Social Icons

Sunday, March 22, 2015

thank you Allah :)

Assalaamu'alaikum...

Say thank you Allah... *lirik lagu Raihan*

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Banyak benda sebenarnya yang kita perlu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam...
Contoh paling mudah, udara yang kita hirup ni, Allah tak kenakan charge pun... Tak terbayar sebenarnya kalau ada charge...

Ku bersyukur dan berterima kasih kerana Allah bagi orang yang hebat2 berada di sekelilingku... Mereka secara tak langsung memberi inspirasi kepadaku untuk terus berkarya... Banyak sebenarnya pengajaran yang kita boleh dapat dari orang sekeliling kita... Antara mahu atau tidak je kita ambil dan kongsikan dengan orang lain...

In my case, ku bukan ambil 100% cerita mereka... Ku ambil pengajaran yang ada dan ku olah mengikut jalan cerita yang terilham... Kadang2 ilham tu datang masa tengah tengok TV, berborak ataupun tengah dengar lagu... Dari apa yang terilham, ku cuba selitkan pengajaran... Insya Allah... Ku cuba buat cerita yang realistik... Yang lojik dek akal dan dekat dengan pembaca... Sebab pada ku, kisah kita semua sebenarnya lebih kurang sama... Cuma ada orang yang diuji lebih berbanding kita...

Agree to disagree...
Ku faham kalau korang tak bersetuju denganku... Dan aku tak minta pun korang setuju...
Cumanya...
Ini belogku, apa2 yang aku luahkan kat sini, kalau korang terbaca, nasib koranglah... Hahaha!

Okay, allow me to explain...
Kisah kita semua sebenarnya lebih kurang sama...
Kenapa aku cakap macam tu?
Ku cakap LEBIH KURANG SAMA sebab kisah kita takkan sama 100% dengan orang lain... Lain orang lain Allah uji...
TAPI, Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung...
Itu kita kena yakin dan kita kena bersangka balik dengan Allah...

Ku bagi contoh, kewangan...
Lain orang lain masalah kewangan dia...
Mungkin orang yang duit berkepuk2 pun ada masalah dengan duit dia... Dia tak tahu nak gunakan dekat mana...

Contoh lain, cinta...
Lain orang lain kisah cinta dia * walaupun kadang2 bila baca cerpen/novel kita rasa macam kisah dalam cerita tu sama macam kisah kita... Lalala~ Yang bagusnya cerita sekarang banyak yang promote bercinta selepas nikah...*
Bercakap pasal cerpen/novel ni sebab tu kita senang nak cakap sesuatu cerita tu cliché... Sebab banyak cerita cinta... Cuba kalau cerita pasal masalah kewangan lagi banyak, nescaya waktu tu kita akan cakap cliché juga cerita pasal masalah kewangan tu....
And believe me, memang susah nak taip cerita yang lari dari cliché... Kalau tak percaya, mohon cuba taip satu cerita...

Mesti korang pelik dah kenapa suha ni merepek meraban tetiba?
Hahaha
Ketahuilah ku sebenarnya tengah gatal tangan nak menaip tapi tengah blur sikit...
Nak cakap writer's block karang aku rasa segan dan tak layak pun digelar writer...
Jadinya taip jugak, tapi membebel kat cik belog... Lalala~

Tahukah Anda? *mestilah tak tahu, ni ku nak beritahulah ni...*

1) Ku masih tengah struggle taip Bab 10 Saya Isteri Baru Belajar... Kadang2 rasa nak give up... Tapi, it's too early to give up, right?
2) Ku gatal tangan mula taip cerpen baru... Kali ni cerpen sahut cabaran 2015 - guna first point of view... Padaku susah sebab ku biasa guna third point of view...
3) ingat lagi lelaki misteri penghujung Bab 8 Saya Isteri Baru Belajar? Lelaki yang curi2 dengar Najla buat free concert... Well, to be honest, lelaki tu masih takde nama... *masalah yg selalu ku hadapi - bagi nama pada watak* {open to suggestion...}
4) Ku akan cuba siapkan Bab 10 SIBB then lepas tu akan berehat panjang... Sebab perlu masa susun idea dalam kepala ho ho ho hotak aku ni... Takut jalan cerita serabut nanti korang tak faham...

Sekian sahaja bebelan kali ini...
Harap maklong~

Wassalaamu...

No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...