Social Icons

Thursday, February 06, 2014

Spices of India | Day 6

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
ini adalah sambungan siri 'Spices of India' di cik belogku ini...

Dec 8, 2013


ho ho ho hokeh... pagi ni naik Air India pula untuk ke Varanasi... varanasi ni pada orang India dikira sebagai holy city mereka... Antara lainnya Varanasi turut dikenali sebagai the city of temples", "the holy city of India", "the religious capital of India", "the city of lights", "the city of learning", and "the oldest living city on earth.

walaupun holy city kepada masyarakat penganut agama Hindu, namun sepanjang perjalananku ke tempat kerja, ku dapat melihat ramai juga kaum hawa mereka yang memakai jubah berjalan bersama lelaki memakai kopiah * ku kira itu husband merekalah*... kerana ku belum cukup tahu sangat pasal sejarah varanasi ni tapi ku berandaian bahawa mereka Islam... mungkin kerana ini hari ahad jadi mereka ada pasar pagi... macam2 benda ku lihat mereka jual di sepanjang jalan tersebut...



and surprisingly, first time ku dengar azan berkumandang di India ketika ku berada di Varanasi ni... time tu rasa rindunya dekat Malaysia... waktu tu rasa nak balik tanah air memang membuak2... rasa tak sabar sangat... kerja pada hari ni habis boleh ku kira sebagai awal... dan varanasi ni lebih sejuk berbanding Kanpur yang dah sejuk tu... kami dibawa makan oleh representative dekat situ lepas tu terus check-in dekat The Hindusthan International Hotel...

yang lawak-tak-boleh-blah-kan-ku-ingat-sampai-bila2 masa ni bila kami nak masuk bilik masing2... ku dapat room number 208, officemates lagi dua orang mereka room 210... kira ku kat sebelah sini, mereka sebelah sanalah... tanpa syak wasangka, ku terus slot in kad dan buka pintu bilik hotel... tiba2 ada seorang lelaki yang mungkin terkejut dengar pintu dibuka terus terbangun dari katil dia berbaring sambil tengok tv dan memandang ke arahku... ku yang terkejut dengan situasi yang baru berlaku hanya mampu berkata "Sorry!" lalu menutup semula pintu biliknya... ku panggil officemates ku yang sudah beberapa langkah menuju ke bilik mereka dan sambil ketawa menceritakan apa yang berlaku... mereka turut ketawa dan salah seorang dari officematesku turun semula untuk menukar kad akses bilik... ku dapat bilik 212 yang selang sebuah bilik dari mereka... 

walaupun plan asal esok pagi tak free... tapi bila semua dah settle hari ni so esok pagi dah free dah... yang tak bestnya walaupun free tapi purse pula hilang so tetap tak dapat nak shopping...


think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...

No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...