ho ho ho hokeh...
cleaner...
of course you guys know what does the word means...
want a concrete evidence?
nahh hamekk!! *mohon jgn baca gna nada garang... lalala~*
[Credit: here]
ho ho ho hokeh...
now you know *in case you don't know laa... hohoho...*
so, what does this entry has to do with the cleaner??
well, it depends on your interpretation of the word cleaner itself...
pada pengamatan kaca mataku, di Malaysia, pekerjaan sebagai cleaner atau tukang cuci masih dipanjang sebelah mata... ku tidak faham kenapa perkara ini harus terjadi... sedangkan mereka mencari rezeki yang halal...apa yang ku lihat kebanyakan daripada kita bersikap samba lewa sahaja apabila berkaitan dengan tempat yang memang ada tukang cuci... kebanyakan dari kita akan berfikir "alah, tempat ni ada cleaner, biarlah dorang buat keje dorang sendrik. kang kalau aku tolong bersihkan dorang takde keje pulak." hmmm... ku kira ayat yang kurang lebih begini bermain-main di minda kita...
namun, kita seharusnya ingat bahawa jika seribu pengunjung di tempat tersebut *contohnya tempat makan* berfikiran begitu, sudah pasti cleaner perlu membersihkan sekurang-kurangnya seribu kali. pernahkah anda terfikir akan gaji mereka? ku kira kepenatan mereka tidak berbaloi dengan gaji mereka. tapi sekurang-kurangnya kerja mereka halal. daripada buat kerja tak halal seperti merompak ke menyamun, biarlah mereka jadi cleaner. namun, itu bukanlah point yang cuba ku sampaikan di sini.
apa yang ku cuba sampaikan adalah kita yang rata-ratanya umat Islam haruslah menghormati orang lain tidak mengira harta dan pangkat. Islam juga menitikberatkan isu kebersihan. Jika tidak masakan kebersihan dikatakan sebahagian daripada iman? Orang yang beriman seharusnya bersih bukan sahaja untuk beribadat malahan dalam kehidupan seharian.adalah tidak luak mana tenaga kita jika kita gunakan sedikit untuk mengelap meja makan selepas selesai menjamu selera. begitu juga dengan kebersihan tandas dan tempat-tempat lain.
jika kita meringankan beban orang, insya Allah akan ada perkara dalam hidup kita yang akan diringankan oleh Allah pula. and please, respect the cleaners. cuba bayangkan, jika anda merupakan anak seorang tukang cuci, tidakkah anda sedih melihat ibu/bapa anda tidak dihormati oleh orang lain sedangkan mereka mencari rezeki yang halal? treat others like what you want to be treated.
p/s: dan tidaklah luak mana juga jika anda menghadiahkan senyuman kepada makcik/pakcik cleaner. bak lagu yang berbunyi; senyum, tak perlu kata apa2... tapi seleok2nya kata terima kasih lah ye... hehe~
respect all of the cleaners because they are at least cleanER than us...
think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~
wassalam...
think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~
wassalam...
cleaner juga manusia biasa.. mereka melakukan kerja mulia... tak semua org mampu buat kerja tu
ReplyDeleteyup... btol tu... the least we can do is try to ease their job... insya Allah, kalau kita permudahkan kerja orang lain, Allah pun akan permudahkan kerja kita... lillahita`ala... aamiin...
ReplyDelete