Social Icons

Saturday, April 11, 2015

Hu hu hu hutang~

Assalaamu'alaikum...

Hutang...

Hutang ni wajib kita bayar walaupun orang yang memberi hutang tu tak tuntut... Yelah, kalau hari2 orang tu tanya bila nak bayar balik hutang dia, nanti kita pun jadi menyampah kan... Mestilah waktu kita dah ada duit baru kita boleh bayar hutang kita kat dia...

Namun, sebagai orang yang berhutang, kita kena fikir juga keadaan orang yang pinjamkan duit kat kita tu... Mungkin waktu dia bagi pinjam duit tu dia tengah takde masalah lain... And then masa dia tengah ada masalah dan memerlukan duit, mungkin satu2nya sumber duit yang dia ada ialah dalam bentuk hutang kita pada dia... Tak rasa bersalah ke?

Ada juga kes orang yang berhutang tu nampak sangat enjoy2 dengan duit depan mata Si pemberi hutang, tapi bila minta dia langsaikan hutang, dia kata dia takde duit... #kisahbenaryangkupernahbaca

Ku tulis topik hutang ni secara general... Penghutang dan pemiutang... Penghutang, fikirlah juga keadaan pemiutang... Pemiutang, doa banyak2 si penghutang lembut hati nak langsaikan hutang... Langsaikanlah hutang kita pada orang yang kita berhutang tu cepat2... Sebab kita tak tahu bila ajal menjemput kita... Mati dalam keadaan berhutang nanti roh terawang2 je antara langit dan bumi... Even mati syahid pun takkan mampu menghapuskan hutang tu.... Nauzubillahiminzalik... Mestilah kita tak nak, kan?

Ku berdoa semoga orang yang berhutang denganku mendapat hidayah untuk cepat2 melangsaikan hutang beliau padaku... Aamiin..



ps: ku tahu ku ada 'hutang' Bab 10 Saya Isteri Baru Belajar... Sorry sangat2 dah lama tertangguh nak update cerita tu... I'll try my best okey... Insya Allah...

Tuesday, April 07, 2015

Oopss, I Did It Again - 'ter'taip



USAI mendirikan fardhu Isyak berjemaah bersama dengan dua orang rakan serumahnya, Najwan kembali ke biliknya. Setelah meletakkan songkok di tepi meja kecil, dia merebahkan diri di atas katil bujang bilik yang disewanya ini. Mata dipejamkan namun tidak lama dek kerana bunyi telefon pintarnya yang berbunyi minta diangkat. Dari lagu yang sudah ditetapkan khas itu dia sudah tahu siapa gerangan yang membuat panggilan telefon tersebut tanpa perlu melihat nama yang tertera di skrin telefon. Panggilan telefon dia jawab.

            “Assalaamu`alaikum mak. Kenapa tiba-tiba call?” tanya Najwan. Alamak! Tersilap tanya soalan pula. Habislah kalau mak merajuk! Sebenarnya tidaklah pelik untuk ibunya ini membuat panggilan terlebih dahulu cumanya dia baru sahaja pulang ke kampung jadinya dia tidak menyangka yang si ibu akan membuat panggilan secepat ini.

            “Wa`alaikumussalam Wan. Bertuah punya budak! Sepatutnya Wan kena rasa bertuah mak call Wan, ini tanya soalan macam tu pula. Yalah kalau tak suka mak call lain kali mak tak call dah.” Jawab Puan Mazni dengan nada rajuk. Najwan sudah tersengih dan menggelengkan kepalanya.

            “Mana adalah mak. Wan tanya aje. Mestilah Wan suka mak sudi call wan. Memang Wan bertuah sangat-sangat dapat ibu macam mak ni. Sudahlah cantik, sempoi pula tu. Bertuah siapa yang dapat jadi menantu mak nanti, dapat mak mertua yang tak cerewet macam mak.” Ujar Najwan segera dengan ayat mengambil hati ibunya. Tetapi memang dia akui bahawa ibunya itu sentiasa cantik di matanya. Apa orang putih cakap? A father is a daughter’s first boyfriend kiranya situasi aku dengan mak aku ni, a mother is a son’s first girlfriend. Haha.

            Puan Mazni di hujung talian sudah tersenyum-senyum dengan pujian si anak. Terlupa seketika dengan tujuan sebenar dia membuat panggilan kepada anaknya ini.

