Social Icons

Sunday, December 13, 2015

private


Assalamualaikum...

Ho ho ho hokeh~
Blog post pertama untuk bulan Disember 2015 ni...

Dah kenapa tajuk post ni private?
Hmmm...
Ku terfikir nak jadikan cik belog ni private... Untuk satu jangka waktu yang ku sendiri tak pasti... Yelah sekarang bukannya ada post baru... Cerpen² banyak terbengkalai dalam bentuk plot points... E-novel Ramalan Kaji Cinta yang kurindu itu masih belum mampu kusambung... Kekangan dari segi masa dan hal peribadi... 

Jadinya untuk mengelakkan kekecewaan orang yang datang ziarah cik belog ni tapi takde apa² perkembangan baru, ku rasa nak privatekan cik belog ni... Bila dan sampai bila? Belum pasti lagi...

Selamat membaca sementara cik belog ni belum jadi private :) 

Sekian, wassalaamu...

Sunday, November 29, 2015

autograph


Assalamualaikum...

Nak sign autograph...
Haha... Tapi kita lagi familiar dengan dialog 'nak signnnnn' tu kan? Betul ke tidak? Betul ke tidak? Betul ke tidak? Ku rasa ayat 'nak signnnn' tu jadi famous masa cerita apa entah dulu... Rasa macam cerita komedi...

Dah apa kaitannya dengan entry hari ni?
Hmmm... *berfikir panjang*
Oh, sebenarnya macam ni... Entry yang lepas ku ada hebahkan yang buku Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K) terbitan Penerbitan Layar Pena ada dijual di Ekspo Buku Malaysia di PWTC... Hari ni merupakan hari terakhir ekspo tu... 
Antologi tu dijual di booth Penerbitan Anaasa, booth nombor 10, Bilik Mawar... Selepas diberikan diskaun RM 5, antologi itu boleh dibeli dengan harga RM 20 sahaja sepanjang ekspo buku ni...

Penerbitan Anaasa ada beritahu pada Penerbitan Layar Pena jika ada penulis² antologi tu nak datang untuk book signing ke booth mereka, mereka boleh buat slot... Tengok feedback di group penulis antologi tu ramai yang tak dapat datang... Begitu jugalah dengan diriku... Ku hanya mampu kirim pada orang je tolong beli buku yang ku nak kat sana...

Jadinya takdelah slot book signing yang ku mampu hadiri... Lagipun seganlah nak pergi book signing bagai... Dalam hati ku cakap sendiri; dahlah satu cerpen kau je yang diterbitkan... macamlah orang nak sangat tandatangan kau... Hahaha...

Okey, tu aje sebenarnya entry kali ni... Doakanlah akan datang ku mampu hadiri book signing macam ni untuk novel sendiri ke kan... *berangan* haha... Tapi aku yang sekarang memilih nak stay macam ni je... Biarlah orang tak kenal aku asalkan orang kenal karya aku... Aku yang akan datang? Who knows? Kepada yang dah memborong  banyak buku tu selamat membaca...

Sekian, wassalaamu...

Wednesday, November 25, 2015

Diskaun RM5!


Assalamualaikum...

Ho ho ho hokeh~
Tak payah nak berdolak-dalik lagi... Seperti tajuk di atas, anda yang ke PWTC bagi memeriahkan Ekspo Buku 1 Malaysia ni boleh dapatkan Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K) di sana...

Klik untuk tumbesaran~
Harga biasa: RM 25
Harga di EB1M: RM 20

Kepada yang belum tahu, meh sini ku beritahu...

Tempat: Putra World Trade Centre (Pusat Dagangan Dunia Putra)
Acara: Ekspo Buku 1 Malaysia (EB1M)
Tarikh: 25 - 29 November 2015
Booth: Penerbitan Anaasa, booth No. 10, Bilik Mawar

Jadinya bolehlah anda beli Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K) tu kat booth Penerbitan Anaasa tau... Dapat diskaun RM 5... Banyak tuuuu...

Satu cerpen ku berjudul 'Surat Untuk Muna' ada dalam antologi tersebut bersama 19 cerpen lain... Antologi tu ada 446 pages, memang berpatutan dengan harga...
Bagi yang nak baca teaser cerpen 'Surat Untuk Muna' tu silalah klik link di bawah:

Sekian sahaja update yang bersahaja ni, wassalaamu...

Friday, November 20, 2015

Hebahan: Pencarian Cerpen oleh Kaseh Sisters Publication dan ED Productions


Assalamualaikum...

Ho ho ho hokeh...

Seperti biasa kalau ku post hebahan ni selalunya pencarian cerpenlah kan... Kalau novel, bila² anda siap manuskrip penuh bolehlah hantar terus ke syarikat penerbitan yang anda mahu cuba... Yang cerpen ni biasanya ikut keadaan...

Nak habaq yang Kaseh Sisters Publication sedang mencari 10 cerpen terbaik untuk mereka bukukan dalam Antologi Cerpen Erti Sebuah Kasih... Boleh rujuk imej di bawah dan jika anda ada maklumat lanjut nak tahu silalah pm FB depa dan tanya... Nama FB depa Penerbitan Kaseh...

Klik untuk tumbesaran~
Kredit: FB Penerbitan Kaseh



Selain dari Kaseh Sisters Publication, ED Productions juga sedang mencari cerpen untuk Antologi Cerpen mereka... Apa² sahaja cerita yang mesti disuntik dengan CUPCAKE... tidak diketahui berapa jumlah cerpen yang mereka cari... Anda boleh rujuk screenshot di bawah dan seperti biasa sebarang pertanyaan bolehlah pm page mereka, ED Productions...

