Assalaamu'alaikum...
Biasa orang cakap from zero to hero kan... Oh, tidak bagi diriku... Ku bermula dari zero tapi tidaklah menjadi hero... Ku masih ingat *walaupun tak berapa nak segar dalam ingatan* yang ku mula berblogging ni hujung tahun 2012... Itu pun dua entry je... Haha! Rasanya post tu random... Entahlah, kena baca post tu balik baru boleh recall kot...
Tanpa pengetahuan sesiapa, ku create blog dan taip apa² yang ku rasa nak taip... Kadang² ku share pengalaman... Sebabnya ku memang suka menaip... Bila jari² ketuk papan kekunci, rasa stress tu pergi bersama kekunci yang diketuk² tu... Dan semakin stress, semakin laju dan kuat papan kekunci menjadi mangsa ketukan... Ini serious okeh!
Jadi, tanpa kawan² tahu kewujudan Cik belog ini, memang takde sesiapa pun yang datang bertandang... Kalau ada tu mungkin dia tersesat nak pi belog orang lain tiba² sesat kat belogku... Lepas tu lama juga ku senyap takde update apa² kat Cik belog ni...
Nak dijadikan cerita, ku selalu berangan... Bukanlah berangan nak jadi puteri raja ke apa.... Eeuuuww... Macam takde angan² lain je kan kalau sampai nak berangan jadi puteri raja tu... Berangan yang ku maksudkan kat sini adalah minda hilang melayang di tengah kesibukan kota... Gituuuh...
Takdelah, sebenarnya macam ni. Ku sangat suka bila nampak orang dari jauh tengah berbual, ku akan cuba buat dialog apa yang orang tu bualkan... Of course lah ku selitkan dengan dialog² yang ku rasa ada unsur lawak dan membuatkanku ketawa syok sendiri... Kadang² sambil tunggu LRT atau KTM, kadang² tengah berjalan nak balik rumah sewa, masa² macam tu memang otakku tanpa dipinta ada je idea... Lepas tu nanti mulalah ku bercakap sorang²... Ku tak salahkan sesiapa kalau waktu diorang nampak diriku, diorang labelkan ku sebagai gila... Haha...
Hari demi hari *ecewahhh* makin banyak² scenes and idea walaupun sekerat² dalam kepalaku... Sampailah satu hari yang hujan baru berhenti dan ku sedang berjalan pulang, ku rasa kepalaku sakit sangat... Rasa macam nak pecah... Sekali lagi, ini serious okeh... Ku memang rasa macam nak pecah kepalaku dengan idea sekerat² dalam kepala otakku waktu tu... Sambil berjalan laju² tu ku cakap pada diri sendiri; ini tak boleh jadi ni, kena jugak menaip... Kena jugak luahkan apa yang ada dalam kepala otak ni...
Lalu tak lama selepas itu, tertaiplah cerpen Takdir Terindah Kita... Cerpen tu ambil masa dalam dua hari jugak nak siap... Lepas siap taip ku tak terus letak kat Cik belog... Entah berapa belas kali ku proofread cerita tu... Setiap kali baca ada aje dialog yang ditambah atau di edit... Waktu tu ku baru tahu kewujudan website penulisan2u, maka ku hantar cerpen ku ke situ... Lepas hantar tu of course lah berdebar² tunggu cerpen tersiar... Nak tengok apa komen orang tentang cerita poyo itu...
Lama sangat nak tunggu cerpen tu tersiar kat p2u, ku letaklah kat cik belog... Tapi seperti yang ku cerita awal² tadi, oleh kerana kewujudan Cik belogku tidakku beritahu kepada kawan² atau sanak saudara, maka macam itu ajelah cerita tu... Kalau tak silap, dalam tiga bulan lepas hantar di p2u baru cerpen tu tersiar... Dah tersiar tu berdebar² tunggu orang komen... Alhamdulillah untuk cerpen pertama tu dapat komen yang memberangsangkan... Walaubagaimanapun, ku akui yang cerita itu sedikit cliché...
Itu kisah cerpen pertama... Masalahnya tak semua idea yang bersarang dalam kepala otakku dapat diletakkan dalam cerpen pertama tu... Ku selalu bercakap pada diri sendiri; mampu ke lepas ni nak taip cerpen lagi? Macam mana kalau lepas ni dah tak dapat nk taip cerpen lagi, nak buat apa dengan idea² lain ni? Waktu tu ku masih ragu² lagi dengan keupayaan diri sendiri... Tapi alhamdulillah, walaupun kebanyakan idea sekerat², Allah bagi ilham untukku cantum²kan idea tu...
Maka selepas itu tertaiplah cerpen kedua, ketiga dan seterusnya kini sudah cerpen kesepuluh di Cik belogku ini... Waktu tu ku hanya tahu website p2u yang boleh hantar karya ni... Loser gila kan? Padahal ada novelmelayukreatif, ilham karangkraf bagai... Tapi oleh kerana cerpen pertama dah hantar kat p2u maka cerpen² seterusnya ku hantar ke p2u jugak... Alhamdulillah dari situ pembaca mula cari karyaku... Lama² pembaca jumpa Cik belogku dan ada yang sudi follow *terima kasih banyak²*... Yang sudi datang baca karya pun terima kasih juga dariku... Yang sudi komen, terima kasih sangat² sudi komen... Ketahuilah bahawa ku sangat hargainya...
Ku bermula dari kosong, dan kini page views sudah mencapai 50ribu... Mungkin pada orang lain jumlah ni sikit, tapi padaku ini pembakar semangatku untuk terus berkarya... Ini tanggungjawabku untuk menghidangkan cerita yang memberi pengajaran kepada para pembaca... Ku tak nak karyaku kosong, cerita cinta semata² tanpa pengajaran lain... Terima kasih kepada semua yang sudi tunggu update enovel walaupun diriku sangatlah slow Bab update enovel ni...
Buat anda yang singgah di sini, entry yang panjang ini adalah penghargaanku buat anda semua...
Terima kasih...
Terima kasih...
Terima kasih...
Ku mohon agar anda semua sudi mendoakan diriku agar mampu untuk terus berkarya dengan cerita yang berpengajaran, berpijak di bumi yang nyata dan membuka minda semua... Insya Allah...
Sekian, wassalaamu...
ps: entry ni pun macam dah boleh masuk Suha Book of Records kot... Entry bebelan paling panjang setakat ni... Haha!
No comments:
Post a Comment
manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...