Social Icons

Thursday, March 20, 2014

Super Ring~

Assalaamu`alaikum...

super ring... om nom nom


ho ho ho horlicks hokeh...
pasti anda pernah tengok / dengar / makan Super Ring snack di atas... 
yup!~ tu antara makanan ringan zaman kanak2 ribenaku suatu ketika dahulu...
harganya sekarang ku sudah tak ambil pusing tapi kalau dahulu harga bungkusan kecil dalam 20sen kalau tak silap...

walaubagaimanapun, post super ring ini bukan merujuk kepada snack kegemaran ramai itu... lalala~
post ini merujuk kepada sebentuk cincin yang 'super' pada diriku...


super ring pada diriku tak lain tak bukan adalah cincin kepunyaan arwah nenekku... cincin tersebut sepatutnya adikku yang pakai tapi sebab bila dia pakai longgar + senang tertanggal, maka adikku suruh ku yang pakai...

dan sejakku menyarungkan cincin itu ke jari manis tangan kananku, boleh dikira berapa kali sahaja ku tanggalkan... sekali dah pakai memang janggal sekali bila tak pakai... dan rakan2ku akan salah faham ingatkan ku sudah bertunang... itu ok lagi... rakan2 yang baru kenal ingatkan dah kahwin... adeyhhh... mentang2lah sekarang ramai orang kahwin muda...

kenapa ku katakan cincin itu 'super'?
well, sebenarnya ini mungkin perasaan poyoku sahaja... tapi bila pakai cincin tersebut, ku seperti ada extra keyakinan diri... ku akan terdetik di dalam hati "lantaklah orang nak cakap dah tunang ke kahwin, janji ku happy, tunjukkan pada orang ku ok~"... ku lebih yakin bila perlu berurusan dengan orang lelaki - membeli barang ke apa ke - kerana ku ni jenis selain classmates lelaki dulu, memang susah nak bercakap dengan orang lelaki... kalau ada sekelompok budak lelaki duduk sesama mereka, ku seboleh2nya akan cari jalan lain walaupun jauh... dan selepas 'perpisahan dahulu', ku boleh yakin berurusan dengan si dia - kerana ada assignment yang satu kumpulan dengannya dan rakan2 lain... ku juga lebih berani untuk menghadiri majlis perkahwinannya *mohon faham, dekat majlis perkahwinannya tidak terjadi adegan air mata seperti cerpen Second Hero... itu rekaan semata2... lalala~*, dan bertegur-sapa-salam-berlaga-pipi-kiri-kanan dengan baik dengan isterinya tatkala terserempak mereka di sebuah pusat membeli-belah...   

secara tak langsung, ku berterima kasih kepada adik yang memberi ku memakai cincin arwah nenek kami... ini super ring ku...

tapi hari ini, setelah kurang lebih dua tahun ku sarungkan cincin ini di jari manis tangan kananku, ku membuat keputusan untuk menanggalkannya... ku taip post ini setelah cincin tersebut ditanggalkan dan disimpan... terasa janggal... ku akan cuba untuk tidak memakai cincin ini... bukan menandakan ku sudah melupakan arwah nenekku... tetapi untuk meyakinkan diriku bahawa keyakinan dan kekuatan diriku selama ini masih boleh dikekalkan walau tanpa memakai cincin ini...

ku selalu menunjukkan bahawa diriku kuat... walau dalam hati hanya Allah yang tahu... dan ku perlu terus kuat... kepada sesiapa yang mungkin membaca post poyo ini secara sengaja atau tidak sengaja, mohon doa dari kalian untukku... semoga selepas ini cincin yang disarungkan di jari manisku adalah cincin pertunangan dan seterusnya cincin perkahwinan... aamiin :)

think positively, act accordingly, 
smile brightly, live happily~

wassalam~




2 comments:

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...