Social Icons

Wednesday, August 06, 2014

#supportGaza #freePalestine #vivaPalestina #boycottisrael #israhellgotohell

Assalaamu`alaikum…

Sungguh panjang tajuk entry kali ni namun sudah cukup untuk menerangkan sedikit sebanyak apa yang entry ni bakal sebut…

#gazaunderattack #boycottisrael #supportgaza

Ku kira anda mesti pernah baca atau guna hashtags di atas dalam kita mengambil berat isu di Palestin… isu ini bukan lagi isu umat Islam semata-mata tetapi isu kemanusiaan… Zionis Israhell ni memang dah melampau-lampau!!! semalam ada adikku share di group whatsapp kami adik-beradik yang MULAI Jumaat ini, 8 Ogos 2014 jam 7.00pagi bermulanya Hari Boikot McD Malaysia… Apa yang ku dapat faham melalui gambar yang banyak orang dah share tersebut boikot itu 24 jam, tujuh hari seminggu (24/7) bermula Jumaat ini SEHINGGA Zionis Israel 100% keluar dari Palestin… *anda boleh refer pada gambar di bawah*



Pagi ini pula masa ku dengan sakit hatinya scroll Facebook *sakit hati sebab line slow, gambar semua loading, makanya ramai orang share gambar pasal isu ini tak dapatlah ku nak view* ku ada terbaca yang Jumaat ni juga McD akan adakan pemberian burger PERCUMA di masjid-masjid terpilih… Wallahualam… ku tak tahulah sejauh mana kebenaran ni sebab bila ku try cari balik post tu tak jumpa pula *maklumlah line slow kat kampung ni…* jadi berhati-hati kepada sesiapa yang pergi masjid hari Jumaat ni… Jangan terpedaya dengan burger percuma itu… *biasanya kaum adamlah kan since mereka pergi solat Jumaat*


Malam tadi pula ada di share pasal “Facebook 
adalah milik Zionis Israel, bila bila masa mereka boleh menyekat bla bla bla so on and so forth… Sebagai langkah Alternatif kepada Umat Islam kini telah dicipta satu aplikasi yang sama seperti Facebook bla bla bla so on and so forth…” Haaaa mesti anda pun ada baca orang share pasal ni kan?

In my humble opinion, teruskan usaha murni boikot produk2 yang ternyata ada kaitan dengan Zionis Israel ni… Kita tak mampu nak pergi berperang jadi the least that we can do is boycotting the products that are funding the Zionist… selain dari tu kita tolong tembakkan doa buat saudara mara kita di sana… kita boleh buat *dan ada yang dah buat dan sertai* perhimpunan aman damai dengan permit dari polis untuk menunjukkan bantahan ke atas kekejaman terhadap Gaza… Zionis Israel tu sebenarnya pengecut… kita baru buat benda2 macam ni depa dah ketaq kepala dan ketaq lutut…

Isu boikot : mari kita boikot produk2 yang ternyata ada kaitan dengan Zionis (Coca cola, McD, Nestle etc…) anda boleh ke laman web www.inminds.com untuk senarai yang mereka update… kenapa mereka update? Sebabnya ada senarai yang dulunya kita perlu boikot dan sekarang tak perlu lagi sebab jenama tu dah putuskan hubungan dengan Zionis. And why do you think is that? Of course sebab depa terkesan dengan boikot yang consumers lakukan laa apa lagi…
www.inminds.com *kantoi pula network speed. Ini tgh tak loading benda lain dah. Kalau tgh loading pun still tak laju mana TT.TT ini yg susah update entry guna fon*

Kita boleh mulakan dengan McD sebab insya Allah tak susah sangat nak boikot McD ni… Oh, begitu juga dengan Coca Cola… Padaku senang nak boikot coca cola sebab ku sendiri bukan penggemar air bergas… lalala~ alangkan air 100Plus pun ku beli yang 100Plus Edge (non-carbonated punya)… kalau ku minum air bergas seperti oren, strawberry, punch semua tu ku akan letak ais banyak2 dan biarkan seketika… betapa tu kurang gemar minum air bergas…

Untuk produk2 Nestle, tidak dinafikan memang banyakkkk gilakkkk produk2 Nestle ni yang kita pernah atau mungkin sedang guna… apa yang kita boleh buat ialah cari barang alternative kepada produk tersebut… sikit-sikit kita try boikot produk2 Nestle… Contohnya kalau anda suka Nescafe, tukarlah dengan coffee brand lain, jangan cakap takde… Same goes to mi segera Maggi, anda gantilah dengan jenama lain… insya Allah ada je… janji kita cari… Kalau anak anda dah biasa makan Cerelac, anda try beli jenama lain dan beri anak anda makan, kalau anak anda boleh terima then tukarlah ke jenama tu… kalau anak anda menang tak sesuai tukar, nak buat macam mana kan… anda dah mencuba… anda dah terjadikan Milo minuman kegemaran anda? Anda cubalah gantikan dengan jenama lain… Vico ke… sedap ape… yup, tak dinafikan memang banyak produk2 Nestle ni… insya Allah ada pengganti…

It’s the effort that counts… janji kita cuba dan usaha cari produk alternatif yang lain… dan insya Allah ada aje…

Isu Facebook : sepanjang pengetahuanku, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg tu memang berbangsa Yahudi… tapi tiada lagi bukti kaitan FB ni funding kepada Zionis… Kalau anda ada jumpa bukti tu di mana2 link, please please please I’m begging you to share the link dekat sini ye… thanks in advance…

Kita perlu faham yang tak semua orang Yahudi itu Zionis. Dalam Islam sendiri ada orang kafir yang kita perlu perangi dan ada orang kafir yang kita boleh berurusan dengan mereka.

IMHO, tak salah kita nak guna FB ni selagi tak jumpa lagi bukti yang mengaitkan FB ni dgn Zionis… kalau kita lihat sendiri, FB ni juga medium dakwah dan menyampaikan berita dari Gaza sana yang memang cepat dan pantas… Dan kalau tu tak salah fakta, Instagram dan Twitter pun FB dah beli… (walaupun ku takde akaun insta tapi ku ada twitter yang baru dibuat, @suhafasihah )

Isu Ummaland : tak salah juga nak sign up akaun Ummaland kalau memang ternyata Ummaland ini bagus atau mungkin lagi bagus dari FB… ada yang mengatakan yang Ummaland ni ada lebih unsur dakwah… baguslah!

Sekian sahaja sesi nak bebel pada pagi yang indah ini… Ini apa yang ku tahu… apa yang ku tak tahu maka ku tak tahulah… mana-mana yang salah tolong tolong tolong sangat2 tegurkan… ku hanya boleh bebel di belog sendiri ini… ada kemungkinan yang takde pun orang baca tapi peduli pulak aku?! Ni pun salah satu usaha ku…

The power is in your hands~ anda buatlah apa yang anda mampu buat… supaya dekat akhirat nanti ada jugalah kita nak jawab bila ditanya…

Wallahu`alam…
Wassalam…

No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...