.

            “Ya, aku ingat. Dah banyak kali dah kau cakap. Tapi Mar, bahagia bila dah kahwin ni lain. Lagipun kau kena faham perasaan ibu kau. Mula-mula mungkinlah ibu kau okey je tapi ni dah tiga tahun kau masih tak tunjuk tanda-tanda nak dirikan rumah tangga. Sebagai ibu mestilah dia risau. Lagipun kau ni nak Nabi Muhammad tak mengaku kau sebagai umat ke?” tanya Shila.


Saturday, April 11, 2015

Hu hu hu hutang~

Assalaamu'alaikum...

Hutang...

Hutang ni wajib kita bayar walaupun orang yang memberi hutang tu tak tuntut... Yelah, kalau hari2 orang tu tanya bila nak bayar balik hutang dia, nanti kita pun jadi menyampah kan... Mestilah waktu kita dah ada duit baru kita boleh bayar hutang kita kat dia...

Namun, sebagai orang yang berhutang, kita kena fikir juga keadaan orang yang pinjamkan duit kat kita tu... Mungkin waktu dia bagi pinjam duit tu dia tengah takde masalah lain... And then masa dia tengah ada masalah dan memerlukan duit, mungkin satu2nya sumber duit yang dia ada ialah dalam bentuk hutang kita pada dia... Tak rasa bersalah ke?

Ada juga kes orang yang berhutang tu nampak sangat enjoy2 dengan duit depan mata Si pemberi hutang, tapi bila minta dia langsaikan hutang, dia kata dia takde duit... #kisahbenaryangkupernahbaca

Ku tulis topik hutang ni secara general... Penghutang dan pemiutang... Penghutang, fikirlah juga keadaan pemiutang... Pemiutang, doa banyak2 si penghutang lembut hati nak langsaikan hutang... Langsaikanlah hutang kita pada orang yang kita berhutang tu cepat2... Sebab kita tak tahu bila ajal menjemput kita... Mati dalam keadaan berhutang nanti roh terawang2 je antara langit dan bumi... Even mati syahid pun takkan mampu menghapuskan hutang tu.... Nauzubillahiminzalik... Mestilah kita tak nak, kan?

Ku berdoa semoga orang yang berhutang denganku mendapat hidayah untuk cepat2 melangsaikan hutang beliau padaku... Aamiin..



ps: ku tahu ku ada 'hutang' Bab 10 Saya Isteri Baru Belajar... Sorry sangat2 dah lama tertangguh nak update cerita tu... I'll try my best okey... Insya Allah...

Wednesday, April 08, 2015

eNovel | Ramalan Kaji Cinta .:|[ BAB 1 ]|:.




Kenapa singgah kalau tak masuk
ke dalam hatiku?


USAI mendirikan fardhu Isyak berjemaah bersama dengan dua orang rakan serumah, Najwan kembali ke biliknya. Setelah meletakkan songkok di tepi meja kecil, dia merebahkan diri di atas katil bujang bilik yang disewanya ini. Mata dipejamkan namun tidak lama dek kerana bunyi telefon pintarnya yang berbunyi minta diangkat. Dari deringan lagu yang sudah ditetapkan khas itu dia sudah tahu siapa gerangan yang membuat panggilan tersebut tanpa perlu melihat nama yang tertera di skrin telefon. Panggilan telefon dia jawab.

            “Assalaamu`alaikum mak. Kenapa tiba-tiba call?” tanya Najwan. Alamak! Tersilap tanya soalan pula. Habislah kalau mak merajuk! Sebenarnya tidaklah pelik untuk ibunya ini membuat panggilan terlebih dahulu cumanya dia baru sahaja pulang ke kampung jadinya dia tidak menyangka yang si ibu akan membuat panggilan secepat ini.

            “Wa`alaikumussalam Wan. Bertuah punya budak! Sepatutnya Wan kena rasa bertuah mak call Wan, ini tanya soalan macam tu pula. Yalah kalau tak suka mak call lain kali mak tak call dah.” Jawab Puan Mazni dengan nada rajuk. Najwan sudah tersengih dan menggelengkan kepalanya.

            “Mana adalah mak. Wan tanya aje. Mestilah Wan suka mak sudi call Wan. Memang Wan bertuah sangat-sangat dapat ibu macam mak ni. Sudahlah cantik, sempoi pula tu. Bertuah siapa yang dapat jadi menantu mak nanti, dapat mak mertua yang tak cerewet macam mak.” Ujar Najwan segera dengan ayat untuk memujuk dan mengambil hati ibunya. Tetapi memang dia akui bahawa ibunya itu sentiasa cantik di matanya. Apa orang putih cakap? A father is a daughter’s first boyfriend kiranya situasi aku dengan mak aku ni, a mother is a son’s first girlfriend. Haha.

