Social Icons

Wednesday, January 14, 2015

3 - 1

Assalaamu'alaikum...

3 - 1

Jika anda sedang memikirkan nombor 2, syabas diucapkan kepada anda walaupun bukan itu yang ku maksudkan...

Jika anda sedang memikirkan score bola, tahniah ku ucapkan walau bukan itu yang ku ingin sampaikan...

Sampaikanlah salam cintaku padanya...
Maaf, tersalah tempat pula... 
Baiklah2 ku serius... *sambil buat muka serius*
Yang sebenarnya 3 dan 1 tu merujuk kepada penceritaan cerpen dan novel... Apakah kaitannya dengan cerpen dan novel anda tanya? 
Ho ho ho hokeh akanku jelaskan...

Third point of view...
First point of view...
Sound familiar?? I bet they are... Waktu sekolah menengah dulu ada belajar... Anda semua mohon jangan buat2 lupa... *kalau dah lupa buat2lah angguk2 dan segera guna khidmat nasihat pakcik Google... * lalala~



Jika anda perasan, cerpen2 ku serta enovel ku semuanya setakat ini menggunakan third point of view tu... Padaku menggunakan third point of view lebih senang kerana pengarang akan lebih bebas bercerita... Sebab itulah ku selalu kagumi mereka yang berkarya menggunakan first point of view... kerana mereka bisa selami dengan mendalam watak 'aku' itu dan menceritakannya dengan dramatik sekali...

Apakah yang ku cuba nak sampaikan di sini?
Saje... nak buat luahan hati dan rasa kagum kepada penulis yang menggunakan first point of view...
Syabas! Wa tabik sama lu~~~

Jadinya cabaran untuk diri sendiri bagi tahun 2015 ni adalah nak taip at least satu cerpen guna first point of view tu... hehehe... Tak tahulah berjaya ataupun tak cerpen tu nanti... lalala~
Selain dari tu, cabaran kedua ialah nak taip cerpen pasal kerabat diraja... 

Walaupun ku sendiri masih taktau nak taip pasal apa... Lantaklah! Itulah namanya cabaran kan? Kalau dah tau nak taip apa dah kurang mencabar laa...
Therefore, by the end of this year kalau anda masih tak nampak ura2 ku nak post cerpen yang berkaitan dengan dua cabaran kat atas tu mohon ingatkan aku... mohon... hehe

Selingan: dalam proses taip Bab 7 Saya Isteri Baru Belajar... adalah dalam 30% siap... Tak tahulah bila ku boleh post dekat cik belog ni... Entahlah kenapa ku lemah betul kalau nak update enovel ni... Doakan ku rajin untuk update enovel tu kalau anda sudi nak baca... Apa entah ku merepek ni... Semoga anda faham hendaknya...

Selamat mengisi tahun ini dengan aktiviti yang berfaedah buat diri, agama, dunia mahupun akhirat sana... insya Allah...

Sekian...
Wassalam~


2 comments:

  1. Saya faham....teruskan nenulis, walau sedikit setiap hari ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis Hannah Safiyah :) hanya yang faham akan betul2 faham... insya Allah akan menaip biarlah sikit2 pun kan... :)

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...