Social Icons

Sunday, September 27, 2015

Ini Bukan Iklan Racun Perosak Rumahtangga *seriously*


Assalamualaikum...

Mungkin ini post terakhir untuk bulan September ni... Biasanya bila September habis nanti mesti kat FB orang post ayat lebih kurang macam ni:

Did anyone wake the guy up yet? *pardon the grammar... Tapi post sebegini merujuk kepada lagu Wake Me Up When September Ends by Green Day*

Tahun ni nanti tak tahulah ada yang akan buat post macam tu atau tak... Maklumlah dah kalau setiap tahun ada post tu dah jadi tak lawak... Awal² dulu bolehlah sengih baca post macam tu... Okey, intro yang takde kaitan dengan post... Haha...

Benar seperti yang dinyatakan, ini bukan iklan racun perosak rumahtangga. Hohoho~ Habis tu iklan apa anda tanya?


Saturday, September 19, 2015

Cerpen | Surat Untuk Muna .:|[ teaser ]|:.




Aku tak salah nampak, memang cursor tu tengah bergerak! Apakah? Kalau takde angin masakan pokok bergoyang. Masalahnya sekarang ni kalau setakat angin dari kipas yang dah hidup segan mati tak mahu tu takkanlah cursor ni boleh bergerak? Lagi satu, aku mana guna mouse, celah mana pula cursor tu boleh bergerak kalau jari aku ni langsung tak sentuh touchpad laptop aku ni? 

Muna kebingungan seketika cuma kerana setelah itu muncul pula rasa teruja kerana ini merupakan kali pertama dia melihat sesuatu yang aneh seperti ini. Entiti mistikkah? Wah, kalah Kema punya sixth sense ni! Dia punya sixth sense cuma boleh rasa kehadiran ‘benda’ tu kalau dekat tapi tak boleh tengok ‘benda’ tu secara live. Okay, behave yourself Muna! Seratus lima puluh juta kali kau teruja kalau ‘benda’ ni entiti mistik sekalipun, bawa bertenang. Ingat boleh buat main-main ke kalau betul-betul ‘benda’ ni entiti mistik?! 

Mata Muna tekun memerhatikan pergerakan kursor yang kini sedang membuka perisian Microsoft Word. Walaupun papan kekuncinya tidak ditekan-tekan tetapi dia dapat lihat huruf-huruf yang muncul membentuk patah-patah perkataan dan seterusnya membentuk beberapa ayat. Berkerut-kerut dahi Muna tatkala membaca setiap bait kata yang muncul. Apa yang dia tidak tahu adalah perkara ini bakal menjadi permulaan baki kisah hidupnya. Persoalannya ialah kisah gembira atau episod duka? 



...kisah hidup Muna baru bermula...

Tertanya2 apakah kesudahan hidup Muna?
Mohon dapatkan Kompilasi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan yang bakal terbit bulan Oktober ini oleh Penerbitan Layar Pena...


Mohon klik untuk tumbesaran~

Insya Allah akan berada di toko-toko jamu buku pada Oktober ini.
SM: RM25
SS: RM28

Pembelian online boleh berurusan menerusi FB Penerbitan Layar Pena.
SM: RM32 (including postage)
SS: RM36 (including postage)


.:|[ Suha Fasihah ]|:.


Wednesday, September 16, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 11 ]|:.





HELAIAN muka surat terakhir yang keluar dari mesin pencetak Najla Naqiyah ambil. Dua salinan selamat dia cetak. Satu untuk simpanan dirinya dan sudah tentu satu lagi untuk simpanan si suami. Dia meneliti dan menyemak semula apa yang tercetak. Dalam tidak sedar segaris senyuman akhirnya terukir di bibir. Kepalanya turut digeleng-gelengkan beberapa kali tanda tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hendak berpatah balik, itu bermakna dia akan berlaku tidak adil kerana dia sendiri yang mencadangkan aktiviti ice-breaking antara dirinya dan si suami jadi mahu tidak mahu hidup perlu diteruskan dan aktiviti mereka ini harus dijayakan.