            Puan Mazni di hujung talian sudah tersenyum-senyum dengan pujian si anak. Terlupa seketika dengan tujuan sebenar dia membuat panggilan kepada anaknya ini.

            “Sudah, jangan dok puji-puji mak lagi. Saja nak ambil hati maklah tu. Bercakap pasal menantu ni, mak memang tak cerewet pun. Ni ha mak nak cakap mak dah ada calon menantu untuk mak ni.” Akhirnya Puan Mazni menyuarakan hajat asalnya. Najwan yang mendengar sudah berkerut dahi.

            “Fiza nak kahwin dah ke mak? Siapa calon menantu mak tu? Orang mana? Wan kenal tak? Kenapa tak beritahu awal-awal masa Wan ada kat sana? Senang kita nak berbincang.” Najwan menghujani si ibu dengan bermacam-macam soalan. Hafizah adalah satu-satunya adik yang Najwan ada. Walaupun jarak umur mereka agak jauh, Najwan begitu mengambil berat akan adiknya itu dan selalunya Hafizah akan merungut kerana abangnya ini akan bersikap terlebih melindungi.

            “Merepek apa Fiza nak kahwin pula ni? Dia tu mak nak suruh habis belajar dulu baru boleh nikah.” Puan Mazni menyangkal pertanyaan anak lelakinya itu.

            “Mak ni buat gempak aje. Wan ingatkan Fiza nak kahwin dah tadi. Habis tu calon menantu untuk anak mak yang mana?” tanya Najwan tanpa berfikir dan tanpa mengesyaki apa-apa.

            “Astaghfirullahalazim, budak Najwan ni. Mak ada dua orang anak je tahu! Dah kalau bukan untuk Fiza, dah tentulah untuk Wan. Kalau tak untuk siapa lagi?” Puan Mazni bersuara di corong telefon.

            “Kenapa pula untuk Wan? Wan belum nak kahwin lagilah mak. Kan Wan cakap Wan nak tengok Fiza kahwin dulu baru Wan akan kahwin.” Najwan segera menolak mentah-mentah niat ibunya itu untuk menjodohkannya dengan calon menantu pilihan ibunya sendiri. Namun, apa yang si ibu tidak tahu adalah pintu hatinya kini sudah diketuk oleh orang lain. Aduhai, kenapa sekarang? Kenapa mak tak tanya dulu aku ada calon sendiri ke tidak? Selama ni mak sentiasa tanya aku ada calon sendiri ke belum.

            “Tak payah nak tunggu Fiza nikah dulu. Wan tu abang, Wanlah nikah dulu. Sampai bila Wan nak elakkan dari bercakap soal ni dengan mak? Nak tunggu mak tutup mata dulu ke baru Wan nak dirikan rumahtangga? Tak dapatlah mak nak merasa jadi nenek.” Puan Mazni sudah membuat suara syahdu pada ayat terakhir yang diungkapkannya.

            Najwan sudah menggaru-garu kasar kepalanya yang tidak gatal. Serabut! Sekelip mata sahaja dia dapat rasa dunianya yang aman damai bakal porak-peranda. Tapi bagaimana harus dia katakan kepada ibunya yang kini hatinya sudah dicuri? Dia perlukan masa untuk memastikan apakah benar perasaannya ini. Namun apa yang lebih penting, dia perlukan masa untuk memastikan si dia yang berjaya mencuri hatinya mempunyai rasa yang sama.

Tapi macam mana? Mak dah ada calon mak sendiri. Mampu ke aku nak tolak? Mampu ke aku nak kecewakan mak? Najwan menarik nafas dalam-dalam dan dia hembus nafas. Mengumpul kekuatan untuk mengeluarkan kata-kata.

“Okey, tapi Wan ada syarat.” Ujar Najwan. Puan Mazni yang berada di hujung talian sudah melebar dengan senyuman.

“Syarat apa?” tanya Puan Mazni dengan nada suara yang teruja.

“Wan nak jumpa dulu calon mak tu. Wan nak berkenalan dulu dengan dia. Lepas tu baru Wan akan buat keputusan untuk teruskan dengan perkahwinan ataupun tidak.” Najwan menyatakan syaratnya. Puan Mazni berpuas hati kerana sekurang-kurangnya anak lelakinya ini sudi untuk mengenali calon menantu yang sudah berjaya menambat hati tuanya ini.

           

“Okey, nanti mak beritahu belah perempuan. Jumaat ni Fiza nak ke rumah Mak Long dekat sana, nanti bila Wan nak pergi jumpa calon menantu mak tu, Wan bawa Fiza sekali ya. Tempat nak jumpa ke apa buat janji melalui Fiza. Fiza ada nombor telefon adik calon menantu mak tu.” Ujar Puan Mazni. Najwan menarik nafas dan menghembuskannya dengan berat sekali.

“Okey.” Hanya itu jawapan dari Najwan. Suaranya jelas kedengaran tidak ceria.

