Social Icons

Saturday, July 25, 2015

#JustDoIt

Assalaamu'alaikum...

Alhamdulillah...
Pagi tadi selamat sudah emel manuskrip cerpen penyertaan Kontes Cerpen Cinta Hipster anjuran Lejen Press... Dah boleh masuk Suha Book of Records ni... Hahaha!

Kenapa kau orang tanya?
Sebab ku sudah berjaya menaip cerpen terpendek setakat ni...
Penyertaan cerpen bertemakan Cinta Hipster tu syarat dia 1500 hingga 3000 patah perkataan... Ku berjaya taip dalam 2993 patah perkataan... Tak ingat dah tapi lebih kuranglah... Makanya, itu cerpen terpendek ku pernah taip...

Sebelum ni cerpen² di Cik belogku ini memakan 7000+ patah perkataan... Bila ada words limit ni ku terpaksa juga pendekkan plot cerita... Kalau sebelum ni ku biasanya prepare +-10 scenes untuk satu cerpen, kali ni ku hanya dapat prepare 4 scenes je...

Bila fikir sendiri, mampu ke 4 scenes je bagi impak pada orang yang baca? But you know what? I told myself that I got nothing to lose... Tak rugi apa² pun mencuba... Malahan dapat cabar diri sendiri untuk taip cerpen sependek tu... Sangat mencabar untuk seorang Suha Fasihah...



Again, ku tak bosan nak ucapkan terima kasih kepada Cik Proofreader yang setia dan tak berbayar yang selama ni jadi tukang kritik, tukang bagi semangat, tukang bagi pendapat, tukang bagi nasihat dan tukang² yang sewaktu dengannya... Special thanks to Zida Arshad kerana telah tagged diriku pada post tentang kontes tu di FB...

When you got nothing to lose, you just do it!

Mungkin terpilih ataupun tidak tapi bila kau rasa takde apa² yang kau akan rugi, maka kau redah je... Sertai kontes macam ni pun sebenarnya sedikit sebanyak mematangkan diri dan kena sentiasa cuba fikir yang positif walau kau rasa karya kau suam² kuku je... Janji kau dah cuba, dah usaha... Dan kau takkan menyesal atau kecewa dengan sebarang keputusan.. Insya Allah... It's better to die trying than live regretting kannn???

Kepada yang masih berminat untuk turut sertai kontes tu, silakan hantar karya anda ke Lejen Press... Masih ada masa sampai hujung bulan ni...

Mohon klik untuk tumbesaran~
FAKTA: masa proofread cerpen tu sorang², lagu Somewhere I Belong nyanyian Linkin Park bermain² di minda... Sampai ku siap berhenti membaca, menyanyi lagu tu syok sendiri tanpa background music sampai habis, lepas tu baru sambung baca balik... Semata² sebab dalam lagu tu ada sebut nothing to lose... Haha!

Ku mohon jasa baik anda untuk mendoakan yang terbaik untuk kita semua... Aamiin..

Sekian, wassalaamu...

No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...