Visi: Membina dan mengekalkan rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah hingga akhir hayat di dunia mahupun akhirat sana.

Misi: Bersama-sama kita berganding bahu dalam memastikan keharmonian rumahtangga dan sentiasa berusaha untuk membaiki hubungan baik agar lebih memahami satu sama lain dalam menjejaki syurga yang abadi di akhirat nanti.

Apa Yang Anda Mahu Dalam Perkahwinan: Sebuah keluarga yang akan jatuh bangun bersama, bekerjasama, memahami dan menegur serta membimbing ke arah yang lebih baik. Sentiasa berbincang dan berkomunikasi agar matlamat untuk bahagia di dunia dan akhirat dapat dicapai. Insya Allah.

            Okey, tiga bahagian ni memang kita orang takde argue apa-apa jadinya takde apa-apa yang nak diubah. Masing-masing setuju 150 juta peratus jadinya kerja aku cuma gabungkan dan cantikkan ayat je. Of courselah aku tukang gabungkan semua benda ni tapi bila fikir semua ni aku punya cadangan jadi ada baiknya aku sendiri yang buat barulah aku akan puas hati. Macam tengah siapkan assignment pun ada cumanya assignment dalam Bahasa Inggeris yang ni kita orang campur je Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hehe.

Aktiviti Ice-breaking:

  1. 1)     Solat berjemaah sekurang-kurangnya satu waktu dalam sehari, lima waktu masa hujung minggu kalau tak keluar pergi mana-mana.
  2. 2)    Berkenalan dengan saudara-mara atau kawan baik satu sama lain.
  3. 3)    Jalan-jalan berpimpin tangan ketika di taman tasik mahupun di shopping complex atau di mana-mana sahaja.
  4. 4)    Melakukan aktiviti lain di dalam rumah secara bersama-sama (contohnya makan sepinggan, minum secawan, tengok rancangan TV kegemaran bersama dan aktiviti lain yang sewaktu dengannya.)
  5. 5)    Salam tangan dan cium pipi satu sama lain sebelum pergi kerja dan masa balik kerja.
  6. 6)    Pillow talk or any kind of heart-to-heart talk dan cuba untuk biasakan diri bermaafan sebelum tidur dan semestinya kena cium pipi juga.
  7. 7)    Kalau takde aktiviti lain masa hujung minggu, kita buat house meeting* dan house cleaning**. *house meeting: bukan apa sangat pun, lebih kepada kita spend time together sambil bercerita dan bertukar-tukar cerita, nak laporkan perbelanjaan, nak adakan perbincangan, nak buat luahan rasa, nak laporkan perkara terkini yang berlaku atau minum-minum sambil tengok TV.**house cleaning: merangkumi menyapu dan mengemop seluruh rumah, cuci tandas, sekali sekala cuci kipas siling, sliding door mahupun aktiviti memasak bersama-sama.
  8. 8)    Menghabiskan masa di kedai buku atau perpustakaan.
  9. 9)    Main indoor games seperti chess, dam ular, karom, congkak mahupun batu seremban.
  10. 10)   Berjalan melenggang kangkung ataupun jogging (disarankan waktu pagi atau petang hujung minggu.)
  11. 11)    Pergi berjalan-jalan atau melancong; dalam negara pun takpe. (camping, picnic mahupun hiking boleh masuk kategori ni.)
  12. 12)   A kiss on the forehead (in the morning, coming back from work and before going to bed.)
  13. 13)   A kiss on the cheek (in the morning, coming back from work and before going to bed.)
  14. 14)   A kiss through the phone when the husband is outstation (flying kiss is recommended if we’re using Skype video call.)
  15. 15)   A hug for at least 3 seconds (in the morning, coming back from work and before going to bed.)