“Terima kasih Wan.” Kata Puan Mazni. Najwan hanya tersenyum segaris. Senyuman yang tidak mampu ibunya lihat melalui panggilan telefon itu.

“Jangan berterima kasih lagi mak. Wan belum buat keputusan untuk kahwin dengan calon mak tu. Wan baru aje setuju nak berkenalan dengan dia.” Ujar Najwan. Tidak mahu si ibu terlalu mengharap.

“Takpe, itu pun mak dah bersyukur dah.” Puan Mazni bersuara. Ikhlas.

Sekali lagi Najwan hanya mampu untuk tersenyum segaris. Sekurang-kurangnya dia dapat melengah-lengahkan masa dan dalam masa yang dapat dia lengahkan ini bolehlah digunakan untuk mencari si dia yang berjaya mencuit hati. Soalnya sekarang, aku nak cari dia celah mana?







PINTU dikuak kasar dari luar. Najwan yang leka memetik gitar membelakangi pintu tidak perasan yang pintu biliknya telah dikuak. Dia meneruskan nyanyian sambil jari-jemari terus bermain dengan kod lagu.



Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ‘kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai

Sungguh menyayangi setulus hatiku



            Bro, tak lawak okey. Sudah-sudahlah tu nyanyi lagu ni. Aku dah tak rasa apa-apa dah.” Firhan sudah bersuara lantang. Lagu itu lagu yang pernah dia nyanyikan dahulu semasa sedang menyimpan hati kepada jiran sebelah rumah sewa mereka ini. Jiran yang menjadi rebutan antara dirinya dan Wijdan. Sudahnya kedua-dua mereka melepas apabila mereka mendapat kad jemputan ke majlis resepsi jiran yang diminati itu. Najwan yang terdengar suara Firhan segera menoleh ke arah pintu bilik. Kelihatan Wijdan dan Firhan sudah terpacak berdiri segak bersedia untuk keluar.

“Bila masa aku buat lawak? Haha. Aku menyanyi je lagu  tu. Kalau kau dah tak rasa apa-apa sepatutnya kau tak rasa apa-apa dan senyap. Ke kau masih rasa apa-apa dan sentap? Haha.” Seronok Najwan mentertawakan rakan rumah sewanya. Lenyap seketika permasalahan calon menantu ibunya.

“Haha. Betul tu Wan. Tengok aku ni, rileks je.” Wijdan bersuara bangga. Rilekslah sebab bukan aku yang dok nyanyi lagu tu. Hahaha. Ketawa kejam Wijdan di dalam hati.

“Apa-apalah. Aku malas nak gaduh, tenaga tak cukup. Jomlah pergi makan, lapar gila ni! Nak sambung gaduh tunggu lepas makan nanti.” kata Firhan. Pelik mereka dengan Najwan yang masih belum menukar kain pelikat yang dipakainya sedangkan sebelum solat Isyak berjemaah tadi mereka sudah membuat keputusan untuk keluar makan malam bersama-sama.

“Kau orang berdua pergilah. Aku takde selera pula.” Balas Najwan ringkas. Sebenarnya dia lapar tetapi selepas mendengar perkhabaran dari si ibu, hilang sudah laparnya.

“Betul ni? Tak menyesal? Nak kirim apa-apa tak?” tanya Wijdan. Masih tak percaya yang Najwan tidak mahu ikut serta. Setahu dia, Najwan adalah salah seorang spesies yang kuat makan tetapi badan susah nak naik. Orang kata, orang yang macam tu kadar metabolisma dia tinggi. Entahlah. Aku tak pandai Biologi jadinya aku tak tahu. Haha.

“Betul. Kau orang pergilah. Elok-elok tu makan berdua. Jangan bergaduh.” Kata Najwan. Sengaja membuat provokasi.

“Woi, kitorang dah lama berdamai dan hidup aman damailah!” Firhan cepat-cepat bersuara. Teringat akan termeterainya Perjanjian WiFi di mana Wijdan dan Firhan kedua-duanya berjanji untuk tidak lagi menyukai gadis yang sama pada masa akan datang. Sengajalah tu Najwan ni nak ingatkan pasal kisah kasih tak kesampaian tu!

“Haha. Okey.. Okey.. Dah, pergilah cepat tadi kata lapar gila.”

“Kitorang gerak dulu. Kalau tiba-tiba kau rasa nak kitorang belikan makanan roger-roger je.” Kata Wijdan pula.

