Assalaamu`alaikum…
Dulu…
Bercita-cita nak
kerja dalam bidang yang diceburi ketika menuntut Ijazah Sarjana Muda…
Alhamdulillah…
Sedang bekerja dalam
bidang yang sama dan tidak lari…
Sekarang…
Bila dah bekerja
dalam bidang ni, rasa nak bekerja dalam bidang yang tiada kaitan ketika belajar
dahulu…
Adakah sebab bosan?
Mungkin… tetapi minat
pada bidang itu masih ada dan tidak luput…
Paling baru…
Rasa nak jadi
surirumah sepenuh masa…
Asalnya bercadang
mahu menjadi surirumah sepenuh masa setelah mempunyai tiga atau empat orang
anak…
Sekarang, belum
berkahwin pun lagi tapi rasa nak jadi surirumah sepenuh masa…
Menjaga dan mendidik
anak-anak sendiri…
Tidak perlu
bergantung kepada orang gaji…
Adakah diri ini
dikira tidak tetap pendirian?
Mungkin… tetapi
perjalanan dan pengalaman mendewasakan kita…
Lambat laun kita akan
berubah jua…
Mengikut arus
peredaran masa…
Bersesuaian dengan
menginjaknya usia…
Wahai bakal encik
suami…
Yang belumpun aku
kenali…
Walau di manapun anda
kini…
Diharap anda mengerti…
Niat hati ini…
Namun dirimu tetap
tidakku belakangi…
Segala keputusan muktamadku
nanti…
Adalah keputusan
muktamadmu yang bakalku taati…
Nukilan dari hati bakal puan isteri...