Social Icons

Wednesday, April 30, 2014

It's Labour Day Peeps~!

Assalaamu`alaikum...

Ho ho ho hoyeah~!
1st May = labour day = public holiday = tak payah gi keje ;) yeeehaaa~!

untuk pertama kalinya merasa Hari Pekerja ni... *ini semua poyo~! gaya macam selama ni tak cuti masa hari pekerja pulak...* selama ni gembira bila hari pekerja sebab tak ade kelas... 

lecturer = pekerja = pekerja cuti labour day = pelajar takde kuliah ;) 

  so, indirectly merasa laa cuti labour day ni... tapi tahun ni first time laa merasa labour day as a labour... *sebab tahun lepas mula kerja bulan Jun, dah terlepas labour day* 

rasa macam dihargai?? lol~ *mohon jawab sendiri soalan macam ni... yang dah bekerja tahu perasaannya bila bekerja... waktu ni laa rindu balik zaman belajar...*


Thursday, April 24, 2014

Cerpen | Can't Take My Heart Off Of You .:|[sneak-peek]|:.



SEMESTER baru sudah bermula. Hari ini merupakan hari ketiga bermulanya pengajian. Hidayu Aishah dan rakan baiknya sejak semester pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda, Husna Asyikin, berjalan laju menuju ke dewan kuliah. Mereka sebetulnya sudah terlewat sepuluh minit. Kelas di dewan kuliah kali ini adalah kelas Ekonomi yang memang diwajibkan bagi semua pelajar untuk mengambilnya. Walaupun mereka sepatutnya mengambil subjek ini pada semester yang lepas tetapi mereka memilih untuk menangguhkannya dan mengambilnya pada semester kali ini. Bagi kelas Ekonomi ini, mereka akan bergabung dengan kumpulan lain walaupun dari jurusan yang sama. Oleh yang demikian, mereka akan cuba sedaya upaya untuk tidak lewat ke kelas kerana malu menjadi muka lewat sampai ke kelas apabila ada kelas gabungan seperti ini. Antara sebab yang lain, mereka perlu hadir awal untuk mendapatkan tempat duduk yang strategik.
            Hidayu Aishah dan Husna Asyikin membuka pintu Dewan Kuliah 3 dengan debaran akibat jantung mereka yang berkerja lebih masa. Apabila melihat bahagian tempat duduk pensyarah yang masih kosong, mereka melepaskan nafas lega dan mengambil tempat duduk. Seperti biasa minggu pertama bermulanya semester baru ada sahaja pelajar yang tidak hadir ke kelas. Para pelajar yang hadir pula rata-rata masih lagi bertukar-tukar cerita mengenai aktiviti masa cuti mereka. Semua pelajar senyap apabila pintu Dewan Kuliah 3 tersebut dikuak dari luar dan muncul seseorang yang kelihatan seperti pensyarah.
            “Assalaamu`alaikum class. My name is Qasrina Ahmad, you can call me Madam Rin. I’ll be teaching you Economics, of course, since this is Economics class not cosmetics class.” Puan Qasrina Ahmad bersuara sambil tersenyum mesra. Para pelajar sudah tersengih dengan kata-katanya. Mereka sudah mula terbuka hati untuk belajar subjek Ekonomi ini jika pensyarahnya seorang yang ‘sporting’.
            “I know that this class consists of three groups right? May I know who will be your class rep?” Puan Qasrina sudah mula bertanya akan siapa yang bakal menjadi wakil kelas mereka.
            Kedengaran beberapa suara-suara sumbang menyebut nama satu sama lain. Rata-rata tidak mahu menjadi wakil kelas kerana wakil kelas akan dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan segala maklumat dari pensyarah kepada semua rakan sekelas. Memandangkan kelas Ekomoni ini menggabungkan tiga kumpulan pasti lebih mencabar tanggungjawab wakil kelas. Namun, di era teknologi serba-serbi canggih seperti kini selalunya media sosial akan dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat dengan lebih pantas.
            “Oh, come on class! I don’t like random names like that. Be active and progressive, please. Any volunteer, maybe?” Puan Qasrina bersuara lagi setelah masih tiada kata putus untuk menjadi wakil kelas.
            Seorang pelajar mengangkat tangannya, “Madam Rin, I can be the class rep.”