Untuk aktiviti ice-breaking ni ada perkara yang lebih kurang sama kita orang gabungkan sekali. Puas juga aku pertahankan aktiviti kat kedai buku atau perpustakaan tu. Haha! Tapi bahagian ‘skinship’ yang orang tua tu letak memang aku tak dapat nak halang dah. Aku cuma berjaya buang feel free to kiss and hug at anytime tu je. Itu pun lepas aku cakap pada orang tua tu biar lima belas aktiviti je dulu untuk permulaan ni. Masalahnya macam tak bagi kesan apa-apa sebab dekat aktiviti lain dah ada kissing and hugging. Hmmm. Nasiblah, nak buat macam mana kenalah berkompromi. Lima belas aktiviti ni pun aku rasa separuh nyawa dah nak buat. Haish. Memang ‘bernas’ sangatlah idea kau untuk mulakan semua ni kan Jee? Bridging the gap sangat! Semoga kukuhlah jambatan tu nanti. Jambatan emas mungkin?


Tuesday, September 15, 2015

Cerpen | Dia Tanya Apa Khabar



KIT bersandar pada kerusi sebaik sahaja dia selesai membuat pesanan makanan kepada pelayan di kedai makan ini. Aktiviti seperti biasanya bermula. Ligat dia memerhatikan tingkah-laku manusia lain yang turut berada di situ. Dia beranggapan bahawa tujuan makhluk bergelar manusia itu ke kedai ini adalah sama iaitu bagi mengisi perut yang lapar. Berbeza dengan dirinya, bukan itu tujuan sebenar Kit berada di situ walaupun kedai tersebut sudah berbulan-bulan menjadi destinasi wajib makan malamnya sehari-hari.



Kedai makan ini secara tidak sengaja ditemui oleh Kit beberapa bulan yang lepas. Ketika itu keadaan dirinya yang bercelaru membuatkan dia memandu tanpa hala tuju. Sedar-sedar sahaja dia sudah memarkirkan kereta. Usai enjin keretanya dimatikan, dia keluar dari perut kereta lalu menutup dan mengunci kereta mewah pemberian ayahnya itu. Dia kemudiannya bersandar pada pintu bahagian pemandu. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans yang dipakai. Matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling dan kedai ini merupakan kedai yang paling hampir dengan tempat keretanya diparkir.



Kit dapat lihat yang kedai ini penuh dengan pelanggan. Dia sempat membuat pemerhatian ringkas bahawa kedai ini membahagikan dengan strategik bahagian pelanggan yang menjamu selera sambil menonton perlawanan bola sepak di skrin besar yang disediakan dan juga satu lagi bahagian pelanggan yang tidak berminat untuk menonton bola. Bahagian pelanggan yang tidak menonton perlawanan bola sepak dihidangkan muzik sebagai halwa telinga.



Kit membaca tanda nama kedai itu yang sebesar-besar alam tergantung di bahagian hadapan, Kedai Makan Apa-Apa Ajelah. Serta-merta senyuman senget terukir di bibir. Sengal je nama kedai ni. Komennya di dalam hati. Langkah kaki Kit bawa ke dalam kedai tersebut dan mujurlah ada sebuah meja yang baru sahaja dikosongkan. Tanpa menunggu lama, dia terus melabuhkan punggung. Apa-apa ajelah! Janji aku kat tempat yang ramai orang dan bising. Ujar Kit di dalam hati. Ya! Memang itu tujuan dirinya memandu tanpa hala tuju. Dia hanya mahu ke mana-mana sahaja asalkan tempat yang ramai makhluk bergelar manusia. Tempat yang tidak sunyi kerana kesunyian adalah musuh utamanya saat ini.



“Okey bro, kau punya Nasi Goreng Apa-Apa Ajelah dan teh ais siap. Kalau nak apa-apa lagi nanti panggil je aku,” ujar Pali saat dia meletakkan sepinggan nasi goreng dan segelas air teh ais di hadapan Kit. Tersentak dengan suara Pali itu, Kit kembali ke alam nyata. Pali beredar selepas Kit mengucapkan terima kasih. Pali atau nama sebenarnya Fadhli ini sememangnya sudah terbiasa dengan Kit sejak Kit secara tidak sengaja menjadi pelanggan tetap di situ. Sebenarnya bukan Pali yang ingin berkurang ajar dengan pelanggan tetapi Kit sendiri yang mewajibkan dia guna ‘aku-kau’ apabila bercakap dengan Kit.