Wijdan dan Firhan meninggalkan bilik Najwan. Mereka meneruskan niat asal untuk mengisi perut yang lapar. Najwan masih lagi termenung seorang diri sambil memegang gitar. Kalau dulu, dia memang sengaja menyanyikan lagu Tuhan Jagakan Dia dendangan Motif band itu untuk ‘bikin panas’ Wijdan dan Firhan tetapi hari ini dia benar-benar menyanyi lagu tersebut tanpa niat untuk ‘bikin panas’. Takkanlah nak nyanyi Jaga Dia Untukku yang Dato’ Siti Nurhaliza nyanyi tu. Tak sesuai. Boleh nak menyanyi juga lagu tu tapi kalau nak kena gelak golek-golek dengan si Wijdan dan Firhan tiga hari tiga malam, bolehlah cuba nyanyi! Haha.

Najwan bersandar pada dinding. Katil bujangnya ini sememangnya sudah dirapatkan ke dinding bagi memudahkan dirinya untuk bersandar pada bila-bila masa. Tangannya masih setia dengan gitar yang sudah lama menjadi peneman setia. Dia tidak tahu di mana si dia yang berjaya mencuit hatinya itu berada. Tetapi dia berharap walau dimanapun si dia itu berada, Tuhan akan tolong jagakan si dia untuk dirinya. Walaupun si dia bukan kekasihnya. Walaupun si dia mungkin bukan jodoh yang telah dicatatkan buat dirinya. Itu doa dan harapan Najwan.







BARU balik dari makan malam?” tanya Firhan ramah kepada jiran sebelah rumah. Kisah cinta yang tidak kesampaian seharusnya tidak menjadi penghalang untuk dia terus kekal ramah. Si jiran yang ditegur menghampiri pagar yang memisahkan rumah sewa mereka.

“Haah. Baru balik dari makan. Nada mengidam nak makan char kuey teow. Alhamdulillah tak mengidam yang pelik-pelik. Layankan ajelah.” jawab Salam dengan mesra. Salam merupakan suami kepada Qatrunnada, jiran sebelah rumah yang pernah menjadi rebutan Wijdan dan Firhan. Salam bersalaman dengan Wijdan dan Firhan. Mereka berbalas senyuman.

“Eloklah tu. Kalau tak layan nanti kempunan nak makan orang tua-tua kata apa? Bila dah lahir nanti anak tu meleleh je air liur? Haha. Tak tahulah betul ataupun tak.” Wijdan pula bersuara.

“Kau orang pun baru balik dari makan malamlah ni? Berdua aje?” tanya Salam. Ketika itu Qatrunnada sudah berdiri di sebelahnya. Senyuman segaris terukir di bibir.

“Haah. Baru balik dari makan juga ni. Berdua aje, Wan dia takde selera nak makan tapi kitorang tapaukan juga makanan untuk dia ni.” Ujar Firhan. Dari luar mereka boleh dengar suara Najwan menyanyi sambil memetik gitar. Pasti dia sedang bermain gitar di ruang tamu. Pelik juga entah kenapa hari ini dia seperti melepas gian bermain gitar itu sampai tiada peluang langsung untuk Firhan ataupun Wijdan memetik gitar.

“Oh, baik cepat-cepat bagi dia makanan tu. Entah-entah memang tengah lapar cuma takde mood nak keluar makan.”

“Yelah. Kitorang masuk dululah ya. Assalaamu`alaikum.” ujar Firhan lagi. Dia dan Wijdan bersalaman dengan Salam lalu menuju ke dalam rumah.



Jarang sekali terdengar bunyi

Ketukan di pintu hatiku ini

Kalau adapun bilaku buka

Tiada siapa yang berada di luar



Tapi sejak dua menjak ini

Ku merasakan bagai ada tetamu

Tanpa dijemput sudi menjenguk

Pada waktu sepi menemaniku



Tidak mungkin tiada di sini

Kerana tiada siapa pernah kisah

Akan aku tertanyaku siapa kamu

Kenapa singgah kalau tak masuk ke dalam hatiku



Jarang sekali ku rasa rindu

Menantikan waktu untuk bertemu

Biasakah bersua walau seminit

Agar lahir peluang berterima kasih



Jarang sekali ku sebegini

Mengharapkan hati untuk diselami

Jangan biar fikiranku buntu

Memikirkan mimpi dalam jagaku


            Selesai menyanyikan lagu tersebut, Najwan bersandar pada satu-satunya sofa yang tuan rumah letak di ruang tamu ini. Dia selesa duduk di atas lantai manakala kepalanya sudah dia daratkan pada sofa. Mata dia pejamkan. Entah kenapa dia rasa situasinya kini sangat berpadanan dengan lagu Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk nyanyian Flava itu. Seseorang yang tidak dia kenali, mengetuk pintu hatinya tetapi setelah pintu hati dibuka, tidak kelihatan sesiapa di mana-mana. Ya Allah, perasaan apa ni?

Tidak mahu terus melayan fikiran dan hanyut dalam perasaan yang dia sendiri sukar untuk tafsirkan, Najwan membuka mata. Terkejut dirinya saat satu plastik berisi satu bekas polisterina betul-betul di hadapan matanya. Segera dia duduk sambil tangan tetap setia memegang gitar.

