Social Icons

Wednesday, April 23, 2014

of #worldstoughestjob and #fulltimehousewife

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
baru2 ini (takde lah baru sangat) tersebar dengan meluas video bertajuk #worldstoughestjob di media sosial... that toughest job refers to a mother's job... peranan seorang ibu yang 24/7 bertugas menjadi ibu kepada anak2...

dah tentu bila tengok video tu ku teringat akan bondaku di kampung halaman nun jauh di sana... sungguh besar pengorbanan bondaku membesarkan kami tujuh beradik... oh, tidak dilupakan ayahanda juga... tapi topik video tu pasal ibu jadi kita bincang pasal ibu ye... ku sendiri kagum dengan kekuatan yang ku kira sebagai luar biasa bagi bondaku... agaknya memang semua bonda di dunia ini Allah kurniakan kekuatan luar biasa bagi menghadapi kerenah anak2 yang pelbagai... *tabik spring kepada bonda2 sedunia...*

bukan senang menjadi seorang ibu... tanggungjawabnya sangat besar dan berat bahu memikul... jadi jangan hairan bagi yang masih belum bertemu jodoh ni *macam tujukan kat diri sendiri je :P *, maknanya Allah tahu ku masih belum lagi boleh memikul tanggungjawab yang penting itu... bersangka baiklah... bila Allah cakap kita dah ready nanti adalah jodoh yang dah tertulis untuk kita datang membawa berita gembira... *ini ku percaya*



ho ho ho hokeh... 
dari #worldstoughestjob ke #fulltimehousewife, apa kena mengena???
tak semestinya seorang ibu tu merupakan seorang suri rumah sepenuh masa... ye dop??
this is solely based on my opinion, ku rasa full time housewives ni mereka yang sangat2 kuat... ku tabik spring dua tiga kali pada mereka ni... bukan senang jadi full time housewives ni...

suatu ketika tidak lama dahulu, *suatu ketika dahulu nanti rasa macam ku tua sangatlah pulak* bonda pernah sengaja berseloroh denganku menyatakan selepas kahwin ku jadi suri rumah sepenuh masa... ku tanpa berfikir panjang terus berkata kepada bondaku.. kurang lebih begini ayatku tuturkan;
"tak nak lah orang... buat penat2 je belajar tinggi2 lepas tu duduk rumah... orang nak kerja dulu..."
ku tahu bondaku tidak serius pun dengan kata2 itu malah ku tahu bondaku tidak akan menghalang ku bekerja kerana bonda sendiri bekerja... mungkin bonda saja nak test skema jawapanku...

tapi itu skema jawapanku suatu ketika tidak lama dahulu...
tika dan saat ini, *eh, macam tajuk lagu kumpulan Medicine pulak* ku berfikiran yang sebaliknya... setelah habis alam persekolahan, setelah menempuh alam pekerjaan dan sudah pasti akan menempuhi alam barzakh cuma tak tahu bila je, fikiranku berubah selari dengan kematanganku *cehhh perasan dah matang...*

ku yang tika dan saat ini bercita2 murni untuk menjadi seorang full time housewife apabila sudah memasuki alam perkahwinan... aamiin... hal ini salah satu sebabnya apabila ku lihat berita mengenai anak didera pengasuh, tercekik susu di pusat jagaan... hmmm... memikirkan perkara ini membuatkan ku rasa lebih baik ku jaga sendiri anak2 dan lihat mereka membesar di depan mataku sendiri... tapi sebelum tu haruslah ku cepat2 langsaikan hutang PTPTN sebagaimana mengikut perancanganku... insya Allah... semoga Allah permudahkan segala urusan... aamiin...

"Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang" [Ali-Imran: 54]

namun, ini hanyalah planning dari pihakku sahaja... bila dah berumah tangga nanti wajiblah ku berdiskusi dengan suamiku mengenai perkara ini... pada pengamatanku, penting seorang suri rumah sepenuh masa ini...

to all mothers and full time housewives:~
salute~

think positively, act accordingly, 
smile brightly, live happily~

wassalam~


2 comments:

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...