Social Icons

Wednesday, August 21, 2013

nukilan hati



Assalaamu`alaikum…

Dulu…
Bercita-cita nak kerja dalam bidang yang diceburi ketika menuntut Ijazah Sarjana Muda…
Alhamdulillah…
Sedang bekerja dalam bidang yang sama dan tidak lari…

Sekarang…
Bila dah bekerja dalam bidang ni, rasa nak bekerja dalam bidang yang tiada kaitan ketika belajar dahulu…
Adakah sebab bosan?
Mungkin… tetapi minat pada bidang itu masih ada dan tidak luput…

Paling baru…
Rasa nak jadi surirumah sepenuh masa…
Asalnya bercadang mahu menjadi surirumah sepenuh masa setelah mempunyai tiga atau empat orang anak…
Sekarang, belum berkahwin pun lagi tapi rasa nak jadi surirumah sepenuh masa…
Menjaga dan mendidik anak-anak sendiri…
Tidak perlu bergantung kepada orang gaji…

Adakah diri ini dikira tidak tetap pendirian?
Mungkin… tetapi perjalanan dan pengalaman mendewasakan kita…
Lambat laun kita akan berubah jua…
Mengikut arus peredaran masa…
Bersesuaian dengan menginjaknya usia…

Wahai bakal encik suami…
Yang belumpun aku kenali…
Walau di manapun anda kini…
Diharap anda mengerti…
Niat hati ini…
Namun dirimu tetap tidakku belakangi…
Segala keputusan muktamadku nanti…
Adalah keputusan muktamadmu yang bakalku taati…

 Nukilan dari hati bakal puan isteri...


No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...