Aku sebenarnya dah beberapa kali khatam menu kat kedai ni. Semalam aku makan Nasi Goreng Tom Yam dan hari ni disebabkan aku malas nak pening kepala fikir nak makan menu apa, aku pesan aje Nasi Goreng Apa-Apa Ajelah. Senang! Kat Kedai Makan Apa-Apa Ajelah ni memang ada menu nasi goreng, mi, bihun, kue tiau dan air Apa-Apa Ajelah. Pali kata sebab orang kita ni susah nak buat keputusan. Bila tanya nak makan kat mana dan nak makan apa mesti mereka jawab kat mana-mana ajelah, makan apa-apa ajelah, tak kisah. Jadinya abang kandung Pali mencadangkan mereka menamakan kedai makan ini Kedai Makan Apa-Apa Ajelah. Kreatif bukan? Lepas ni sesiapa yang kata tak kisah nak makan apa-apa ajelah tu boleh terus bawa dia orang makan kat kedai ni. Haha!



Kit mula menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Sambil mengunyah, matanya tetap menjalankan kerjanya memandang manusia yang berada di sekelilingnya. Ironinya dia ke situ untuk mengelakkan rasa sunyi namun jauh di sudut hati dia tetap rasa sunyi. Rasa pelik pula hari ni sebab mamat



“Apa khabar Kit? Hari ni saya duduk sini lagi ya.”



Belum sempat aku nak habiskan ayat keraguan dalam hati, Mamat Apa Khabar ni dah muncul! Nasib baik tak tercekik dek ayam dalam nasi goreng ni. Kit mengomel sendiri. Tanpa menunggu jawapan dari Kit, lelaki yang tiba-tiba muncul itu terus duduk di kerusi sebelah kanan meja ini. Mereka duduk di meja segi empat yang memuatkan empat buah kerusi. 


Wednesday, September 02, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 10 ]|:.





BAIKLAH, kita mulakan pertemuan kita pada pagi yang menghampiri tengah hari ni dengan ummul kitab Al-Fatihah.” Arif Fitri bersuara setelah dia dan Najla Naqiyah duduk di ruang tamu selepas menikmati sarapan pagi. Dia membaca surah Al-Fatihah cukup untuk didengari oleh si isteri yang hanya membacanya di dalam hati.

            Err, aku kahwin dengan bekas head boy sekolah ke ni? Cara orang tua ni macam tengah lead meeting pun ada. Jangan cakap dia dulu ketua Badan Akhlak dan Kerohanian sekolah sudah. Haha! Tapi kira kita orang tengah meetinglah juga ni. Meeting yang tak sengaja tertangguh. Hehe.

            “Alhamdulillah dapat kita berhimpun pada pagi ni untuk membincangkan isu tertangguh kita iaitu mengenai sesi ice-breaking. First and foremost, abang nak minta maaf sangat-sangat pada Ya sebab dah membuatkan sesi discussion kita ni tertangguh.” Ujar Arif Fitri. Najla Naqiyah sudah seperti orang yang sedang merakamkan perbuatan si suami apabila dia menemukan ibu jari tangan kanannya dengan jari telunjuk tangan kirinya manakala jari telunjuk tangan kanannya dicantum dengan ibu jari tangan kirinya membentuk segi empat yang kelihatan seperti kamera. Ucapan Arif Fitri terganggu.

            “Sayang, kenapa tiba-tiba buat macam tu? Masa kecil dulu pernah pasang cita-cita nak jadi paparazzi ke?” tanya Arif Fitri. Najla Naqiyah sudah tergelak. Kedua-dua tangannya sudah dia jatuhkan, tidak lagi berlagak seperti sedang memegang kamera.