“Bila kau orang balik?” tanya Najwan. Wijdan sudah meletakkan plastik berisi makanan tersebut betul-betul di hadapan Najwan. Firhan sudah setia menghadap televisyen. Merehatkan diri seketika sebelum masuk tidur.

“Kitorang siap beri salam sampai tiga kali, dengar lagu Ketuk-Ketuk Ramadhan yang kau nyanyi tu dari awal sampai habis, tu Fir siap tukar baju lagi kau baru nak tanya bila kitorang sampai? Kenapa tak tanya esok pagi sebelum pergi kerja je?” kata Wijdan. Dia sudah menggeleng-gelengkan kepala. Memang pelik Najwan hari ni. Bukan Najwan biasa ni!

Najwan sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bila masa aku nyanyi lagu Ketuk-Ketuk Ramadhan? Dia betul-betul tidak sedar yang Wijdan serta Firhan sudah pulang dari makan malam. Gitar yang sedari tadi dia pegang sudah dia letak ke tepi. Bungkusan yang diletakkan oleh Wijdan sebentar tadi segera dia sambar. Dia menghidu bau dari bekas polisterina tersebut. Nasi goreng ni cuma nasi goreng apa tak tahulah. Najwan berkata di dalam hati.

“Untuk aku ke ni? Bila masa aku roger korang suruh beli?” tanya Najwan musykil. Sekali lagi dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ah sudah! Kronik dah aku ni kalau aku sendiri tak sedar bila masa aku roger dia orang minta tolong beli makanan. Dia orang masuk rumah pun aku boleh tak sedar padahal aku memang ada dekat ruang tamu ni. Apa nak jadi dengan kau ni Wan?

“Memang kau takde roger kita orang suruh beli pun. Kita orang yang sengaja beli takut kau lapar. Tak pernahlah aku tengok kau kurang makan macam ni Wan.” Firhan menjawab kemusykilan Najwan. Matanya masih menatap skrin televisyen. Najwan lega mendengar jawapan dari Firhan. Dia tidak membalas apa yang Firhan katakan sebaliknya dia terus ke dapur bagi membasuh tangan dan mengambil air minuman. Mujur juga Jay dan Fir belikan nasi goreng ni kalau tak, kelaparanlah aku sepanjang malam. Silap-silap tak dapat nak tidur langsung. Kalau gitar tu boleh digulai-gulai buat makanan takpe juga. Haha.

Firhan memandang Wijdan sebaik sahaja Najwan berlalu ke dapur.

“Jay, kau tak rasa pelik ke dengan Wan hari ni?” tanya Firhan. Wijdan sudah mengangguk.

“Pelik gila weh! Entah kena sampuk apa entah dia tu. Dia ada pergi mandi dekat mana-mana air terjun ke masa balik kampung minggu lepas? Macam bukan Wan yang kita kenal selama ni. Kenapa dengan dia?” soal Wijdan. Firhan hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu. Persoalan hanya kekal sebagai persoalan kerana yang pasti Wijdan mahupun Firhan tidak ada sebarang jawapan tentang kelakuan pelik Najwan.





…insya Allah, akan bersambung… tapi tak boleh janji bila…





Assalaamu`alaikum…



Terima kasih buat sesiapa yang sudi baca… semoga tidak mengecewakan anda hendaknya… cik proofreader saya yang setia ada menyuarakan kebimbangan dia pasal cerita ni jadi e-novel… katanya takut terabai Saya Isteri Baru Belajar… saya cakap kat dia yang insya Allah cerita ini akan jadi mini e-novel… pendek je… mungkin kalau tak layak masuk kategori mini e-novel boleh masukkan dalam kategori cerpan… cerita panjang… tak kisahlah kategori apapun… 


Saya berbesar hati sekiranya anda sudi untuk meninggalkan komen… Segala bentuk kritikan mahupun kutukan  *positif mahupun negatif atau rasa tidak puas hati* berserta teguran amatlah saya alu-alukan. Apa-apa komen dari anda tetap jadi pembakar semangat saya. Mucho gracias~! Terima Kasih~! *mohon baca macam nada Alleycats ;) *



.:|[ Suha Fasihah ]|:.


Tuesday, April 07, 2015

Oopss, I Did It Again - 'ter'taip



USAI mendirikan fardhu Isyak berjemaah bersama dengan dua orang rakan serumahnya, Najwan kembali ke biliknya. Setelah meletakkan songkok di tepi meja kecil, dia merebahkan diri di atas katil bujang bilik yang disewanya ini. Mata dipejamkan namun tidak lama dek kerana bunyi telefon pintarnya yang berbunyi minta diangkat. Dari lagu yang sudah ditetapkan khas itu dia sudah tahu siapa gerangan yang membuat panggilan telefon tersebut tanpa perlu melihat nama yang tertera di skrin telefon. Panggilan telefon dia jawab.