Klik untuk tumbesaran~
Klik untuk tumbesaran~


Sekian sahaja hebahan kali ini... Ku hebahkan apa yang ku baca di newsfeed FB ku sahaja... Mungkin banyak lagi syarikat penerbitan lain yang sedang mencari karya²... Cubalah... Mana tahu ada rezeki kat mana² dalam bidang ni kan...

Majulah penulisan untuk negara...
Wassalaamu...

Wednesday, November 18, 2015

I'm Alive! Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Ho ho ho hokeh~
Rasa macam dah lama tak update apa² sejak dah habiskan Bab 17 Saya Isteri Baru Belajar kat cik belog ni... This post is just a way to say that Alhamdulillah, I'm still alive... Somewhere on planet Earth... Nanti kang tak update apa² orang ingat menghilang pergi mana pulak kan...

Ku tak menghilang... Ada je ni masih berusaha siapkan novel Saya Isteri Baru Belajar... Kumohon kalian mendoakan  agar ku bisa menyiapkan manuskrip penuh SIBB secepat yang boleh... Bila dah siap nanti insya Allah boleh fokus pada Ramalan Kaji Cinta pulak... Rindu pada Ainul Mardhiah & Najwan, tahu?

Semalam masa mood terbang melayang dan otak tak berapa nak centre, ku buat group kat FB... Ku buat closed group kiranya sesiapa boleh jumpa group tu tapi ahli group je yang boleh nampak post dalam group... Hari ni bila mood dah okay dah insya Allah otak kembali centre, ku rasa buat apa aku buat group tu? Lalu ku telah tukar group tu kepada secret group, ahli group je yang boleh jumpa dan nampak posts dalam group...

Semalam masa buat group tu ada laa terfikir kalau ada group ni senang ahli group boleh komen apa² tanpa perlu jadi friend... Kau ingat orang nak friend sangat dengan kau ke? Tapi itu semalamlah... Hahaha... Hari ni dah selamat berkubur dah group tu...

Sebelum undur diri, nak tanya ni; Ada yang nak teaser SIBB?

ps: Testing... Testing... (Test post entry ni dari Blogger app yang baru download dari Google play... Sebelum ni update guna phone jugak tapi bukak blogger kat browser... Huhuhu... Of course lah features lagi banyak kalau update guna browser kan...)

Sekian, wassalaamu...

Saturday, October 17, 2015

Kebetulan Yang Sudah Tersurat?

Assalamualaikum...

Nak membebel panjang sebab kat sini ajelah tempat bebel yang ku ada... FB jarang gilaaaaaa update apape fasal hidup... Twitter selalunya ku update kalau rasa nak update benda yang boleh disampaikan dengan ayat² pendek... Jadinya kat cik belog ni ajelah tempat ku meluahkan perkara yang terbuku di jiwa... Gituuh...

Tapi seriuslah, memang ku banyak luahkan kat cik belog sebab cik belog ni ibarat electronic diary... Kalau zaman belajar English kat sekolah dulu ada buku Journal dan starting ayat mesti dengan Dear Journal; ha lebih kurang macam itulah perasaanku kat cik belog ni cumanya ku tak mulakan dengan Dear Belog aje... Hohoho...

Kali ni nak bebel fasal apa? Alaaa baca ajelah kalau sudi baca... Kali ni bukan bebel sangat, lebih kepada bercerita je... Lalala~
Al-kisahnya ku suka banyak nombor... Kalau nombor genap ku suka nombor 4... Kalau nombor ganjil memang banyak lah yang ku suka... Nombor ganjil yang ku suka adalah 1, 3 dan 7... Jadinya kalau nak susun nombor kegemaranku tu bolehlah dapat 1437... Hohoho~ Eh, kebetulan sekarang dah 1437H... Bertambah lagi satu angka umur ikut tahun Islam...

Thursday, October 08, 2015

Hebahan: Pencarian Cerpen oleh TebuOne Press


Assalamualaikum...

Ho ho ho hokeh~
Seperti tajuk di atas, TebuOne Press kini sedang melancarkan 2 projek iaitu

1) Pencarian Kumpulan Cerpen

Mohon klik untuk tumbesaran~
Imej oleh TebuOne Press

2) Pencarian Cerpen untuk Antologi

Mohon klik untuk tumbesaran~
Imej oleh TebuOne Press

Maklumat bagi setiap projek boleh anda rujuk pada imej yang ku sertakan di atas... Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bolehlah pm FB TebuOne Press atau emel ke alamat emel yang dinyatakan... Silalah join projek TebuOne Press ni... Manalah tahu rezeki anda ada di sini... Ku tak dapat nak join sebab sendiri punya projek novel masih terbengkalai... Huhuhu...

All the best kepada anda yang menyertainya... You got nothing to lose... Just try your best and join these projects...

Sekian, wassalaamu...


Saturday, October 03, 2015

Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan


Mohon klik untuk tumbesaran~

“Kau takde rasa apa-apa lagi ke?” soal Muna kepada Akma. Akma hanya menggelengkan kepalanya.

“Nanti aku dapat rasa dia datang aku beritahu kau okey, jangan risau,” balas Akma.

Muna sudah mencebikkan bibir. Kema ni masa aku tak minta dia guna sixth sense dia, beria dia beritahu ada makhluk ghaib tu dekat sekian-sekian tempat. Dah lah dia suka beritahu masa kita orang betul-betul tengah lalu tempat tu. Masa aku minta dia guna sekarang ni, macam tak berguna pulak bakat terpendam dia ni.

Muna yang mengelamun seketika dikejutkan oleh Akma yang sudah menyiku-nyiku pinggangnya.



