Social Icons

Friday, January 31, 2014

Spices of India | Day 5

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
ini adalah sambungan siri 'Spices of India' di cik belog ku ini...

Dec 7, 2013


Pagi-pagi hari ni kena naik flight dari Kolkata ke Mumbai pulak.. Yang pasti dalam flight confirm akan tidur.. sentiasa rasa tak cukup tidur.. ada hari yang ok tu boleh laa tidur pukul 9 malam.. kalau tak memang tidur lambat plus masa banyak habis travel dari satu tempat ke satu tempat.. tu yang jadi lagi penat tu..

Sesampai di Bombay/Mumbai kami terus check in dekat hotel apentahtakingatnama... then turun untuk meneruskan kerja... driver hantar ke tempat kejadianlah... bila dah sampai dan jumpa mereka punye representative baru tahu kena pergi bangunan lain... jauh sikitlah so kami naik auto-rickshaw...


Tuesday, January 28, 2014

Di Sebalik Langsir | Second Hero

Assalaamu`alaikum...


ho ho ho hokeh...
DSL kali ni bagi second cerpen hasil taipanku *hasil taipan? macam hasil tangkapan dah...* iaitu Second Hero...
kebetulan second cerpen punya tajuk Second Hero...
tak plan pn... hohoho...


DSL yang kedua ni jom kita kupas sedikit sebanyak mengenai cerpenku itu...
*mohon bawak bertendang...*

Monday, January 27, 2014

Spices of India | Day 4

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
ini adalah sambungan siri 'Spices of India' di cik belog ku ini...

Dec 6, 2013


Hari ni macam biasa... susah2 hati pun life must go on kan... pagi2 tu lepas dah siap, sementara tunggu office mates kat bilik sebelah, ku di bilikku buat panggilan ke Malaysia... Berborak dengan mak sekejap... rasa tenang sikit lepas dengar suara mak... mak macam biasa laa akan tanya dah makan ke ape semua, jaga diri elok2 *ku seorang je perempuan waktu trip ni* agaknya sebab tu laa mak risau plus first time pulak keluar dari Malaysia... sepanjang bercakap dengan mak tak sebut langsung pun pasal purse hilang... taknak mak risau... kalau tak mau mak suruh balik tang tu jugak balik Malaysia... adeyh~ just minta dekat mak doakan laa yang terbaik untukku... mak cakap mak sentiasa doakan yang terbaik... maka ku rasa tenang sket... ada keyakinan sikit...

call mak sekejap je, rasa dalam dua minit je kot... then call bank islam nak minta dorang cancelkan kad tu... lepas call bank islam, nak call maybank... sedang baru ada orang nak angkat kat sebelah sana, talian terputus... kredit tak cukup... huarghhh~ waktu tu call guna number india yang beli dekat airport... kredit number malaysia pun dah nyawa2 ikan... hampa... time tu ku redha je laa... benda dah jadi... tak boleh nak undo... 


Wednesday, January 15, 2014

Spices of India | Day 3

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
ini adalah sambungan siri 'Spices of India' di cik belog ku ini...

Dec 5, 2013


keesokannya paginya *hari ni laa... kira sambung episod Day 2* lepas solat subuh ku baring2 laa kan... lepas tu terus mandi... nasib baik ada air panas sebab kat Kanpur tu sejukkk *dorang cakap awl Disember waktu kami datang tu ok lg sejuknye... kalau dah masuk januari memang sejukkkk gilakkk* lepas mandi semua sambil bersiap2 tu jerang air... buat Mamee Chef tu laa apa lagi... huhuhu... lepas siap breakfast meneruskan kerja...
 

Sesudah urusan kerja pada hari itu selesai... kami pun baliklah nak berkejar next flight... nak ke Kolkata... kata office mate yang tolong uruskan tiket flight domestic kami dekat India ni yang direct flight sume dah habis... maka, terpaksalah kami transit flight... Delhi - Lucknow - Kolkata naik JetLite...

sewaktu transit LKO - DEL, pergi cari makanan dekat food court... ku apa lagi, kerjanya dekat sana memang order KFC Krusher's je... yang ku perasan dekat KFC Malaysia dah takde Krushers dalam menu, dekat sana ada lagi... so lepas gian order Krushers je laa... dan vegetarian food... sambil2 makan tu tengok talk show dekat TV in the form of silinder tengah2 food court tu... oh, ku makan sensorang waktu tu... another two officemates in that trip makan dekat McD dekat belakang sikit *mereka non-muslim*... lepas habis makan baru kami jumpa balik...


