Social Icons

Sunday, May 17, 2015

blank space, blank mind


Disclaimer: this post got nothing to do with Taylor Swift's song... But I've got a blank space, people and I'll write an entry... Lalala~


Assalaamu'alaikum...

Sejak update Ramalan Kaji Cinta Bab 7 punya entry, ku asyik terfikir hala tuju e-novel tu... Seriously, at first ku rancang nak jadikan mini e-novel je... Tak nak panjang2... Tapi bila dah start menaip, jadi meleret2 pulak jalan cerita... Yang plan Bab 3 dah jadi Bab 5... Yang plan Bab 4 dah jadi Bab 6... Yang plan Bab 7 dah forward jadi Bab 8... Sampai ku sendiri terfikir, dah tu bila nak habis?

Tiba2 jadi risau... Risau kalau cerita tu panjang sangat... Siapa aje yang nak baca? And worse come to worst, orang stop baca sebab cerita meleret... Tapi ku harap sangat pengajaran dalam cerita tu sampai kepada pembaca...

Cik proofreader ku sokong kalau jadikan RKC tu manuskrip penuh dan cuba hantar ke mana2 publisher... Tapi diriku sendiri kurang yakin... Yelah, mostly penerbit nak manuskrip at least 400 pages... Mampu ke aku? Itu persoalan pertama tanya pada diri... Sekarang pun merangkak2 lagi nak menaip... Ku memang kagum dengan para penulis di luar sana yang mampu habiskan dan bukukan novel mereka... 

Buat masa sekarang, ku sendiri tak tahu... Ku teruskan dulu plan asal jadikan RKC mini e-novel... Terima kasih kepada anda yang sudi baca... I really really really hope that it is not a waste of your precious time... Doakan ku mampu terus menaip... Aamiin...

ps: rindu pulak nak taip cerpen... Rasa macam dah lama sangat tak taip cerpen baru... Perasaan je kuttt...

Sekian sahaja luahan hati ini,
Wassalaamu...

4 comments:

  1. Saya lebih suka mini enovel. Short and sweet. Tak meleret and klimaks tak melampau-lampau.

    Tapi... Bagi saya, RKC mcm slow sgt. And mcm meleret sikit. Mungkin sebab saya lebih suka baca cerpen daripada novel kot.

    Apa kata.... Berhenti jap tulis RKC, tulis satu dua cerpen, lepas tu sambung balik RKC. Mungkin nnt lebih semangat nak tulis RKC.
    Menulis ni kan tak boleh nak paksa-paksa. Heeeee

    All the best.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Anonymous,

      Terima kasih sudi luangkan masa baca entry luahan rasa ni... Samalah kita, sy sendiri prefer baca cerpen berbanding e-novel... Sebab tu bila ada idea tulis cerpen, sy utamakan taip cerpen berbanding sambung e-novel... Rindu juga nak taip cerpen tapi sekarang idea tu tak full lagi... Kena bagi idea full baru berani taip...

      Yup, maybe I should do that... Berehat sebentar dari update RKC... Andddd it's sooooo true... Menulis tak boleh paksa2... Tapi tak dinafikan menaip cerpen/e-novel is my way to release stress... Bila jari2 laju mengetuk keyboard, ditambah dengan bunyi masa ketuk2 keyboard tu, rasa macam stress tu pergi bersama angin lalu... Not literally but you know, rasa stress tu berkurangan... Cerpen Urusan Sri, Aduka & Dhiya dan Bab 7 RKC antara cerita yang sy taip masa tengah stress... Yang lain tu pn ada juga stress tapi tak sestress mcm taip USAD dan bab7 RKC tu...

      Terima kasih untuk komen anda yang tulus ikhlas... Sy nak komen macam retis sikit boleh; siapalah sy tanpa anda pembaca yang sudi baca dan luangkan masa untuk komen...

      Many thanks!

      Delete
  2. Akak ialah antara penulis yg saya minat utk baca karya2 sbb pada saya, sesuatu karya tu perlu ada input utk readers walaupun sikit. Saya sangat tak gemar karya yang kosong dan lebih kepada syok sendiri, berpaksikan fantasi yang melampau2. Kemaruk nak hasilkan karya yang sweet, romantik, sampai tak sedar karya tu akhirnya akan merosakkan imej si penulis tu. Even budak sekolah yang mentah2 lagi dah galak menulis cerpen2 romantik. Kadang2 saya buka penulisan2u, cadangnya hanya utk baca cerpen2 yang ada. Tapi banyak cerpen yang saya rasa nak marah bila baca. Sangat merapu. Aduhai.

    Eh. Akak, maaf. Terkomen panjang la pulak. Haha. Nak luah perasaan punya pasal.

    Satu pesanan utk akak dan semua penulis, ini saya ambil dari sebuah buku karya Bahruddin Bekri. Saya sangat mengagumi karya beliau. Anggaplah karya kita sebagai karangan untuk Allah. So that, bila kita menulis apa2 saja, jika nampak mcm tersasar sikit, kita akan cepat2 tersedar.

    Dan sebenarnya, apa yang kita tulis tu sebenarnya dpt memantulkan siapa diri kita, personaliti kita bagaimana. Teruskan menghasilkan karya yg berkualiti dan ada pengajaran! Semoga terus sukses ye akak :)

    Hehe. Sekian, terima kasih. *lap peluh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Anonymous,

      Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca dan komen.. ketahuilah bahawa akak sangat menghargai setiap komen yang akak dapat.. samalah kita! Seppp! Akak suka baca karya yang beri pengajaran kepada pembaca.. kalau baca karya yang cinta semata2 tanpa pengajaran lain, rasa sedih plus kadang2 menyampah.. jadi akak cuba elakkan dari taip cerita macam tu.. akak cuba letak walau satu pengajaran yang akak mampu dalam setiap cerita akak..

      Eh, takpe2.. komenlah panjang2 pun, akak tak kesah.. anggap je ruang komen ni blank space dan bebas untuk komen.. hehe

      Terima kasih untuk pesanan dari karya tuan Bahruddin Bekri tu.. insya Allah, akak akan selalu ingat pesanan tu.. tegur2lah akak kalau ada karya akak yang tersasar.. sesungguhnya akak hanya manusia biasa.. walau akak cuba taip cerita berpengajaran, tegurlah akak kalau ada karya yang tersasar..

      Menulis dari hati.. kadang2 apa yang ditulis tu memang luahan hati.. mungkin pembaca akan faham, mungkin juga tidak sebab kisah hidup masing2 tak sama walaupun kadang2 lebih kurang sama.. tapi jangan salah anggap pulak, cerita2 akak bukan kisah benar.. pengajaran mungkin diambil dari kisah benar dan diterjemahkan ke dalam cerita.. insya Allah, selagi ada ilham dan idea yang Allah kurnia, akak akan terus berkarya.. Aamiin :)

      Hehe.. Thanks so much dik.. menaikkan semangat akak yang down :')

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...