            “Assalaamu`alaikum mak. Kenapa tiba-tiba call?” tanya Najwan. Alamak! Tersilap tanya soalan pula. Habislah kalau mak merajuk! Sebenarnya tidaklah pelik untuk ibunya ini membuat panggilan terlebih dahulu cumanya dia baru sahaja pulang ke kampung jadinya dia tidak menyangka yang si ibu akan membuat panggilan secepat ini.

            “Wa`alaikumussalam Wan. Bertuah punya budak! Sepatutnya Wan kena rasa bertuah mak call Wan, ini tanya soalan macam tu pula. Yalah kalau tak suka mak call lain kali mak tak call dah.” Jawab Puan Mazni dengan nada rajuk. Najwan sudah tersengih dan menggelengkan kepalanya.

            “Mana adalah mak. Wan tanya aje. Mestilah Wan suka mak sudi call wan. Memang Wan bertuah sangat-sangat dapat ibu macam mak ni. Sudahlah cantik, sempoi pula tu. Bertuah siapa yang dapat jadi menantu mak nanti, dapat mak mertua yang tak cerewet macam mak.” Ujar Najwan segera dengan ayat mengambil hati ibunya. Tetapi memang dia akui bahawa ibunya itu sentiasa cantik di matanya. Apa orang putih cakap? A father is a daughter’s first boyfriend kiranya situasi aku dengan mak aku ni, a mother is a son’s first girlfriend. Haha.

            Puan Mazni di hujung talian sudah tersenyum-senyum dengan pujian si anak. Terlupa seketika dengan tujuan sebenar dia membuat panggilan kepada anaknya ini.

            “Sudah, jangan dok puji-puji mak lagi. Saja nak ambil hati maklah tu. Bercakap pasal menantu ni, mak memang tak cerewet pun. Ni ha mak nak cakap mak dah ada calon menantu untuk mak ni.” Akhirnya Puan Mazni menyuarakan hajat asalnya. Najwan yang mendengar sudah berkerut dahi.

            “Fiza nak kahwin dah ke mak? Siapa calon menantu mak tu? Orang mana? Wan kenal tak? Kenapa tak beritahu awal-awal masa Wan ada kat sana? Senang kita nak berbincang.” Najwan menghujani si ibu dengan bermacam-macam soalan. Hafizah adalah satu-satunya adik yang Najwan ada. Walaupun jarak umur mereka jauh, Najwan begitu mengambil berat akan adiknya itu dan selalunya Hafizah akan merungut kerana abangnya ini akan bersikap terlebih melindungi.

            “Merepek apa Fiza nak kahwin pula ni? Dia tu mak nak suruh habis belajar dulu baru boleh nikah.” Puan Mazni menyangkal pertanyaan anak lelakinya itu.

            “Mak ni buat gempak aje. Wan ingatkan Fiza nak kahwin dah tadi. Habis tu calon menantu untuk anak mak yang mana?” tanya Najwan tanpa berfikir dan tanpa mengesyaki apa-apa. 

            “Astaghfirullahalazim, budak Najwan ni. Mak ada dua orang anak je tahu! Dah kalau bukan untuk Fiza dah tentulah untuk Wan. Kalau tak untuk siapa lagi?” Puan Mazni bersuara di corong telefon.

            “Kenapa pula untuk Wan? Wan belum nak kahwin lagilah mak. Kan Wan cakap Wan nak tengok Fiza kahwin dulu baru Wan akan kahwin.” Najwan segera menolak mentah-mentah niat ibunya itu untuk menjodohkannya dengan calon menantu pilihan ibunya sendiri. Namun, apa yang si ibu tidak tahu adalah pintu hatinya kini sudah diketuk oleh orang lain. Aduhai, kenapa sekarang? Kenapa mak tak tanya dulu aku ada calon sendiri ke tidak? Selama ni mak sentiasa tanya aku ada calon sendiri ke belum. 

            “Tak payah nak tunggu Fiza nikah dulu. Wan tu abang, Wanlah nikah dulu. Sampai bila Wan nak elakkan dari bercakap soal ni dengan mak? Nak tunggu mak tutup mata dulu ke baru Wan nak dirikan rumahtangga?” Puan Mazni sudah membuat suara syahdu pada ayat terakhir yang diungkapkannya. 

            Najwan sudah menggaru-garu kasar kepalanya yang tidak gatal. Serabut! Sekelip mata sahaja dia dapat rasa dunianya yang aman bakal porak-peranda. Tapi bagaimana harus dia katakan kepada ibunya yang kini hatinya sudah dicuri? Dia perlukan masa untuk memastikan apakah benar perasaannya ini. Namun apa yang lebih penting, dia perlukan masa untuk memastikan si dia yang berjaya mencuri hatinya mempunyai rasa yang sama. 