--- Apakah yang berlaku seterusnya? Ketahui cerita penuh Muna menerusi cerpen 'Surat Untuk Muna' yang dimuatkan dalam Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K)

Kredit: FB Penerbitan Layar Pena

Harga di kedai buku:
RM 25 (Semenanjung Malaysia)
RM 28 (Sabah/Sarawak)

Harga pembelian online:
RM 32 (SM - termasuk kos penghantaran)
RM 36 (SS - termasuk kos penghantaran)
Untuk pembelian online boleh pm FB Penerbitan Layar Pena :)

Insya Allah, anda akan puas hati dengan antologi cerpen ni... Dah baca cerita Muna nanti jangan lupa ulas/komen/kritik di sini atau pm FB saya ya :)

Sunday, September 27, 2015

Ini Bukan Iklan Racun Perosak Rumahtangga *seriously*


Assalamualaikum...

Mungkin ini post terakhir untuk bulan September ni... Biasanya bila September habis nanti mesti kat FB orang post ayat lebih kurang macam ni:

Did anyone wake the guy up yet? *pardon the grammar... Tapi post sebegini merujuk kepada lagu Wake Me Up When September Ends by Green Day*

Tahun ni nanti tak tahulah ada yang akan buat post macam tu atau tak... Maklumlah dah kalau setiap tahun ada post tu dah jadi tak lawak... Awal² dulu bolehlah sengih baca post macam tu... Okey, intro yang takde kaitan dengan post... Haha...

Benar seperti yang dinyatakan, ini bukan iklan racun perosak rumahtangga. Hohoho~ Habis tu iklan apa anda tanya?


Saturday, September 19, 2015

Cerpen | Surat Untuk Muna .:|[ teaser ]|:.




Aku tak salah nampak, memang cursor tu tengah bergerak! Apakah? Kalau takde angin masakan pokok bergoyang. Masalahnya sekarang ni kalau setakat angin dari kipas yang dah hidup segan mati tak mahu tu takkanlah cursor ni boleh bergerak? Lagi satu, aku mana guna mouse, celah mana pula cursor tu boleh bergerak kalau jari aku ni langsung tak sentuh touchpad laptop aku ni? 

Muna kebingungan seketika cuma kerana setelah itu muncul pula rasa teruja kerana ini merupakan kali pertama dia melihat sesuatu yang aneh seperti ini. Entiti mistikkah? Wah, kalah Kema punya sixth sense ni! Dia punya sixth sense cuma boleh rasa kehadiran ‘benda’ tu kalau dekat tapi tak boleh tengok ‘benda’ tu secara live. Okay, behave yourself Muna! Seratus lima puluh juta kali kau teruja kalau ‘benda’ ni entiti mistik sekalipun, bawa bertenang. Ingat boleh buat main-main ke kalau betul-betul ‘benda’ ni entiti mistik?! 

Mata Muna tekun memerhatikan pergerakan kursor yang kini sedang membuka perisian Microsoft Word. Walaupun papan kekuncinya tidak ditekan-tekan tetapi dia dapat lihat huruf-huruf yang muncul membentuk patah-patah perkataan dan seterusnya membentuk beberapa ayat. Berkerut-kerut dahi Muna tatkala membaca setiap bait kata yang muncul. Apa yang dia tidak tahu adalah perkara ini bakal menjadi permulaan baki kisah hidupnya. Persoalannya ialah kisah gembira atau episod duka? 



...kisah hidup Muna baru bermula...

Tertanya2 apakah kesudahan hidup Muna?
Mohon dapatkan Kompilasi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan yang bakal terbit bulan Oktober ini oleh Penerbitan Layar Pena...


Mohon klik untuk tumbesaran~

Insya Allah akan berada di toko-toko jamu buku pada Oktober ini.
SM: RM25
SS: RM28

Pembelian online boleh berurusan menerusi FB Penerbitan Layar Pena.
SM: RM32 (including postage)
SS: RM36 (including postage)


.:|[ Suha Fasihah ]|:.


Friday, August 21, 2015

every soul will taste death


Assalaamu'alaikum...

Just a short entry... Insya Allah...

Hari Ahad, 16 Ogos yang lepas, ku dapat berita yang pak cikku kembali ke rahmatullah dalam pukul sebelas lebih (malam)... Arwah merupakan suami kepada mak cikku... Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di sisi makcikku di sebuah hospital... Medical practitioners diagnosed him with liver cancer stage 4 but only Allah knows what happened behind all of that...
Kun fayakun... Bila Allah dah kata jadi, maka jadilah... Walaupun perkara tu kadang-kala akal kita tak dapat nak hadam dan tak percaya boleh berlaku...

Pada umur arwah yang mencecah 33 tahun, beliau sudah pergi menghadap Ilahi... Masih muda... Ya, ku tahu... Malah ku rasa anda sendiri akan setuju jika ku katakan yang usia 30-an itu masih dalam kategori muda... Tapi, macam yang pernah ku katakan dalam salah satu cerpenku; syarat untuk mati bukanlah tua tapi bernyawa...
ANDA yang sedang baca entry ini mahupun DIRIKU yang sedang menaip ini....
KITA...
KITA masih bernyawa...
KITA memenuhi syarat tu...

Itu bukan aku yang memandai cakap... Allah dah sebut dah dalam Quran, setiap yang bernyawa akan merasai mati... Anda bolehlah buka apps terjemahan al-Quran yang ku percaya anda download ke smartphone yang canggih itu... Boleh juga capai terus jika ada al-Quran yang berdekatan ataupun menggunakan khidmat Google... Boleh buka surah ali-imran, ayat 185...

Dikesempatan ini, izinkan ku meminjam sedikit masa dan tenaga anda untuk kita sama² sedekahkan al-fatihah buat arwah pakcikku... Al-fatihah...

Al-Fatihah
Kredit imej: pemilik asal

At this rate, I know my plan to update new entry for enovel will not be acccomplished... I'm so sorry to disappoint any of you that have been waiting for the new update... There are so many things running in my mind and life and I need to sort them out first...

Till thumbs meet google keyboard again,
Wassalaamu...

