Social Icons

Thursday, March 05, 2015

Cerpen | WiFi Rumah Sebelah .:|[ sneak-peek ]|:.



“KAU dapat interview kerja ke Nada? Bila? Bertuahnya kau baru habis exam orang dah panggil untuk interview. Bila kau apply kerja tu sebenarnya?” tanya Mufidah kepada rakan satu rumah sewanya sewaktu dia sedang mengemaskan barang-barangnya di ruang tamu rumah sewa mereka.
            “Alhamdulillah. Tapi bukan panggil interview Fida. Aku kena jawab online assessment dulu, kalau lulus online assessment tu baru company tu panggil untuk interview pula. Aku apply masa tengah final exam dulu. Aku saja je emel resume and cover letter dekat company tu tapi tak high hopelah sebab final result untuk sem ni belum tahu lagikan. Tapi Alhamdulillah company tu bagi peluang untuk aku jawab online assessment dia dulu.” Jawab Qatrunnada kepada persoalan teman serumahnya itu.
Mereka sudah setahun menyewa di rumah teres tersebut. Walaupun belajar berlainan bidang, mereka masih mampu untuk bergaul dengan baik. Pada asalnya rumah teres tersebut disewa oleh tujuh orang pelajar termasuk Qatrunnada dan Mufidah tetapi lima orang penyewa yang lain sudah selamat pulang ke kampung halaman masing-masing sebaik sahaja peperiksaan akhir semester tamat. Secara kebetulan, mereka semua adalah pelajar tahun akhir maka sebaik sahaja rakan-rakan yang lain pulang ke kampung, kosong sahaja terasa rumah sewa ini dek kerana yang tinggal hanyalah barang-barang tuan rumah dan barang-barang Qatrunnada serta Mufidah sahaja.
“Bila online assessmentnya? Macam mana kau nak jawab?” tanya Mufidah prihatin. Dia sedia maklum yang kebanyakan dari penghuni di rumah sewa ini banyak menghabiskan masa di universiti maka sebarang kerja yang memerlukan internet akan dilakukan di universiti kerana kemudahan internet percuma yang ada di seluruh universiti.
“Itulah yang aku tengah risau sekarang ni. Silap aku juga sebab lambat semak emel aku. Aku baru check petang tadi betul-betul sebelum maghrib. Assessment online tu malam esok. Dari 8.30 sampai 11.30 malam. Kalau aku nak pergi buat dekat cyber café, aku pun tak pasti CC biasanya tutup pukul berapa. Lagipun bahayalah pukul 11.30 malam nak berjalan balik rumah. Sayangnya Anis dah balik rumah dia kalau tak bolehlah aku pinjam broadband Anis je.” Qatrunnada sudah runsing memikirkan bagaimana harus dia menjawab ujian dalam talian nanti.
“Itulah kau, once dah mula apply kerja, kena sentiasa check emel. Kalau kau check sebelum office hour company tu habis tadi bolehlah kau call mereka minta ubah masa jawab online assessment tu tapi sekarang ni dah terlambatlah. Kalau nak call pagi esok memang mustahillah sebab esok hari Sabtu orang cuti.” Kata Mufidah. Tangannya ligat memasukkan barang-barangnya ke dalam beg sementelah pagi esok kakak serta abang iparnya akan datang menjemputnya pulang.
“Itulah Fida. Salah aku juga lambat check emel. Kau rasa aku nak buat macam mana ek? Buat tak tahu aje ke pasal online assessment tu? Tapi macam rugi pula.” Qatrunnada bertanya pendapat Mufidah. Dia sudah tidak senang duduk memikirkan nasib dirinya. Walaupun belum pasti akan diambil bekerja oleh syarikat tersebut, dia seharusnya mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi ujian dalam talian itu nanti.
“Ish, ada pula nak buat tak tahu. Bukan macam rugi lagi dah cik kak oi, memang rugi pun kalau kau buat tak tahu aje. Dah ada peluang, cubalah dulu. Aku rasa, apa kata kau guna WiFi rumah sebelah?” Mufidah memberi cadangan kepada Qatrunnada. Dia sudah mengangkat-angkat keningnya sewaktu pandangan mata dilabuhkan kepada sahabatnya itu.