Tapi macam mana? Mak dah ada calon mak sendiri. Mampu ke aku nak tolak? Mampu ke aku nak kecewakan mak? Najwan menarik nafas dalam-dalam dan dia hembus nafas. Mengumpul kekuatan untuk mengeluarkan kata-kata.

            “Okey, tapi Wan ada syarat.” Ujar Najwan. Puan Mazni yang berada di hujung talian sudah melebar dengan senyuman.

Sunday, April 05, 2015

wajah baru...

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho~
cik belog berwajah baru sekali lagi... yang dulu tak cukup fully utilise function (ku sendiri susah nak share)... yang ni so far ku berpuas hati... entah berapa puluh templates dah try... yang ni ku berpuas hati dan rasa ceria sebab ada warna pinkpurple... ceriaaaaa~ untuk kita2 aje... hahaha~

walaupun pinkpurple bukan fav colour tapi untuk cik belog ni entah kenapalah rasa pinkpurple je yang sesuai... kena jugak ada pink... lalala~
sekian sahaja entry ini...
harap maklongku maklongmu jua~ *apekahhh?*

wassalaamu...

Wednesday, April 01, 2015

Cerpen | Soulmate: Classified! .:|[ FULL ]|:.


AKU berdebar-debar menunggu keputusan yang bakal diketahui sebentar lagi. Sedari tadi aku tidak senang duduk. Doktor perempuan di hadapanku sudah tersenyum dengan senyuman yang tidak dapat aku tafsirkan. Dia ni tengah senyum dengan senyuman ramah mesra ataupun senyuman yang bawa berita gembira? Aku membetulkan letak dudukku entah ke berapa kali. Kenapa aku perlu nervous macam ni sekali? Aduhai.

            “Berdasarkan ujian yang kita sudah lakukan, puan didapati positif hamil sepuluh minggu. Tahniah Puan Shila!” Kenyataan dari doktor tersebut membuatkan aku mahu melompat-lompat kegembiraan tetapi sudah tentu aku tidak melakukannya. Tidak mahu dilabel sebagai gila. Orang lain pun mengandung juga takdelah sampai nak melompat-lompat lepas dengar berita gembira tu. Hehe.

            “Alhamdulillah. Congrats Shila! Kau bakal jadi ibu, aku bakal jadi mak cik. Hehe.” Aku terus memeluk sahabat baik yang duduk di sebelahku.

Kami sudah sama-sama mengalirkan air mata gembira. Berita yang selama ini ditunggu-tunggu oleh sahabat baikku ini sememangnya turut menggembirakan diriku. Tidak sia-sia aku menemani sahabatku ini melakukan pemeriksaan dan turut berkongsi debaran mengalahkan diriku sendiri yang menunggu berita gembira tersebut. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar.

Sorry doc. Kami terlebih excited.” Ujar Shila kepada doktor perempuan tersebut setelah kami meleraikan pelukan. Doktor tersebut masih lagi tersenyum. Barangkali sudah biasa dengan situasi sebegini.

It’s okay. Saya faham. First pregnancy kan.” Kata doktor tersebut. Dan selepas itu bermacam-macam lagi perkara yang keluar dari mulut doktor itu mengenai kehamilan rakan baikku ini. Aku hanya menadahkan sahaja telinga, masih lagi rasa gembira menyelubungi diriku.



* * * * * * * * * * * * *



AKU memainkan pemain media di telefon pintarku. Mahu lari dari dunia nyata buat seketika. Sebentar tadi aku bercakap dengan ibu di kampung melalui panggilan telefon. Ibu mengingatkan sekali lagi tentang majlis yang akan diadakan pada hari Sabtu ini. Beria benar ibu mahu aku ikut serta. Kalau diikutkan hati, malas aku mahu pulang ke kampung. Semestinya aku rindukan keluargaku tetapi apa yang aku malas hendak hadapi adalah sanak saudara dan jiran tetangga yang begitu ‘mengambil berat’ akan diriku. Sudah pasti soalan tipikal yang satu itu akan sentiasa beralun di bibir mereka. Persoalan yang sama tetapi bentuk ayat sahaja yang berbeza.

‘Ain bila lagi?’

‘Ain takkan nak solo aje, kakak Ain dah dua orang anak tu. Tak nak kejar ke?’

‘Ain bila nak berdua? Berdua lebih baik kan?’

‘Ain dah ada calon ke belum? Mak Lang ada kenal seorang budak ni. Baik budaknya, padan sangatlah dengan Ain.’

Itu antara soalan-soalan wajib yang aku akan dengar apabila aku di kampung. Aku sendiri dah naik muak dengar soalan-soalan tu semua dan aku tak tahu kenapa mereka tak pernah muak bertanya soalan yang sama. Haish! Kenapa mesti tanya soalan pasal kahwin? Kenapa? Kenapa? Aku tahu yang kahwin tu sunnah Rasulullah tapi banyak lagi sunnah Rasulullah yang lain, kenapa diorang tak pernah nak tanya? Kenapa tak tanya amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis tak? Amalkan bersedekah tak? Amalkan selalu beristighfar tak? Amalkan minum air dengan tiga kali teguk sebelum habiskan tak?