            Paparazzi? Camerawoman okey sikit kut. Hehe. Takdelah bang. Abang tu buat lawak, skema sangat macam tengah handle formal meeting aje siap berdiri pula tu. Ya pun seronoklah nak buat-buat record gaya abang.” Jawab Najla Naqiyah. Arif Fitri sudah tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.

            “Ada-ada je sayang ni kan. Abang bukan apa, dah alang-alang kita nak buat discussion pasal perkara yang Ya cadangkan dua minggu lepas, kita buatlah betul-betul. Make it real. Lagipun tak salahkan kita mulakan sesuatu dengan baca surah Al-Fatihah? Walaupun ini bukan mesyuarat persatuan ataupun apa-apa mesyuarat rasmi yang lain. Kalau orang lain tak buat pun, takpelah, kita mulakan dalam keluarga kita.” Ujar Arif Fitri panjang lebar.
           
Najla Naqiyah sudah tersenyum mendengar apa yang si suami katakan sebentar tadi. Keluarga kita? Sedapnya dengar orang tua ni sebut keluarga kita tu. Boleh tak aku nak bangga sekejap dapat suami macam orang tua ni? Boleh tak? Boleh tak? Alaa, dapat bangga sekejap pun jadilah. Haha! Poyolah kau Jee. Orang lain pun ada suami juga, bukan kau seorang aje!
           
“Betul tu Yang Arif, tak salah pun kita mulakan sesuatu dengan Al-Fatihah. Insya Allah, perkara yang baik tu kita cuba sama-sama amalkan. But before we proceed with the main agenda, I got something to ask you. Abang dulu Ketua Badan Akhlak dan Kerohanian kat sekolah ke? Tak pun head boy sekolah ke?” tanya Najla Naqiyah.
           
Erm, the latter.” Arif Fitri sudah tersengih. Najla Naqiyah sudah bulat mata mendengar jawapan dari si suami.
           
Seriously? Dulu abang head boy?” tanya Najla Naqiyah. Kali ini dengan nada tidak percaya dan turut meminta kepastian. Arif Fitri menghampiri si isteri dan duduk di sofa yang sama. Dia mencuit hidung si isteri.
           
“Betullah sayang, takkanlah abang nak tipu pula. Okey, Puan Najla Naqiyah, shall we proceed with the main agenda?” tanya Arif Fitri. Kali ini dia sudah mencapai helaian kertas bersaiz A4 yang telah dia catat dengan perkara-perkara yang akan dibincangkan dengan si isteri. Najla Naqiyah sudah mengangguk-anggukkan kepalanya.
           
Wahhh! Baru aku tahu orang tua ni dulu head boy sekolah. See! Banyak lagi pasal dia yang aku tak tahu. Excited pula nak mulakan ice-breaking session dengan orang tua ni. Haha! Patutlah nampak orang tua ni Karisma Kapoor semacam. Okey, itu sangat merapu Jee! Ada ke patut orang tua yang segak bergaya ni kau kata Karisma Kapoor? Nak kena buat lasik dulu ke baru dapat bezakan orang tua yang berkarisma ni dengan Karisma Kapoor tu? Haha! Orang tua ni bukan Karisma Kapoor tapi dia berkarisma dan berkaki lebar. Err, maksud aku berkaliber, bukan berkaki lebar walaupun kaki dia lebarlah juga sebab pakai kasut saiz 9. Ehhh, wait seminit! Waktu orang tua ni head boy sekolah, agak-agak ramai tak orang yang minat dia? Huwaa! Tiba-tiba aku rasa jealous pula kalau dia ada ramai peminat. Haish!
           
“Sayang, Ya okey tak ni? Jauh mengelamun.” Arif Fitri sudah menggawang-gawangkan tangannya di hadapan Najla Naqiyah. Najla Naqiyah yang tersedar dari lamunan terus melemparkan senyuman buat si suami.
           
“Ya okey ajelah. Let’s get the party started! Eh, meeting, hehe…” kata Najla Naqiyah dengan suara yang ceria. Arif Fitri sudah tersenyum dengan gelagat si isteri yang dirasakan semakin hari semakin comel itu.