Thursday, August 13, 2015

seeing is believing

Assalaamu'alaikum...

Hidup...
Hidup kita sentiasa diwarnai dengan pelbagai peristiwa...
Kisah gembira mahupun episod duka...
Kadang² kisah yang kita tak pernah langsung terfikir...
Kadang² kisah yang hanya kita rasa akan berlaku dalam drama...
Tapi bila peristiwa itu terjadi depan mata, baru kita tahu bagaimana rasanya...
Baru kita percaya walaupun kita sebenarnya dalam tak percaya...
Tak percaya bila perkara yang selalu jadi dalam drama betul² jadi depan mata..
Dan akhirnya kita mula percaya, inilah realiti hidup...

Selamat menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan...
Stay strong, guys...
Allah takkan uji kalau kita tak mampu nak tanggung...
Doakan agar Allah beri yang terbaik untuk kita semua...
Aamiin...

Saturday, August 01, 2015

sinar harapan... mungkinlah!


Assalaamu'alaikum...

Tajuk entry macam membawa sinar harapan pada Cik belog ni je... Haha... Sebenarnya masih belum pasti lagi... Mungkinlah...

Julai sudah melabuhkan tirai... Hari ni sudah 1 Ogos 2015...
Ogos...
Ini pengakuan jujur, zaman sekolah menengah dulu ku sangat suka bulan Ogos ni... Sebab apa? Anda ni janganlah tanya benda yang obvious... Mestilah sebab Ogos ni bulan kemerdekaan... Lalala~

Bulan Ogos ni laa zaman sekolah dulu pegang bendera kecil tu dan menyanyi macam² lagu patriotik masa perhimpunan... Sambil menyanyi sambil kibarkan bendera... Cun seyhhh bila bendera tu semua orang seragam je kibarkan ke kiri dan kanan... Hari² okeh... Masa sekolah rendah tak ingat sangat... Rasanya ada juga nyanyi tapi bukan hari²... Masa sekolah menengah memang ingat sangatlah...

Kebanyakan lagu² patriotik tu ku memang dah hafal dari sekolah rendah... Yelah masa tu umah takde Astro... Zaman tu guna antenna (seingatku waktu tu kitorang panggil aerial) yang pasang pada besi panjang dan cucuk kat tanah tu... Bila angin dan siaran terganggu kenalah pergi keluar rumah pusing besi aerial tu secara manual... *nostalgia gila! Aku rasa tak semua orang ada pengalaman ni... Haha* Jadinya selalu tengok RTM laa... Kalau tak TV1, tengok TV2... Waktu tu TV3 pun susah nak dapat...


Monday, July 27, 2015

from 0 to 50K and counting...


Assalaamu'alaikum...

Biasa orang cakap from zero to hero kan... Oh, tidak bagi diriku... Ku bermula dari zero tapi tidaklah menjadi hero... Ku masih ingat *walaupun tak berapa nak segar dalam ingatan* yang ku mula berblogging ni hujung tahun 2012... Itu pun dua entry je... Haha! Rasanya post tu random... Entahlah, kena baca post tu balik baru boleh recall kot...

Tanpa pengetahuan sesiapa, ku create blog dan taip apa² yang ku rasa nak taip... Kadang² ku share pengalaman... Sebabnya ku memang suka menaip... Bila jari² ketuk papan kekunci, rasa stress tu pergi bersama kekunci yang diketuk² tu... Dan semakin stress, semakin laju dan kuat papan kekunci menjadi mangsa ketukan... Ini serious okeh!

Jadi, tanpa kawan² tahu kewujudan Cik belog ini, memang takde sesiapa pun yang datang bertandang... Kalau ada tu mungkin dia tersesat nak pi belog orang lain tiba² sesat kat belogku... Lepas tu lama juga ku senyap takde update apa² kat Cik belog ni...

Nak dijadikan cerita, ku selalu berangan... Bukanlah berangan nak jadi puteri raja ke apa.... Eeuuuww... Macam takde angan² lain je kan kalau sampai nak berangan jadi puteri raja tu... Berangan yang ku maksudkan kat sini adalah minda hilang melayang di tengah kesibukan kota... Gituuuh...

Takdelah, sebenarnya macam ni. Ku sangat suka bila nampak orang dari jauh tengah berbual, ku akan cuba buat dialog apa yang orang tu bualkan... Of course lah ku selitkan dengan dialog² yang ku rasa ada unsur lawak dan membuatkanku ketawa syok sendiri... Kadang² sambil tunggu LRT atau KTM, kadang² tengah berjalan nak balik rumah sewa, masa² macam tu memang otakku tanpa dipinta ada je idea... Lepas tu nanti mulalah ku bercakap sorang²... Ku tak salahkan sesiapa kalau waktu diorang nampak diriku, diorang labelkan ku sebagai gila... Haha...

Saturday, July 25, 2015

#JustDoIt

Assalaamu'alaikum...

Alhamdulillah...
Pagi tadi selamat sudah emel manuskrip cerpen penyertaan Kontes Cerpen Cinta Hipster anjuran Lejen Press... Dah boleh masuk Suha Book of Records ni... Hahaha!

Kenapa kau orang tanya?
Sebab ku sudah berjaya menaip cerpen terpendek setakat ni...
Penyertaan cerpen bertemakan Cinta Hipster tu syarat dia 1500 hingga 3000 patah perkataan... Ku berjaya taip dalam 2993 patah perkataan... Tak ingat dah tapi lebih kuranglah... Makanya, itu cerpen terpendek ku pernah taip...

Sebelum ni cerpen² di Cik belogku ini memakan 7000+ patah perkataan... Bila ada words limit ni ku terpaksa juga pendekkan plot cerita... Kalau sebelum ni ku biasanya prepare +-10 scenes untuk satu cerpen, kali ni ku hanya dapat prepare 4 scenes je...

