SEMESTER baru sudah bermula. Hari ini merupakan hari ketiga bermulanya pengajian. Hidayu
Aishah dan rakan baiknya sejak semester pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda,
Husna Asyikin, berjalan laju menuju ke dewan kuliah. Mereka sebetulnya sudah
terlewat sepuluh minit. Kelas di dewan kuliah kali ini adalah kelas Ekonomi
yang memang diwajibkan bagi semua pelajar untuk mengambilnya. Walaupun mereka
sepatutnya mengambil subjek ini pada semester yang lepas tetapi mereka memilih
untuk menangguhkannya dan mengambilnya pada semester kali ini. Bagi kelas
Ekonomi ini, mereka akan bergabung dengan kumpulan lain walaupun dari jurusan
yang sama. Oleh yang demikian, mereka akan cuba sedaya upaya untuk tidak lewat
ke kelas kerana malu menjadi muka lewat sampai ke kelas apabila ada kelas
gabungan seperti ini. Antara sebab yang lain, mereka perlu hadir awal untuk
mendapatkan tempat duduk yang strategik.
Hidayu Aishah dan Husna Asyikin
membuka pintu Dewan Kuliah 3 dengan debaran akibat jantung mereka yang berkerja
lebih masa. Apabila melihat bahagian tempat duduk pensyarah yang masih kosong,
mereka melepaskan nafas lega dan mengambil tempat duduk. Seperti biasa minggu
pertama bermulanya semester baru ada sahaja pelajar yang tidak hadir ke kelas.
Para pelajar yang hadir pula rata-rata masih lagi bertukar-tukar cerita
mengenai aktiviti masa cuti mereka. Semua pelajar senyap apabila pintu Dewan
Kuliah 3 tersebut dikuak dari luar dan muncul seseorang yang kelihatan seperti
pensyarah.
“Assalaamu`alaikum
class. My name is Qasrina Ahmad, you can call me Madam Rin. I’ll be teaching
you Economics, of course, since this is Economics class not cosmetics class.” Puan
Qasrina Ahmad bersuara sambil tersenyum mesra. Para pelajar sudah tersengih
dengan kata-katanya. Mereka sudah mula terbuka hati untuk belajar subjek
Ekonomi ini jika pensyarahnya seorang yang ‘sporting’.
“I
know that this class consists of three groups right? May I know who will be
your class rep?” Puan Qasrina sudah mula bertanya akan siapa yang bakal
menjadi wakil kelas mereka.
Kedengaran beberapa suara-suara
sumbang menyebut nama satu sama lain. Rata-rata tidak mahu menjadi wakil kelas
kerana wakil kelas akan dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan segala
maklumat dari pensyarah kepada semua rakan sekelas. Memandangkan kelas Ekomoni
ini menggabungkan tiga kumpulan pasti lebih mencabar tanggungjawab wakil kelas.
Namun, di era teknologi serba-serbi canggih seperti kini selalunya media sosial
akan dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat dengan lebih pantas.
“Oh,
come on class! I don’t like random names like that. Be active and progressive,
please. Any volunteer, maybe?” Puan Qasrina bersuara lagi setelah masih
tiada kata putus untuk menjadi wakil kelas.
“Great!
Two extra marks for your carry marks later on, young man. What’s your name and
group?”
“Adenan
Faiz. You can call me Aden, madam. Group B.” ujar pelajar tersebut bersama
sengihan lebar apabila dia mendapat tahu bahawa dia bakal mendapat dua markah
tambahan. Puan Qasrina menanda nama Adenan Faiz pada senarai nama yang ada
padanya.
“OK,
who will be the assistant class rep?”
Ramai pelajar mengangkat tangan
untuk menjadi pembantu wakil kelas secara sukarela. Bila ada ganjaran seperti
markah tambahan mahu pula mereka menawarkan diri secara sukarela.
“Hmm,
now that you know the class rep and assistant class rep will get two extra
marks, you want to volunteer yourselves. Hmm. Aden, how about you choose the
person that will be your assistant. To be fair, choose one of the ladies from
another group. I think you know your friends right?” resolusi dari Puan
Qasrina yang membuatkan mata para pelajar perempuan dari Kumpulan A dan C
bersinar-sinar dengan harapan.
“Madam,
I think Hidayu Aishah from Group A will be a great assist for me.”
“For you? Ehem ehem. I
thought that it’s for the Economics class.” Puan Qasrina
bergurau diikuti dengan ketawa para pelajarnya. Petanda awal Puan Qasrina bakal
menjadi antara pensyarah kesukaan mereka. Adenan Faiz hanya tersengih sambil
tangan kanan dan kirinya menunjukkan symbol ‘v’ tanda aman.
“May I know who’s this
lucky young lady?” ujar Puan Qasrina yang tadinya turut
tersenyum dengan kelakuan Adenan Faiz. Hidayu Aishah mengangkat tangan.
“Are you fine with this
Hidayu?”
“Yes, Madam. I’m fine
with this. By the way, Madam Rin, you can call me Hida.”
kata Hidayu Aishah dengan wajah yang disertakan dengan senyuman. Dia sebenarnya
bukanlah suka sangat menjadi penolong wakil kelas, tapi memandangkan si wakil
kelas sudah memilihnya dan dia bakal dapat dua markah tambahan, dicekalkan juga
hatinya.
Kelas Ekonomi pada kali pertama ini
tamat awal setelah Puan Qasrina Ahmad hanya menyentuh skop yang akan mereka pelajari
serta peratusan pembahagian kerja kursus dan peperiksaan akhir. Semestinya para
pelajar gembira dengan kelas pengenalan yang ringkas dan dapat pulang awal. Hidayu
Aishah dan Husna Asyikin berlalu untuk keluar dari dewan kuliah. Semasa melalui
anak tangga bersebelahan dengan tempat duduk Adenan Faiz, bekas pensel Hidayu
Aishah terjatuh dan belum sempat untuk Hidayu Aishah mengambil bekas pensel
tersebut, Adenan Faiz terlebih dahulu mengutipnya.
“Adakah ini dinamakan cinta?” ujar
Adenan Faiz sambil menghulurkan semula bekas pensel itu kepada tuannya. Hidayu
Aishah dan Husna Asyikin yang memang sudah tahu perangai Adenan Faiz yang
memang gila-gila sebegitu hanya ketawa kecil. Hidayu Aishah mengambil bekas
penselnya itu.
“Amboi, Aden, pick-up line ke?” ujar Husna Asyikin yang berdiri di sebelah Hidayu
Aishah.
“Aden, ini namanya bekas pensel,
bukan cinta. Thanks.” ujar Hidayu
Aishah pula.
“Fine!
Eh, dengar macam pick-up line ke? Aku
saja cuba nasib. Haha. Hida, bagi aku phone
number kau. Nanti senang nak pass
info. Kau dah lah group lain.”
Adenan Faiz berbicara. Mereka bertukar-tukar nombor telefon lalu membawa haluan
masing-masing.
Nota kaki: cerpen ini masih dalam proses pembikinan :P Stay tuned...
Memula baca dah tersenyum dengan gelagat Aden & Madam Rin. Tak sabar nak baca full story.
ReplyDeletethanks sudi baca kak sha :) masih dalam pembikinan kak... tapi bila dah post sikit2 macam ni ada semangat sikit nak sambung... hehe
Deletegood2 up semangat..
ReplyDeleteBest ! Best best ! Hahahahaha ! Love it !
ReplyDeleteThanks for reading... Hehe...
Delete