“Kak Risya aku dah buat muka tak malu lepas Magrib tadi pergi tanya. Dia cakap dia memang takde WiFi.” kata Qatrunnada. Kak Risya ataupun nama sebenarnya Batrisyia, merupakan jiran sebelah kanan rumah mereka. Batrisyia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berusia awal tiga puluhan. Hubungan mereka agak baik dengan Batrisyia kerana Batrisyia merupakan seorang yang peramah dan rajin menegur pelajar-pelajar perempuan yang menyewa di sebelah rumahnya.
“Bukan Kak Risya, jiran satu lagi.” Kali ini Mufidah sudah tersengih-sengih. Fahamlah Qatrunnada bahawa Mufidah memaksudkan jiran sebelah kiri mereka iaitu beberapa anak teruna yang sudah bekerja dan menyewa di sebelah rumah sewa mereka ini. Maklumat yang mereka tahu tentang jiran sebelah kiri mereka ini hanyalah rumah sewa yang dihuni oleh lima orang pemuda yang sudah bekerja tetapi mereka hanya menyenali tiga orang sahaja. Itu pun mereka kenal kerana berjumpa semasa Batrisyia mengadakan rumah terbuka semasa Hari Raya Aidilfitri. Dan juga semasa mereka terpaksa meminta pertolongan cemas jiran sebelah kiri mereka ini untuk menggantikan dua biji lampu kalimantang yang terbakar serentak semasa mereka semua sedang berjuang dengan mid sem. Dua dari jiran tersebut rajin juga bertegur sapa apabila terserempak.
“Ha? Jiran satu lagi? Aduhai, lemah lutut kalau nak kena guna WiFi diorang. Celah mana aku nak ada password diorang.” Qatrunnada bersuara.
“Lah, kau kan belajar bidang IT. Bukan ke sekarang ni berlambak tools boleh guna untuk hack wifi orang?” kata Mufidah.
“Helo, Cik Fida! Kau ingat bila belajar bidang IT tu semua bendalah aku boleh tahu? Okey, memang betul sekarang berlambak tools yang boleh guna untuk hack wifi orang tapi kita ada akal dan iman untuk berfikir dan bezakan mana yang baik dan buruk. Katakanlah aku hack wifi diorang then guna masa aku nak jawab online assessment malam esok, then ditakdirkan Allah aku pass pula online assessment tu dan dipanggil interview. Lepas tu aku pass interview dan diterima bekerja kat syarikat tu. Aku kerja nak cari rezeki yang halal tapi permulaan aku tadi dah salah. Nampak tak?” panjang Qatrunnada berhujah. Mufidah sudah mengangguk-anggukkan kepalanya memahami situasi yang dimaksudkan oleh Qatrunnada.
“Allah ada sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud; Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Ayat tu mengenai larangan memberi dan menerima rasuah tapi perkataan batil dalam ayat tu samalah macam situasi kita guna wifi orang tanpa permission ni.” Qatrunnada menyambung hujahannya. Mufidah sudah khuyuk mendengar kerana baru hari ini dia tahu akan kewujudan larangan seperti itu.
“Betul juga apa yang kau cakap tu. Kalau macam tu, kau ada satu cara aje lagi. Kau pergi jumpa diorang dan minta permission nak guna wifi diorang untuk tiga jam aje.” Sekali lagi Mufidah memberikan cadangan kepada Qatrunnada. Qatrunnada sudah memandangnya sambil membuat muka meminta simpati. Mufidah hanya mampu untuk tersengih sambil menggelengkan kepalanya.

*----------*----------*----------*----------* 

Assalaamu`alaikum...

cerpen ni masih dalam pembikinan... ini versi tak buat proofread jadi sorry kalau ada yang typo tu... this is just a sneak-peek version supaya ku lebih bersemangat nak taip cerpen ni... just in case kalau ada yang tunggu Saya Isteri Baru Belajar (kalau ada laa...), sorry sangat2 sekarang takde entry baru untuk SIBB... doakanlah ku rajin menaip dan idea datang bagai mencurah2 ke ladang gandum untuk SIBB itu...  
Kesian Sekian,
 .:|[ Suha Fasihah ]|:.

Update: baca versi penuh di sini

2 comments:

  1. wuuv. Best lah kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Cik adik anonymous :)

      Terima kasih sudi baca dan komen.. Cerpen kali ni cerita yg santai je.. Nantikan cerita penuhnya ye ;) cuma takkan siap dalam masa terdekatlah.. Sekarang baru siap 50% je..

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...