Bila fikir sendiri, mampu ke 4 scenes je bagi impak pada orang yang baca? But you know what? I told myself that I got nothing to lose... Tak rugi apa² pun mencuba... Malahan dapat cabar diri sendiri untuk taip cerpen sependek tu... Sangat mencabar untuk seorang Suha Fasihah...


Tuesday, July 21, 2015

kali ni cerdik sikit...


Assalaamu'alaikum...

Dipendekkan cerita *sebab malas nak taip panjang lebar... Seriously bila update entry guna mobile ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi... Dari taip panjang² lepas tu typo nak kena betulkan balik lebih baiklah dari awal ku pendekkan cerita ni... Lalala~*

Ho ho ho hokeh~
Dipendekkan cerita, kali ni ku cerdik sikit...
Sikitlah! Haha...
Jika anda pernah baca post sebelum ini mengenai diriku yang kini tak boleh nak membalas komen di penulisan2u, maka anda tahu yang entry khas itu adalah untukku reply komen pembaca² di penulisan2u... Jadi, apa yang cerdiknya anda tanya?


Kali ni ku terus reply komen pembaca² di penulisan2u melalui pm FB depa... Gituuh... Cerdiklah sikit dari sebelum ni yang ku reply kat Cik belog ni tapi belum tentu orang yang komen tu dapat baca kan? Harapan ku semoga pembaca² berpuas hati dengan jawapanku melalui pm tu... Maaf kupinta kepada semua pembaca cerpen Soulmate: Classified! yang kurang berkenan dengan endingnya... Ku akan cuba perbaiki karya²ku di masa akan datang... Insya Allah... Doakan yang terbaik untukku ya...

Ho ho ho hokeh~
Nak cerita tu je sebenarnya...
Selamat Hari Raya kepada yang masih beraya...
Selamat Berhari Raya sambil bekerja kepada yang sudah menyambung kerja...

Sekian, wassalaamu...

Sunday, July 19, 2015

Aku dan AidilFitri...


Assalaamu'alaikum...

Hari ni dah hari raya ketiga... Biasalah kalau kat Malaysia ni kan raya sampai sebulan... Dan rasanya pernah dengar orang buat open house AidilFitri tapi lepas Syawal dah habis sebab banyak sangat open house lain dan macam²lah... Yang berlanjutan sampai AidilAdha pun ada agaknya... Agaknyalah...

Dekat rumahku kami raikan biasa² je... Ku lagi banyak masa mata melekat kat TV kut... Nak berjalan raya pun siap tengok lagi TV tengah tayang cerita apa... Kalau cerita hantu memang kirim salam awal²lah... Takde keje hari raya nak tengok cerita hantu... Lainlah kalau komedi seram, masih boleh dipertimbangkan untuk tengok...

Raya pertama hari tu tengok TV2 Mat Despatch Raya Sakan... Zamanku kanak² tersangat ribena dulu memang layan habislah Mat Despatch ni sebab tu excited semacam nak tengok yang raya sakan ni... Ku tak tahulah anda pernah dengar tak cerita Mat Despatch ni tapi ku yang yang dah suku abad ni pun tahu lagi dan sempat tengok cerita ni... (Silalah google kalau nak tahu apobondoehjang drama Mat Despatch ni...)

Malam tadi tengok Sebelum Takbir Bergema kat TV3... Watak Shah Jazle sebagai Aidil membuatkan ku teringat AidilFitri tahun lepas... Haha! Tahun lepas punya hari raya dapat ilham nak taip cerpen Aidil Untuk Saya tu... Cerpen tu sempena hari rayalah walaupun jalan cerita bukan berlatar belakangkan suasana raya... Unfortunately, raya tahun ni takde dapat ilham nak taip cerpen berbaur raya... Huhu...

Friday, July 17, 2015

hari ini hari raya~~~

Assalaamu'alaikum...

Hari ini hari Jumaat, 17 Julai 2015 bersamaan dengan 1 Syawal 1436H... Atau mudahnya untuk kita sebut, hari ini hari raya...



Di kesempatan ini ingin diriku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari anda semua... Maaf andai sepanjang ku berkarya ini ada mengguris hati kalian... Maaf andai komen dariku tidak memuaskan hati kalian... Maaf andai diri ini telah membuat anda tertunggu² update bab baru untuk enovel... Maaf andai cerita² yang ku coretkan tidak kena dengan selera anda... Maaf untuk segala tersalah kata, terlanjur bicara... Maaf jika 'tarikh hari lahir' ku membuatkan anda salah sangka... 

Selamat Hari Raya AidilFitri...
Maaf Zahir dan Batin...
Taqabbalallahu minna wa minkum...

Sekian, wassalaamu...

Wednesday, July 15, 2015

14th of July

Assalaamu'alaikum...

Sebelum ku membebel dengan panjang lebar, pertama sekali ku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada anda insan yang peka dan sudi meluangkan masa beberapa saat untuk wish birthday di Facebook semalam (14.7.2015)...


sebenarnya cerita ni agak panjang tapi kalau anda masih sudi baca, sekali lagi ku berterima kasih...

Masa ku mula² buat akaun Facebook untuk Suha Fasihah (tahun 2013 rasanya), coding FB telah memaksa ku meletakkan tarikh lahir... Haish... Ku tak suka mendedahkan tarikh lahir (walaupun ku tahu nanti boleh tukar setting bagi hide tarikh lahir tu)... Diriku yang tidak suka mendedahkan tarikh lahirku ini telah memilih untuk meletakkan 14.7 sebagai tarikh lahir...

Kepada anda yang wish birthday semalam, janganlah sekali² anda rasa tertipu kerana itu sama sekali bukan niatku. 14.7 memang tarikh lahirku TETAPI mengikut bulan Islam...