Wednesday, April 23, 2014

of #worldstoughestjob and #fulltimehousewife

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
baru2 ini (takde lah baru sangat) tersebar dengan meluas video bertajuk #worldstoughestjob di media sosial... that toughest job refers to a mother's job... peranan seorang ibu yang 24/7 bertugas menjadi ibu kepada anak2...

dah tentu bila tengok video tu ku teringat akan bondaku di kampung halaman nun jauh di sana... sungguh besar pengorbanan bondaku membesarkan kami tujuh beradik... oh, tidak dilupakan ayahanda juga... tapi topik video tu pasal ibu jadi kita bincang pasal ibu ye... ku sendiri kagum dengan kekuatan yang ku kira sebagai luar biasa bagi bondaku... agaknya memang semua bonda di dunia ini Allah kurniakan kekuatan luar biasa bagi menghadapi kerenah anak2 yang pelbagai... *tabik spring kepada bonda2 sedunia...*

bukan senang menjadi seorang ibu... tanggungjawabnya sangat besar dan berat bahu memikul... jadi jangan hairan bagi yang masih belum bertemu jodoh ni *macam tujukan kat diri sendiri je :P *, maknanya Allah tahu ku masih belum lagi boleh memikul tanggungjawab yang penting itu... bersangka baiklah... bila Allah cakap kita dah ready nanti adalah jodoh yang dah tertulis untuk kita datang membawa berita gembira... *ini ku percaya*


Sunday, April 13, 2014

Di Sebalik Langsir | Urusan Sri, Aduka & Dhiya

Assalaamu`alaikum...


ho ho ho hokeh...
DSL kali ni adalah bagi cerpen ketigaku iaitu Urusan Sri, Aduka & Dhiya...
cerpen ni memulakan 'taipan' pada hujung tahun 2013...
dan disebabkan tidak dapat menghabiskannya pada tahun 2013, maka sambung taip pada 2014... 

DSL yang ketiga ni jom kita kupas sedikit sebanyak mengenai cerpen itu...

Saturday, April 12, 2014

beza antara kita

Assalaamu`alaikum...

whoaa~!
tajuk entry tak menahan *tak menahan kurang lebih maksudnya macam tak boleh blah laa*

tajuk gaya macam percintaan antara dua darjat yang tak direstui kedua2 belah keluarga... hahaha... amekau~! merapik sampai antara dua darjat lak...

ho ho ho horlicks hokeh...
ini memang tiada kaitan dengan pangkat, harta atau darjat... 

this is simply the difference between my friend and I... hehe

Thursday, April 10, 2014

0

Assalaamu`alaikum...

sungguh pendek tajuk entry kali ni... lalala~

kosong... 
yup!
kat atas tu kosong, bukan huruf O... *tiba2 rasa macam ada lagu kosong by najwa latif jadi background music...*

kosong kerana ku rasa nak menconteng arang merepek di cik belog ni tapi tak tahu nak cakap pasal apa... kosonglah jadinya...

ku geram dengan diri sendiri sebenarnya ni...
jejari tak berapa nak runcing ni dah gatal2 nak sambung menaip cerpen... tetapi apakan daya, jodoh tiada... *ape ke hal kaitan dengan jodoh lak ni... adeyhh...* anggaplah jodoh dengan masa lapang tiada...

konon2nye nak mencuri2 masa nak menaip... tapi hampehhh... ada masa je tidur awal... *dengan alasan penat... boo~!* kalau macam ni makan tahun laa cerpen tu... macam mana laa konon2 berazam nak taip novel... taip cerpen pun susah... adeyh...

akhir sekali, semoga ku mampu mencuri2 masa untuk menaip... dan semoga ku mampu menaip cerita yang berpengajaran... bukan cerita yang kosong... aamiin~

think positively, act accordingly, 
smile brightly, live happily~

wassalam~

Thursday, April 03, 2014

Singapore

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hoyeah~!
i'm currently in singapore for the second time...
ok fine, not as a tourist....
both first and second time also because of work...

get caught with cold... 
plus I don't like to take medicine unless it is getting worse, so just bear with this situation... hopefully i'll get better once I'm back in Malaysia...

Touchdown at Changi Airport last Monday morning and I'm supposed to go back to Malaysia tonight... but the thing is that when I'm writing this entry, my flight ticket haven't been booked yet... ohhhhh my, I'm so worried....

I got the approval to take the flight at 8.30PM tonight, and right now it's already near 4PM... homai homai~ cannot blame the person in charge to book the flight as it involves technical error when that person tries to book the flight...Therefore, my colleague in Singapore office will try to book for me... Thanks a bunch :D

just nice...
when I'm about to finish this entry, my colleague came to my place and gave me my itinerary confirmation... Alhamdulillah...

Malaysia, I miss you... I really do... nothing beats Malaysia... this is so true, peeps~!

May Allah eases everything... aamiin :)

Wassalam...