Social Icons

Friday, November 08, 2013

gifted vs interested

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
let's straight to the point...
gifted vs interested...

ada orang kita lihat sangat berbakat dalam sesuatu bidang...
lalu kita menganggap beliau bukan sahaja talented malah bakat yang beliau ada merupakan satu anugerah daripada Allah...
gifted...
lalu dengan anugerah kurniaan tersebut beliau menyalurkan ke jalan yang betul dan mengharapkan keredhaan Allah... *oh best nye!!*

hmmm *berfikir sejenak*
ya!
ku cemburu! *in a positive way, of course!*
cemburu dengan orang yang gifted ini...
pada hematku mereka ada satu anugerah yang tidak ternilai harganya...
ku selalu berharap agar mereka menyalurkan kepada kebaikan...
agar setidak-tidaknya sedikit dari bakat anugerah Ilahi itu dapat membawa insan lain mengenali Ilahi...
dari Allah bakat itu diberi dan seharusnya kepada Allah jua bakat itu harus disalurkan kembali...

interested...
berbeza pula dengan golongan ini...
mereka mungkin kekurangan bakat semulajadi...
tetapi mereka berminat untuk lebih mengetahui...
untuk lebih mendalami...
mereka mungkin berniat untuk sama-sama mencari keredhaan Ilahi...
dan dengan minat tersebut, mereka mencuba berdiri, melangkah hari demi hari, agar suatu ketika nanti mereka bisa berlari...
berlari di landasan yang sama untuk menuju redha Ilahi...

oh, apakah yang ku bebelkan ini?
lalala~
ho ho ho hokeh...
padaku, itu points untuk entry kali ni...
gifted vs interested...
kadangkala kita jealous dengan kawan2 yang pada perkiraan kita gifted dalam sesuatu bidang, pelajaran atau perkara lain...
kita pula interested dalam perkara tersebut tetapi tetapi seperti tidak setanding dengan mereka...
jangan risau...
kita semua pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing...
yang penting, bila kita minat dalam sesuatu bidang tu kita cuba sedaya upaya supaya kita boleh berjaya dalam bidang tersebut...


diriku?
yup! ku juga tidak terkecuali...
contoh paling senang, ku tidak punya bakat semulajadi dalam bidang penulisan, tetapi ku gemar membaca dan menulis...
lalu dengan minat ku ini ku cuba mula menulis...
ku mulakan dengan penulisan cerpen...
banyak yang perlu ku pelajari dan baiki...
namun ku akan cuba sedaya upaya...
kerana ini minatku...
dan ku cuba juga untuk menulis karya yang berpengajaran...
supaya mungkin dalam sepuluh orang yang membaca, seorang mengambil iktibar ataupun mengamalkan dalam kehidupan seharian(bagi perkara baik)...
insya Allah...
biidznillah...

semoga kita semua berjaya dalam segala bidang yang kita ceburi...
aamiin~
 
think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...

No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...