Ku dengan gigih tukarkan tarikh lahir ke bulan Islam makanya ku lahir pada 14 Rejab... Oleh sebab itu ku letak 14hb 7... Anda boleh menyanyi lagu Bulan-Bulan Islam dan lihat Rejab jatuh pada bulan ke berapa... Nampak tak? So, in a way walaupun Rejab dah lepas, tak salah juga sebenarnya wish birthday semalam... Terima kasih banyak²....

Saturday, July 04, 2015

special reply~

Assalaamu'alaikum...

Dipendekkan cerita *sebab malas nak taip panjang²* ku sekarang dah tak boleh nak komen di p2u... Biarlah gambar berbicara... Kronologinya seperti di bawah... Gituuuuh...

Mohon klik untuk tumbesaran~
Mohon klik untuk tumbesaran~
Mohon klik untuk tumbesaran~

Itu cerita sebenar kenapa sekarang ku dah tak boleh nak komen di p2u... Jadi entry ini special untukku reply komen yang ku tak dapat reply di p2u... *kalau anda perasan ku memang jenis akan cuba untuk reply setiap komen one by one sebab ku appreciate setiap orang yang sudi baca dan komen...*

Mohon klik untuk tumbesaran~
My replies: *walaupun mungkin insan yang sudi komen ini tak baca post ni...*

Nurul Amanina: terima kasih sudi baca dan komen :) wahhhh! Terima kasih sudi baca sejak cerpen Urusan Sri, Aduka & Dhiya... I really appreciate it... Hehe... Sengaja buat mereka adik beradik...

Elyha Annie: terima kasih sudi baca dan komen :) Alhamdulillah jika anda boleh terima cerita ni... Insya Allah sy akan cuba taip cerita yang lebih baik di masa akan datang...

Ho ho ho hokeh~
Sekian sahaja entry kali ni... Kalau ada orang sudi komen lagi nanti ku update entry ni untuk reply... Lalala~ *ini solution yang ku dapat fikir sekarang...

Sekian, wassalaamu...




Friday, July 03, 2015

hebahan~

Assalaamu'alaikum...

Hey guys! I hope you guys are doing well... I'm so sorry if any of you are waiting for enovel update from me... The truth is that I still haven't got the chance to continue the enovel yet... 

Okay, now for the main point of this post... Ada seorang adik yang baik hati tagged namaku pada satu post di FB... Thanks dik (you know who you are)... Mengenai Lejen Press yang mencari cerpen bertemakan "Cinta Hipster"... *anda boleh ke FB Lejen Press sendiri* Ku tak pasti lagi akan turut serta ataupun tidak kerana cerpen Lejen Press ni ada had perkataan... Menilai diri sendiri punya penulisan, kemungkinan besar akan lebih 3000 perkataan tu... Seingatku, cerpen paling pendek ku taip adalah 7000+ patah perkataan... Temanya agak mencabar... Silalah mencuba bagi yang berminat...


Mohon klik untuk tumbesaran~

Selain Lejen Press, Penerbitan Layar Pena juga sedang mencari cerpen untuk mereka terbitkan... Bertemakan "Tentang Cinta", "Tentang Hidup" atau "Tentang Jenaka"...


Mohon klik untuk tumbesaran~
Mohon klik untuk tumbesaran~

Apa tunggu lagi? Taiplah cerita anda dan emelkan kepada mereka... Semoga berjaya! *doa-doakan untukku juga ya... Insya Allah...*

Sekian, wassalaamu...



Friday, June 26, 2015

first time in forever...

Assalaamu'alaikum...

Waaaahhhhhhh~~~~~
Lama gilakkk tak update apa2 kat Cik belog ni... Ku harap Cik belog sihat2 dan cun selalu... Terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi Cik belog ini... Semoga sedikit sebanyak ada pengajaran dalam setiap karyaku yang anda baca... Nak buat ayat retis sikit; siapalah Cik belog ni tanpa anda yang sudi baca...

Remember a quote saying the journey of a thousand mile begin with a single step? *lebih kurang macam ni laa quote tu... Tak ingat exact wordings*

Well, just like the quote says, there's always a first step and first time in everything... As for me, yesterday was my first time in forever that I sent a short story manuscript to a publication company... JS Adiwarna akan terbitkan antologi cerpen Adiwarna ke-4 dan semalam adalah hari terakhir untuk hantar cerpen bagi pemilihan...

Ku sendiri tahu pasal tu dr kawan kat FB yang share poster tu... Ku tunjuk poster tu pada my loyal, unpaid Cik Proofreader dan dia galakkan ku hantar cerpen untuk pemilihan... Masa tu Alhamdulillah memang dah ada satu idea dalam kepala tapi nak kena develop idea tu dulu... Jadinya update untuk enovel ditangguhkan bagi beri laluan siapkan cerpen baru untuk hantar...

Bila ku bukak Cik belog tengok cerpen2 dulu nak ambil mood menaip, ku rasa macam "kalaulah salah satu cerpen ni aku tak post lagi kat belog kan best, boleh terus hantar. Tapi takkan nak hantar yang dah post kat belog, mestilah nak hantar cerita baru..." Lalu kugagahkan diri taip cerita baru... Bila tengok cerpen sendiri yang berbaris kat Cik belog baru ku terfikir; kenapa selama ni aku tak pernah try hantar cerpen2 ni kat mana2 publisher?


Sunday, May 17, 2015

blank space, blank mind


Disclaimer: this post got nothing to do with Taylor Swift's song... But I've got a blank space, people and I'll write an entry... Lalala~


Assalaamu'alaikum...