Kalau tanya aku bila aku nak kahwin, jawapannya dari beberapa tahun lepas lagi aku nak kahwin. Tapi kalau belum ada jodoh nak buat macam mana? Ingat kahwin ni macam main kejar-kejar zaman kanak-kanak ribena belum kenal dunia dulu ke? Siapa yang kena cuit, turn dia pula kahwin, macam tu? Orang Melayu yang tipikal. Macamlah aku tak tahu lepas dah kahwin nanti mulalah tanya pasal anak pula, lepas dah ada anak nanti mulalah banding-bandingkan anak orang tu dengan anak orang ni. Cubalah buka minda tu sikit. Mana ada Allah janji yang bila kita kahwin kita sure akan dapat anak. Anak itupun rezeki juga. Tapi rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Kita tak tahu rezeki kita macam mana tapi kita disuruh berusaha sebab takde apa-apa yang akan datang bergolek.  

Mengimbau kembali peristiwa aku berdebar-debar menunggu keputusan pemeriksaan Shila pada hari ini membuahkan perasaan bahagia di hati. Aku sendiri tidak menyangka yang aku akan berdebar sebegitu rupa. Shila pula yang aku lihat tenang-tenang sahaja. Tapi tenang-tenang dia pun, apabila doktor memberitahu berita gembira itu dia tetap mengalirkan air mata. Semestinya air mata gembira, itu aku sangat pasti.

Aku? Semestinya aku turut gembira. Tapi untuk aku berada di situasi yang sama seperti Shila, itu aku belum pasti bila akan terjadi. Soal jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Aku percaya yang Allah akan hantar jodoh yang terbaik buatku apabila aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu. Orang sekelilingku ada yang mengatakan aku sebagai seorang yang memilih soal jodoh ini. Pada aku sendiri, kita sememangnya ada hak untuk memilih. Dan dalam Islam sendiri ada garis panduan untuk kita memilih pasangan hidup. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, seorang wanita itu dinikahi kerana empat: kerana harta, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia. Kriteria pemilihan ini bukan sahaja untuk orang lelaki amalkan semasa mencari calon isteri tetapi sesuai juga untuk orang perempuan amalkan untuk mencari calon suami.

Aku kembali berbaring di atas katil bujang rumah sewaku ini. Kipas siling aku tenung kosong. Saat pemain media telefon pintarku memainkan lagu Awan Nano dendangan Hafiz, aku sudah tersenyum. Aku kuatkan lagi nada pemain media tersebut. Sememangnya lagu Awan Nano ini sudah lama menjadi lagu kegemaranku. Sejak lagu ini mula dimainkan di corong-corong radio lagi. 


Lihat ke arah sana

Serakan warna dan berarakan awan

Pabila terik panas

Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga

Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya

Pabila kau katakan

Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano setia melindungi diri

Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu

Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir

Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya kasih tiada banding

Setia tiada tara bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini

Sekali pernah kau bagaikan awan

Sehingga tak mungkin terlupa

Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi

Setitispun air matamu kasih

Sehinga kau katakan

Akulah Sean itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia melindungi dirimu

Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu

Dan tak terduga hadirku walau tak tercapai jejarimu

Kasihku kasih tiada banding setia tiada tara

Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu



            Aku masih lagi tersenyum walaupun lagu di pemain media telefonku sudah bertukar. Lagu Awan Nano tidak pernah gagal untuk membuatku tersenyum sendiri. Bagiku lagu tersebut membawa maksud yang sangat mendalam. Seperti awan yang melindungi, awan nano itu boleh jadi sesiapa sahaja dalam hidup kita. Boleh jadi ibu atau bapa kita, adik beradik, kawan-kawan ataupun suami isteri masing-masing. Secara tidak langsung lagu ni mengingatkan aku akan satu peristiwa sewaktu perjalanan Rasulullah yang sentiasa dipayungi awan.

Aku sendiri masih mencari awan yang akan memayungi aku. Bak lirik lagu Awan Nano itu, melindungi dari terik panas yang mencuba menggores pipi dan bibir. Bukan aku tidak mahu membuka hatiku ini kepada insan bergelar lelaki, sudah tiga kali. Kesemuanya jodoh kami tidak sampai ke jinjang pelamin. Aku tidak faham bahagian mana yang menyebabkan orang selalu mengatakan bahawa aku seorang yang memilih. Sudah tentu aku perlu memilih kerana si dia bakal menjadi imamku hingga akhir hayat, bukannya hanya mencari calon suami tangkap muat dan asal dapat!