            “Sudah, jangan dok puji-puji mak lagi. Saja nak ambil hati maklah tu. Bercakap pasal menantu ni, mak memang tak cerewet pun. Ni ha mak nak cakap mak dah ada calon menantu untuk mak ni.” Akhirnya Puan Mazni menyuarakan hajat asalnya. Najwan yang mendengar sudah berkerut dahi.

            “Fiza nak kahwin dah ke mak? Siapa calon menantu mak tu? Orang mana? Wan kenal tak? Kenapa tak beritahu awal-awal masa Wan ada kat sana? Senang kita nak berbincang.” Najwan menghujani si ibu dengan bermacam-macam soalan. Hafizah adalah satu-satunya adik yang Najwan ada. Walaupun jarak umur mereka jauh, Najwan begitu mengambil berat akan adiknya itu dan selalunya Hafizah akan merungut kerana abangnya ini akan bersikap terlebih melindungi.

            “Merepek apa Fiza nak kahwin pula ni? Dia tu mak nak suruh habis belajar dulu baru boleh nikah.” Puan Mazni menyangkal pertanyaan anak lelakinya itu.

            “Mak ni buat gempak aje. Wan ingatkan Fiza nak kahwin dah tadi. Habis tu calon menantu untuk anak mak yang mana?” tanya Najwan tanpa berfikir dan tanpa mengesyaki apa-apa. 

            “Astaghfirullahalazim, budak Najwan ni. Mak ada dua orang anak je tahu! Dah kalau bukan untuk Fiza dah tentulah untuk Wan. Kalau tak untuk siapa lagi?” Puan Mazni bersuara di corong telefon.

            “Kenapa pula untuk Wan? Wan belum nak kahwin lagilah mak. Kan Wan cakap Wan nak tengok Fiza kahwin dulu baru Wan akan kahwin.” Najwan segera menolak mentah-mentah niat ibunya itu untuk menjodohkannya dengan calon menantu pilihan ibunya sendiri. Namun, apa yang si ibu tidak tahu adalah pintu hatinya kini sudah diketuk oleh orang lain. Aduhai, kenapa sekarang? Kenapa mak tak tanya dulu aku ada calon sendiri ke tidak? Selama ni mak sentiasa tanya aku ada calon sendiri ke belum. 

            “Tak payah nak tunggu Fiza nikah dulu. Wan tu abang, Wanlah nikah dulu. Sampai bila Wan nak elakkan dari bercakap soal ni dengan mak? Nak tunggu mak tutup mata dulu ke baru Wan nak dirikan rumahtangga?” Puan Mazni sudah membuat suara syahdu pada ayat terakhir yang diungkapkannya. 

            Najwan sudah menggaru-garu kasar kepalanya yang tidak gatal. Serabut! Sekelip mata sahaja dia dapat rasa dunianya yang aman bakal porak-peranda. Tapi bagaimana harus dia katakan kepada ibunya yang kini hatinya sudah dicuri? Dia perlukan masa untuk memastikan apakah benar perasaannya ini. Namun apa yang lebih penting, dia perlukan masa untuk memastikan si dia yang berjaya mencuri hatinya mempunyai rasa yang sama. 

Tapi macam mana? Mak dah ada calon mak sendiri. Mampu ke aku nak tolak? Mampu ke aku nak kecewakan mak? Najwan menarik nafas dalam-dalam dan dia hembus nafas. Mengumpul kekuatan untuk mengeluarkan kata-kata.

            “Okey, tapi Wan ada syarat.” Ujar Najwan. Puan Mazni yang berada di hujung talian sudah melebar dengan senyuman.

Sunday, April 05, 2015

wajah baru...

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho~
cik belog berwajah baru sekali lagi... yang dulu tak cukup fully utilise function (ku sendiri susah nak share)... yang ni so far ku berpuas hati... entah berapa puluh templates dah try... yang ni ku berpuas hati dan rasa ceria sebab ada warna pinkpurple... ceriaaaaa~ untuk kita2 aje... hahaha~

walaupun pinkpurple bukan fav colour tapi untuk cik belog ni entah kenapalah rasa pinkpurple je yang sesuai... kena jugak ada pink... lalala~
sekian sahaja entry ini...
harap maklongku maklongmu jua~ *apekahhh?*

wassalaamu...