Sejak update Ramalan Kaji Cinta Bab 7 punya entry, ku asyik terfikir hala tuju e-novel tu... Seriously, at first ku rancang nak jadikan mini e-novel je... Tak nak panjang2... Tapi bila dah start menaip, jadi meleret2 pulak jalan cerita... Yang plan Bab 3 dah jadi Bab 5... Yang plan Bab 4 dah jadi Bab 6... Yang plan Bab 7 dah forward jadi Bab 8... Sampai ku sendiri terfikir, dah tu bila nak habis?

Tiba2 jadi risau... Risau kalau cerita tu panjang sangat... Siapa aje yang nak baca? And worse come to worst, orang stop baca sebab cerita meleret... Tapi ku harap sangat pengajaran dalam cerita tu sampai kepada pembaca...

Cik proofreader ku sokong kalau jadikan RKC tu manuskrip penuh dan cuba hantar ke mana2 publisher... Tapi diriku sendiri kurang yakin... Yelah, mostly penerbit nak manuskrip at least 400 pages... Mampu ke aku? Itu persoalan pertama tanya pada diri... Sekarang pun merangkak2 lagi nak menaip... Ku memang kagum dengan para penulis di luar sana yang mampu habiskan dan bukukan novel mereka... 

Buat masa sekarang, ku sendiri tak tahu... Ku teruskan dulu plan asal jadikan RKC mini e-novel... Terima kasih kepada anda yang sudi baca... I really really really hope that it is not a waste of your precious time... Doakan ku mampu terus menaip... Aamiin...

ps: rindu pulak nak taip cerpen... Rasa macam dah lama sangat tak taip cerpen baru... Perasaan je kuttt...

Sekian sahaja luahan hati ini,
Wassalaamu...

Saturday, April 11, 2015

Hu hu hu hutang~

Assalaamu'alaikum...

Hutang...

Hutang ni wajib kita bayar walaupun orang yang memberi hutang tu tak tuntut... Yelah, kalau hari2 orang tu tanya bila nak bayar balik hutang dia, nanti kita pun jadi menyampah kan... Mestilah waktu kita dah ada duit baru kita boleh bayar hutang kita kat dia...

Namun, sebagai orang yang berhutang, kita kena fikir juga keadaan orang yang pinjamkan duit kat kita tu... Mungkin waktu dia bagi pinjam duit tu dia tengah takde masalah lain... And then masa dia tengah ada masalah dan memerlukan duit, mungkin satu2nya sumber duit yang dia ada ialah dalam bentuk hutang kita pada dia... Tak rasa bersalah ke?

Ada juga kes orang yang berhutang tu nampak sangat enjoy2 dengan duit depan mata Si pemberi hutang, tapi bila minta dia langsaikan hutang, dia kata dia takde duit... #kisahbenaryangkupernahbaca

Ku tulis topik hutang ni secara general... Penghutang dan pemiutang... Penghutang, fikirlah juga keadaan pemiutang... Pemiutang, doa banyak2 si penghutang lembut hati nak langsaikan hutang... Langsaikanlah hutang kita pada orang yang kita berhutang tu cepat2... Sebab kita tak tahu bila ajal menjemput kita... Mati dalam keadaan berhutang nanti roh terawang2 je antara langit dan bumi... Even mati syahid pun takkan mampu menghapuskan hutang tu.... Nauzubillahiminzalik... Mestilah kita tak nak, kan?

Ku berdoa semoga orang yang berhutang denganku mendapat hidayah untuk cepat2 melangsaikan hutang beliau padaku... Aamiin..



ps: ku tahu ku ada 'hutang' Bab 10 Saya Isteri Baru Belajar... Sorry sangat2 dah lama tertangguh nak update cerita tu... I'll try my best okey... Insya Allah...

Tuesday, April 07, 2015

Oopss, I Did It Again - 'ter'taip



USAI mendirikan fardhu Isyak berjemaah bersama dengan dua orang rakan serumahnya, Najwan kembali ke biliknya. Setelah meletakkan songkok di tepi meja kecil, dia merebahkan diri di atas katil bujang bilik yang disewanya ini. Mata dipejamkan namun tidak lama dek kerana bunyi telefon pintarnya yang berbunyi minta diangkat. Dari lagu yang sudah ditetapkan khas itu dia sudah tahu siapa gerangan yang membuat panggilan telefon tersebut tanpa perlu melihat nama yang tertera di skrin telefon. Panggilan telefon dia jawab.

            “Assalaamu`alaikum mak. Kenapa tiba-tiba call?” tanya Najwan. Alamak! Tersilap tanya soalan pula. Habislah kalau mak merajuk! Sebenarnya tidaklah pelik untuk ibunya ini membuat panggilan terlebih dahulu cumanya dia baru sahaja pulang ke kampung jadinya dia tidak menyangka yang si ibu akan membuat panggilan secepat ini.

            “Wa`alaikumussalam Wan. Bertuah punya budak! Sepatutnya Wan kena rasa bertuah mak call Wan, ini tanya soalan macam tu pula. Yalah kalau tak suka mak call lain kali mak tak call dah.” Jawab Puan Mazni dengan nada rajuk. Najwan sudah tersengih dan menggelengkan kepalanya.

            “Mana adalah mak. Wan tanya aje. Mestilah Wan suka mak sudi call wan. Memang Wan bertuah sangat-sangat dapat ibu macam mak ni. Sudahlah cantik, sempoi pula tu. Bertuah siapa yang dapat jadi menantu mak nanti, dapat mak mertua yang tak cerewet macam mak.” Ujar Najwan segera dengan ayat mengambil hati ibunya. Tetapi memang dia akui bahawa ibunya itu sentiasa cantik di matanya. Apa orang putih cakap? A father is a daughter’s first boyfriend kiranya situasi aku dengan mak aku ni, a mother is a son’s first girlfriend. Haha.

            Puan Mazni di hujung talian sudah tersenyum-senyum dengan pujian si anak. Terlupa seketika dengan tujuan sebenar dia membuat panggilan kepada anaknya ini.