Saturday, January 11, 2014

Spices of India | Day 2

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
ini adalah sambungan siri 'Spices of India' di cik belog ku ini... walaupun cerita ni macam dah basi je *bukan macam, memang*... yela, ku pergi sana awal Disember, ni dah awal Januari baru ada sambungan... ho ho ho... tak dapek den nak nolong...

Dec 4, 2013


selepas habis urusan di Delhi, kami nak pergi Kanpur pulak. tapi takde direct flight ke kanpur. so, dari Delhi ke Lucknow naik Indigo Air... *teringat cerita Mujhse Dhosti Karoge... ada tongue twister dia sebut Lucknow...* 


disebabkan perjalan Delhi - Lucknow ni tak bape jauh, *kalau tak silap dalam 50 minit je* so dalam flight tu memang ku tido je laa... nak buat ape lagi kan... bangun bila ada announcement kapal terbang nak landing... huhuhu


Wednesday, January 08, 2014

Special Offer!

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
sementara menunggu officemate yang belum siap lagi ni...
ku chill main Farm Heroes Saga kat Facebook...
alang2 office hour yang official dah habis so memang syiok laa main...
*tak laa syiok mana pun... ku bukan peminat tegar mana2 game... akan layan game tu as long as level game tu tak sampai bawak stress pada diri sendiri...*

prinsipku, main game nak release stress... dah kalau level game tu sampai bagi stress memang tak laa... ku memang akan stop main game bila sampai level yang stress...

game pun ada special offer... jangan main2...
bukti?


Monday, January 06, 2014

merealisasikan cita-cita

Assalaamu`alaikum...

huk aloh tajuk, tak boleh skema lagi??!
lalala~

ho ho ho hokeh~

hari ini baru ku tahu siapa yang merealisasikan cita-citaku selama ini...
*tangan ke bahu, mata ke atas*

sebelum itu ku nak mengucapkan terima kasih kepada adikku yang tiap2 bulan jadi orang tengah...
orang tengah antara ku dan si dia...
kerana tanpa kamu menjadi orang tengah, ku tidak tahu apa yang akan terjadi dengan hubunganku dan si dia...

ohoooooiiiiii hoiiii... kalau dah mata bertentang mataaaa...
si dia, mohon bangga sket... ingat senang ke nak buat entry khas pasal anda??
lalala~


Saturday, January 04, 2014

14.01.14

Assalaamu`alaikum...

14.01.14

orang lain mungkin memilih tarikh 11.12.13 atau 13.12.13 atau apa2 sahaja tarikh yang nampak chantek di mata kita...

tapi kali ini 14.01.14...
ho ho ho hokeh jangan nak poyo ye suha... jangan...

tarikh tersebut bukanlah tarikh nikah... wedding reception... birthday... anniversary atau apa2 yang sama waktu dengannya...

lalala~

tarikh tersebut merupakan tarikh drama AKU ADA WALI bakal memulakan siaran di TV Al-Hijrah, setiap Selasa jam 10.00 malam...

AKU ADA WALI ini merupakan drama bersiri 13 episod dari novel yang juga bertajuk Aku Ada Wali karya Ustazah Fatimah Syarha... 

untuk info lebih pasal ni bolehlah guna perkhidmatan pakcik google untuk gelintar apa yang anda nak tahu... 

yup!
betul, ku kurang setuju drama yang di adaptasi dari novel ni... sebab padaku dia akan spoil... baca novel lain... tengok drama/movie lain... dan ku prefer novel stays as novel... tidak diadaptasi... tapi selera orang lain mungkin berbeza...

tapi,

since ni dari novel Ustazah Fatimah Syarha yang ku cukup hormati itu, jom kita sama2 tengok drama ni...
insya Allah, pengajaran tu pasti ada... dan ku berani potong kuku jari tangan dan kakiku bahawa drama Aku Ada Wali ini berbaloi untuk ditonton...

sekian~
 
think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...