            “Sudah, jangan dok puji-puji mak lagi. Saja nak ambil hati maklah tu. Bercakap pasal menantu ni, mak memang tak cerewet pun. Ni ha mak nak cakap mak dah ada calon menantu untuk mak ni.” Akhirnya Puan Mazni menyuarakan hajat asalnya. Najwan yang mendengar sudah berkerut dahi.

            “Fiza nak kahwin dah ke mak? Siapa calon menantu mak tu? Orang mana? Wan kenal tak? Kenapa tak beritahu awal-awal masa Wan ada kat sana? Senang kita nak berbincang.” Najwan menghujani si ibu dengan bermacam-macam soalan. Hafizah adalah satu-satunya adik yang Najwan ada. Walaupun jarak umur mereka jauh, Najwan begitu mengambil berat akan adiknya itu dan selalunya Hafizah akan merungut kerana abangnya ini akan bersikap terlebih melindungi.

            “Merepek apa Fiza nak kahwin pula ni? Dia tu mak nak suruh habis belajar dulu baru boleh nikah.” Puan Mazni menyangkal pertanyaan anak lelakinya itu.

            “Mak ni buat gempak aje. Wan ingatkan Fiza nak kahwin dah tadi. Habis tu calon menantu untuk anak mak yang mana?” tanya Najwan tanpa berfikir dan tanpa mengesyaki apa-apa. 

            “Astaghfirullahalazim, budak Najwan ni. Mak ada dua orang anak je tahu! Dah kalau bukan untuk Fiza dah tentulah untuk Wan. Kalau tak untuk siapa lagi?” Puan Mazni bersuara di corong telefon.

            “Kenapa pula untuk Wan? Wan belum nak kahwin lagilah mak. Kan Wan cakap Wan nak tengok Fiza kahwin dulu baru Wan akan kahwin.” Najwan segera menolak mentah-mentah niat ibunya itu untuk menjodohkannya dengan calon menantu pilihan ibunya sendiri. Namun, apa yang si ibu tidak tahu adalah pintu hatinya kini sudah diketuk oleh orang lain. Aduhai, kenapa sekarang? Kenapa mak tak tanya dulu aku ada calon sendiri ke tidak? Selama ni mak sentiasa tanya aku ada calon sendiri ke belum. 

            “Tak payah nak tunggu Fiza nikah dulu. Wan tu abang, Wanlah nikah dulu. Sampai bila Wan nak elakkan dari bercakap soal ni dengan mak? Nak tunggu mak tutup mata dulu ke baru Wan nak dirikan rumahtangga?” Puan Mazni sudah membuat suara syahdu pada ayat terakhir yang diungkapkannya. 

            Najwan sudah menggaru-garu kasar kepalanya yang tidak gatal. Serabut! Sekelip mata sahaja dia dapat rasa dunianya yang aman bakal porak-peranda. Tapi bagaimana harus dia katakan kepada ibunya yang kini hatinya sudah dicuri? Dia perlukan masa untuk memastikan apakah benar perasaannya ini. Namun apa yang lebih penting, dia perlukan masa untuk memastikan si dia yang berjaya mencuri hatinya mempunyai rasa yang sama. 

Tapi macam mana? Mak dah ada calon mak sendiri. Mampu ke aku nak tolak? Mampu ke aku nak kecewakan mak? Najwan menarik nafas dalam-dalam dan dia hembus nafas. Mengumpul kekuatan untuk mengeluarkan kata-kata.

            “Okey, tapi Wan ada syarat.” Ujar Najwan. Puan Mazni yang berada di hujung talian sudah melebar dengan senyuman.

Sunday, April 05, 2015

wajah baru...

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho~
cik belog berwajah baru sekali lagi... yang dulu tak cukup fully utilise function (ku sendiri susah nak share)... yang ni so far ku berpuas hati... entah berapa puluh templates dah try... yang ni ku berpuas hati dan rasa ceria sebab ada warna pinkpurple... ceriaaaaa~ untuk kita2 aje... hahaha~

walaupun pinkpurple bukan fav colour tapi untuk cik belog ni entah kenapalah rasa pinkpurple je yang sesuai... kena jugak ada pink... lalala~
sekian sahaja entry ini...
harap maklongku maklongmu jua~ *apekahhh?*

wassalaamu...

Sunday, March 22, 2015

thank you Allah :)

Assalaamu'alaikum...

Say thank you Allah... *lirik lagu Raihan*

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Banyak benda sebenarnya yang kita perlu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam...
Contoh paling mudah, udara yang kita hirup ni, Allah tak kenakan charge pun... Tak terbayar sebenarnya kalau ada charge...

Ku bersyukur dan berterima kasih kerana Allah bagi orang yang hebat2 berada di sekelilingku... Mereka secara tak langsung memberi inspirasi kepadaku untuk terus berkarya... Banyak sebenarnya pengajaran yang kita boleh dapat dari orang sekeliling kita... Antara mahu atau tidak je kita ambil dan kongsikan dengan orang lain...

In my case, ku bukan ambil 100% cerita mereka... Ku ambil pengajaran yang ada dan ku olah mengikut jalan cerita yang terilham... Kadang2 ilham tu datang masa tengah tengok TV, berborak ataupun tengah dengar lagu... Dari apa yang terilham, ku cuba selitkan pengajaran... Insya Allah... Ku cuba buat cerita yang realistik... Yang lojik dek akal dan dekat dengan pembaca... Sebab pada ku, kisah kita semua sebenarnya lebih kurang sama... Cuma ada orang yang diuji lebih berbanding kita...

Agree to disagree...
Ku faham kalau korang tak bersetuju denganku... Dan aku tak minta pun korang setuju...
Cumanya...
Ini belogku, apa2 yang aku luahkan kat sini, kalau korang terbaca, nasib koranglah... Hahaha!